Monday, July 23, 2012

The Dark Knight Rises

Akhirnya filem yang ditunggu2 tahun nie berjaya ditonton sabtu lepas.Dengan segala hype yang dilontarkan bermula akhir tahun lepas dengan trailer yang gempak, spoilers yang tak nak kalah, secara kasar aku boleh jawab yang disini Batman kali nie bak seperti kata Nolan sebagai pengarahnya 'the ending for an epic trilogy'. tapi sama seperti trilogy Lord of the ring yang sampai sekarang aku katakan the return of the king terlalu padat sehinggakan hilang keistimewaan nya dan bagi aku the two towers lagi hebat dari yang ketiga, sama juga perihalnya dengan Batman nie. Duel antara Batman dan Joker memang tidak terlawan.
ya, memang kurang adil mahu membandingkan persembahan Joker dan Bane.tapi apa yang menarik tentang filem kedua Batman berbanding yang ketiga ini adalah bagaimana watak-watak lain itu membantu kepada persona yang ada pada Batman.Two Face dan Gordon dalam the Dark Knight sangat memberi impak kepada Batman. Aku akui dalam The Dark Knight Rises, Gordon, Blake dan Thalia Ra'As Ghul, memang hebat tapi tidak sehebat yang dahulu.Dari segi jalan cerita , memang Nolan suka memberi satu twist bagi penonton tertanya-tanya dan mahukan lagi. Tapi itu lah keistimewaan Nolan, ending yang sentiasa membuat penonton dalam kesamaran. Ingat Inception?
Dari segi aksi aku rasa tidak banyak beza.mungkin aksi Bane lawan Batman lebih mirip kepada pertarungan dua ahli gusti meskipun Batman terkenal dengan memiliki pelbagai gadjet.Ya, Nolan sedaya upaya mahu menghidupkan Bane dari komik sebagai 'the man who broke the bat' tapi dalam realitinya, Bane tidak mampu dihidupkan sedemikian rupa sehinggakan menenggalamkan elemen lain.Jika dulu Joker mengetengahkan elemen anarki, Bane pula mahu merevolusikan Gotham disebalik agenda yang lebih besar. Dalam mengetengahkan watak Bane, kelemahan yang ketara adalah visualisasi Bane dari komik dalam realiti dengan suara mirip Darth Vader dan dengan penumpuan Bane sebagai main villain cerita ini, kadang-kadang Nolan terpaksa mengehadkan kelebihan Cat Woman dan Thalia. Cat woman memang dipuji ramai tapi bagi aku wataknya mampu dikembangkan lagi bukan sekadar seperti seorang sidekick yang di akhirnya terkulai layu di tangan Bruce Wayne. Sama juga dengan Thalia yang dikatakan pewaris League of Shadows. Thalia sepatutnya lebih agresif, sensual dan manipulatif.
Meskipun sedemikian Nolan berjaya mengolah Batman sebagai hasil karya yang selamanya berpaksi kepada kegelapan. Tidak seperti Marvel Avengers yang lebih bersifat universal dan sangat sesuai kepada seisi keluarga dengan elemen humor, Batman lebih kepada membuat para penonton menilai apa yang tersurat dan tersirat. Realiti seorang lagenda, permasalahan yang dia hadapi serta ketakutan yang selama ini dia tempuhi selamanya dicungkil oleh Nolan dalam Batman. Tapi secara keseluruhannya, Batman kali ini  mencapai tahap yang diharapkan.Mungkin ini penutup Nolan bagi satu trilogi yang hebat yang diharapkan sebagai penghidup bagi DC Comic.Mungkin juga ini perlu dianggap sebagai platform untuk DC Comic menghidupkan kembali superhero mereka menyaingi kehebatan superhero dari Marvel Comic.
Akhir kata, The Dark Knight Rises berbaloi untuk ditonton. Tetapi apabila sudah habis,kita akan tertanya, apa selepas ini? apa lagi yang ada untuk masa depan?

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share