Friday, August 31, 2012

Mencuri dengar sambil makan

Salam merdeka kepada semua.tema sambutan kemerdekaan kita pada tahun ini memang 'bijak' iaitu "janji ditepati".aku sambut merdeka hanya dengan berehat cuti 3 hari hujung minggu.
Semalam semasa aku makan aku terdengar satu perbualan

Kenapa nak sambut merdeka dengan berkawad setiap negeri?
Dah orang atas suruh..kena la pergi
Habis diorg tak turun berkawad pulak?
Mane la i tahu
Ye lah.kita yang kawad.kita yang penat..
Kita kan duk kat bawah
Tapi tak selamanya akan duduk kat bawah tau
Mungkin merdeka nie dah jadi adat.tiap tahun berkawad.tiap tahun dgr amanat .tiap tahun tak berubah jugak
Itulah..definisi merdeka tue lain-lain
Bersabar je lah

Begitu lah lebih kurang yang aku terdengar.nak tergelak pun ada.tengok pada gaya dua org yang bercakap tue dari agensi kerajaan.jadi sama-sama lah kita fikir apa initpati yang kita boleh amik sedikit dari apa yang mereka bualkan.Merdeka ..apa yang dimaksudkan dengan merdeka.saban tahun tema berbeza.tapi apa yang ada pada tema sebenarnya.merdeka yang sebenar kita harus lihat pada ajaran agama masing-masing.tak kira lah kaum apa..agama apa tapi kalau betul mengaku beragama,ikut segala ajaran mesti tahu menjaga dunia dan negara serta diri dari benda-benda yang tidak elok.

Salam merdeka

Monday, August 27, 2012

In the swift second

Time.the one thing that people can never ever buy.
The only thing that will always haunt you
The one thing that can change human more than anything else
The only thing that you can hold dearly
The one thing that make your heart likr never before
The only thing that all people miss so much
The one thing that move the world
Even more loved than love itself
Time..

Friday, August 24, 2012

Raya sebulan

Hari nie dh jumaat.sekejap je .dh hmpir seminggu raya.bermula hari ini esok dan lusa pasti lebuhraya sesak terutamanya nak masuk kl.semua orang akan kembali masum kerja minggu dpn
Tp minggu dpn ada satu lagi cuti.merdeka pula.dan bermula minggu dpn sesak balik kl dengan open house.aku pula dah nak cukup 2 bulan mula kerja kat kl.boleh dikatakan dah mula masak dengan kehidupan di kl nie.mula fikirkan mahu mencari sesuatu yang lebih baik.utk ms dpn n diri sendiri.tidak mahu juga selamanya  berterusan sebegini . Tp aku sentiasa ingatkan diri aku.dlm mencari kena sentiasa sedar agar yang dikejar dpt yang dikendong tidak tercicir.ya..aku sama mcm manusia lain.sentiasa merungut dan mengeluh.manusia mmg mcm tue.kurang bersyukur dgn apa yang ada.bile sudah tiada baru tercari2 , menyesal pada benda yang hilang.tp khilafnya manusia semua mencari kesempurnaan.sempurna yang terlalu subjektif.

Thursday, August 23, 2012

ketupat ikan rendang penyu

semalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menyaksikan kelantan tewas kepada terengganu 2-0 di kuala terengganu.kalau tengok pada keseluruhan game boleh katakan seimbang.kelate ade byk jugak peluang di dpn gol tp nasib tak baik.ganu pun same.game rancak dan dua2 team serang menyerang.apa pun baru perlawanan pertama.kelebihan pada terengganu di tempat sendiri semalam.selepas ini kelate misi buru tiga mata.gkg

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam yang berada di Malaysia dan seluruh dunia..Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua. Kepada para pembaca blog ini, terima kasih dan semoga menyambut hari lebaran ini dengan penuh keberkatan bersama sanak saudara, sahabat taulan dan keluarga tercinta.Bersempena sambutan Aidilfitri ini, sama-samalah kita mengingati nasib saudara kita yang kurang bernasib baik dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Kepada para peminat bola sepak, sambutan aidilfitri pada tahun ini mungkin antara yang paling bermakna kerana RVP sertai Man Utd ataupun mungkin yang paling menyakitkan hati bagi peminat Arsenal.Apa-apa pun jangan lupa terus menyokong liga tempatan apabila saingan piala malaysia akan bersambung 24 Ogos nanti.
Sekali lagi, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..Berhati-hati di jalan raya.

Friday, August 17, 2012

Menjelang Aidilfitri di Kota Bharu

Alhamdulillah semalam selamat sampai ke kampung halaman meskipun keadaan trafik dari Lembah Klang menghala masuk ke Kelantan agak sesak dan semakin bertambah diberitakan pada hari ini.Semalam syukur sepanjang perjalanan bermula waktu berbuka di lebuh raya Karak sehingga sampai di KB, tiada kemalangan yang berlaku.Tapi saban tahun, meskipun perjalanan pulang ke kelate mengambil masa yang lama dan tidak menyenangkan disebabkan trafik yang perlahan dan keadaan jalan raya yang kurang elok, suasananya sangat meriah.Diatas bukit tujuh yang selalunya gelap,sunyi pada waktu malam, semalam bermandikan cahaya kenderaan yang bersusun.Kedai disepanjang perjalanan masuk ke Kelate ramai pengunjung dan ramai mula membuka gerai lemang, menambah pendapatan menjelang raya.Stesen minyak tak menang tangan melayan pelanggan, masjid-masjid ramai tumpang berehat.Ya, saban tahun rakyat Kelate di perantauan merungut mahukan satu lebuhraya yang baru untuk pulang ke Kelantan. Saban tahun juga bermacam-macam janji dikeluarkan setiap kali hal ini ditimbulkan.Tapi saban tahun juga, rakyat Kelantan tetap ramai yang pulang dan akan terus pulang, tak kira melalui gua musang, melalui jeli ataupun melalui Terengganu.Ada yang sanggup redah kesesakan. Ada yang sanggup bayar tol. Ada yang sanggup bertolak awal tengah malam.Pendek kata, bermacam gaya, bermacam karenah dan bermacam perangai.Semuanya dengan satu niat ikhlas. Mahu pulang beraya di kampung halaman, mahu melihat keluarga.Akhir kata, berhati-hati di jalan raya kepada semua yang pulang ke kampung. Di Kota Bharu, jalan semakin sesak bagi jalan menuju ke bandar, menuju ke wakaf che yeh, stadium dan menghala keluar ke pasir putih, pasir mas, machang dan bachok.Ini baru untuk hari ini, untuk esok lebih bertambah.

Sunday, August 12, 2012

Seminggu Hari Lebaran Tiba

InsyaAllah, sekiranya mengikut kiraan, lagi seminggu seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Sekarang ini semua orang sudah mula sibuk melakukan persiapan untuk menyambut hari penuh kegembiraan.Tapi dalam pada yang sama, ramai yang sedih kerana ramadhan akan pergi sekali lagi dan mahu terus mengejar keberkatan yang telah Allah janjikan pada malam-malam penghujung Ramadhan. Di KL nie, hujung minggu sebelum cuti raya bermula sangat sesak.Ramai penghuni kota berpusu-pusu ke pusat membeli belah mencari kelengkapan hari raya.Tak kurang juga ramai yang mencari bekalan-bekalan untuk dibawa pulang ke kampung halaman.Cuti sekolah untuk Aidilfitri bermula Khamis ini dan sudah pasti semua jalan raya, lebuhraya keluar ibu kota akan mula sesak bermula Rabu malam lagi.
Bila difikirkan balik, sedar tak sedar sekejap saja masa bergerak. Dan aku tak sabar nak berehat sempena cuti aidilfitri di KB.Pelbagai cabaran dan pengalaman telah ditempuhi dan pasti lebih besar cabaran yang akan datang selepas ini. Syukur juga akhirnya dengan rasminya setelah keluar keputusan akhir semester aku di universiti, status aku sekarang boleh dianggap bergraduat. Sekarang ini hanya menunggu surat untuk jemputan berkonvo. Tamat sudah segala perjalanan yang bermula dari 6 tahun lepas lagi dan sekarang sudah memasuki alam lain yang menjanjikan seribu satu pengalaman yang lebih berguna dan akan merencanakan arah hidup.
Sekian dahulu untuk masa sekarang.Semoga seminggu sebelum Aidilfitri ini diisi dengan usaha yang lebih kuat mengejar keberkatan Ramadhan dan semoga ditemukan dengan Lailalatul Qadar, penghulu segala malam.

Saturday, August 11, 2012

Persiapan Sampul Raya

Sampul duit raya.Salah satu benda yang tersangat penting yang perlu disiapkan menjelang Hari Raya.Sekarang nie seminggu sebelum raya, mesti dah ramai yang dah siap-siap beli sampul duit raya dan dah tukar duit raya.Tahun nie pulak duit raya baru, lagi lah semangat budak-budak kecil dan besar nak tunggu dapat duit raya daripada sanak saudara keluarga terdekat. Sampul raya memang main peranan besar dalam proses mendapatkan duit raya. Daripada sampul raya kadang-kadang kita dapat tau atau agak berapa banyak duit raya yang mungkin ada dalam sampul tersebut. Kadang-kadang sampul raya nie banyak syarikat bagi free sebagai hargai pelanggan diorang. Macam bank-bank.Nak lagi jimat, dulu aku pernah tolong mak aku buat sendiri je sampul raya.Jimat.Nak buat apa habiskan duit beli sampul duit raya mahal-mahal yang last sekali budak tengok duit kat dalam dan buang sampul raya tue dalam longkang.Kalau masa kecil dulu dan merangkap budak besar sebelum ini, aku kerap jugak kononnya nak kumpul sampul raya. tapi nak kumpul apa la sangat kalau dah besar, tua, berjanggut nak mintak duit raya lagi dari orang.Tapi sampul duit raya nie berguna walaupun selepas raya.Sebab selalu orang akan guna balik sampul nie bila ada kenduri. Orang akan bagi duit kat tuan rumah pengantin dengan masukkan duit dalam sampul. Baru la dapat sembunyi sedikit berapa yang kita mampu bagi kan. tengok pada tempat juga la kan.agak-agak makanan sedap, cepat-cepat not besar sedikit dalam sampul tue.
Berkisar lagi berkenaan dengan sampul raya nie.Seingat aku, kalau dulu antara sampul raya yang memang pasti akan ada duit banyak bila pergi rumah-rumah yang boleh dikatakan berada adalah sampul raya yang jenis panjang dan jarang jumpa ataupun dari syarikat-syarikat besar.kalau bank memang selalu jumpa.aku pernah jumpa yang dari Bernas, TNB.Yang lain banyak orang beli je kat pasar ramadhan pun dah berlambak sekarang jual. Tapi tahun ini lagi hebat, sedang aku layari fb pagi nie, aku jumpa sampul-sampul raya kat bawah nie.




Sempoi tak..haha.memang power..creative dan bijak adaptasi duit sampingan dalam sampul raya serta politik..nanti sesiapa yang beli sampul raya macam nie memang bersemangat waja.Alang-alang penyeluk pekasam orang tua-tua kata.Dalam berpolitik mampu juga jana pendapatan sampingan bagi orang yang kreatifkan.Mungkin geng bn boleh juga buat sampul raya janji ditepati takpun sampul raya gambar PM kita.lagi meriah raya nie jadi.Jangan pula orang sibuk duk canang takleh nak politikkan hari raya pulak. Politik itu kehidupan. Tak mau berpolitik macam tak payah hidup la.

p/s..aku dapat idea buat sampul raya dengan bermotifkan pasukan bola sepak masing-masing.Red Warrior dah keluarkan edisi mereka sendiri. Cari gambar-gambar buat sampul raya Inter lah

Thursday, August 2, 2012

Debaran Piala Malaysia 2012 bermula

Petang tadi, segala terjawab setelah selesainya undian peringkat kumpulan untuk Piala Malaysia bagi 2012 ini.




Sebelum ini, aku ada terlihat dan ada juga aku mengharapkan agar pasukan-pasukan yang boleh dianggap elit diundi dalam satu kumpulan bersama Kelantan. Dan terbukti, kumpulan B, Kelantan akan bersama pasukan-pasukan yang memang kuat. Terengganu, ATM dan Kedah.Semua peminat bola akui, kumpulan B ini adalah satu kumpulan maut kerana jika diperhatikan kepada kekuatan pemain, sejarah dan prestasi semasa, semua pasukan mampu melangkah kaki ke suku akhir Piala Malaysia. Tetapi yang lebih mencuri perhatian, saingan Kelantan akan menentang Terengganu, Kedah dan juga ATM.Keempat-empat pasukan ada misi tersendiri.

Terengganu, dibawah pimpinan Butler, barisan pemain yang terbukti hebat, saingan pantai timur serta fanatik peminatnya memang seringkali memberikan tentangan yang sengit kepada Kelantan. Pada tahun ini, sudah 3 kali Kelantan bertemu Terengganu dan setiap kali beraksi, Kelantan dan Terengganu pasti memberikan satu aksi bola sepak yang hebat. Kelantan seri sekali dan menang 2 kali pada tahun ini. Ya, Terengganu dilihat agak menjunam aksi dalam liga super sebelum ini tapi barisan pemainnya sememangnya masih lagi antara yang terkuat di negara kita. Dari penjaga gol sehingga ke penjaringnya yang mendapat anugerah kasut emas.

Kedah pula dirundum nasib malang terpaksa bermain dalam liga perdana musim depan.Tapi barisan pemain kedah ramai yang menjadi pilihan bagi skuad rajagopal. Kedah juga ada sejarah hebat dalam piala Malaysia sebelum ini. Wan Jamak dikhabarkan akan diganti jurulatih dari luar. pasti dengan semangat yang baru dan mahu memberi nafas baru kepada para peminat setia mereka, Kedah mahu berikan aksi terbaik dalam piala malaysia nanti. Kelantan pada tahun ini sudah 4 kali bertemu Kedah dan telah menang 2 kali dan seri 2 kali. Perlawanan semasa saingan piala fa menentang kedah di darul aman antara perlawanan sengit antara Kelantan dan kedah.

ATM pula akan mulakan saingan piala malaysia dengan reputasi juara liga perdana. barisan pemain termahal mereka disertakan dengan B Sathianathan, bekas jurulatih Kelantan yang pernah membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia sememangnya membawa bersama reputasi yang cukup mengerunkan. ATM mendapat suntikan kewangan yang besar dan mereka membuktikan kekuatan mereka dengan mudah menjuarai liga perdana. ATM sememangnya satu pasukan dark horse yang patut digeruni oleh semua pasukan. Dari pertahanan sehingga ke penyerang, pasukan mereka memang lengkap. Kelantan hanya menang sekali bertemu ATM pada tahun ini dalam saingan perlawanan persahabatan di KB. Kelantan bertemu ATM dengan penuh kekuatan akan menjanjikan aksi yang menarik

Secara taktikal di atas kertas dan perbandingan rekod perlawanan, Kelantan memang patut digeruni oleh pasukan-pasukan yang lain dalam kumpulan B tapi dalam bola sepak, apa jua mampu terjadi. Kelantan harus menghadapi setiap perlawanan dalam kumpulan B Piala Malaysia ini dengan penuh semangat dan konsisten seperti yang ditunjukkan dalam saingan liga super sebelum ini.

Tahun ini, bukti sekali lagi kepada para peminat dan penyokong Red Warrior untuk sekali lagi menjajahi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sekali lagi mendapat peluang menjulang piala paling berprestij di negara kita, Piala Malaysia.Seterusnya Kelantan melengkapkan treble pada tahun ini.

Gomo Kelate Gomo

p/s..tengok ko jadual nie meme sakit..3 hari satu perlawanan.tok rayo mano la anak buah Bojan Hodak nanti.

Olimpik dan Illuminati

Sekarang ramai duk heboh pasal hubungan antara olimpik yang sedang berlangsung dengan kultus illuminati.Mungkin gambar-gambar dibawah adalah kebetulan, ataupun perancangan yang halus dan sulit dari pergerakan yang sentiasa tersebut dalam dunia nie namun masih tidak ketahuan sama ada benar-benar wujud atau sekadar satu lagi konspirasi yang tidak boleh tidak dielakkan.






Jom Share