Thursday, August 2, 2012

Debaran Piala Malaysia 2012 bermula

Petang tadi, segala terjawab setelah selesainya undian peringkat kumpulan untuk Piala Malaysia bagi 2012 ini.




Sebelum ini, aku ada terlihat dan ada juga aku mengharapkan agar pasukan-pasukan yang boleh dianggap elit diundi dalam satu kumpulan bersama Kelantan. Dan terbukti, kumpulan B, Kelantan akan bersama pasukan-pasukan yang memang kuat. Terengganu, ATM dan Kedah.Semua peminat bola akui, kumpulan B ini adalah satu kumpulan maut kerana jika diperhatikan kepada kekuatan pemain, sejarah dan prestasi semasa, semua pasukan mampu melangkah kaki ke suku akhir Piala Malaysia. Tetapi yang lebih mencuri perhatian, saingan Kelantan akan menentang Terengganu, Kedah dan juga ATM.Keempat-empat pasukan ada misi tersendiri.

Terengganu, dibawah pimpinan Butler, barisan pemain yang terbukti hebat, saingan pantai timur serta fanatik peminatnya memang seringkali memberikan tentangan yang sengit kepada Kelantan. Pada tahun ini, sudah 3 kali Kelantan bertemu Terengganu dan setiap kali beraksi, Kelantan dan Terengganu pasti memberikan satu aksi bola sepak yang hebat. Kelantan seri sekali dan menang 2 kali pada tahun ini. Ya, Terengganu dilihat agak menjunam aksi dalam liga super sebelum ini tapi barisan pemainnya sememangnya masih lagi antara yang terkuat di negara kita. Dari penjaga gol sehingga ke penjaringnya yang mendapat anugerah kasut emas.

Kedah pula dirundum nasib malang terpaksa bermain dalam liga perdana musim depan.Tapi barisan pemain kedah ramai yang menjadi pilihan bagi skuad rajagopal. Kedah juga ada sejarah hebat dalam piala Malaysia sebelum ini. Wan Jamak dikhabarkan akan diganti jurulatih dari luar. pasti dengan semangat yang baru dan mahu memberi nafas baru kepada para peminat setia mereka, Kedah mahu berikan aksi terbaik dalam piala malaysia nanti. Kelantan pada tahun ini sudah 4 kali bertemu Kedah dan telah menang 2 kali dan seri 2 kali. Perlawanan semasa saingan piala fa menentang kedah di darul aman antara perlawanan sengit antara Kelantan dan kedah.

ATM pula akan mulakan saingan piala malaysia dengan reputasi juara liga perdana. barisan pemain termahal mereka disertakan dengan B Sathianathan, bekas jurulatih Kelantan yang pernah membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia sememangnya membawa bersama reputasi yang cukup mengerunkan. ATM mendapat suntikan kewangan yang besar dan mereka membuktikan kekuatan mereka dengan mudah menjuarai liga perdana. ATM sememangnya satu pasukan dark horse yang patut digeruni oleh semua pasukan. Dari pertahanan sehingga ke penyerang, pasukan mereka memang lengkap. Kelantan hanya menang sekali bertemu ATM pada tahun ini dalam saingan perlawanan persahabatan di KB. Kelantan bertemu ATM dengan penuh kekuatan akan menjanjikan aksi yang menarik

Secara taktikal di atas kertas dan perbandingan rekod perlawanan, Kelantan memang patut digeruni oleh pasukan-pasukan yang lain dalam kumpulan B tapi dalam bola sepak, apa jua mampu terjadi. Kelantan harus menghadapi setiap perlawanan dalam kumpulan B Piala Malaysia ini dengan penuh semangat dan konsisten seperti yang ditunjukkan dalam saingan liga super sebelum ini.

Tahun ini, bukti sekali lagi kepada para peminat dan penyokong Red Warrior untuk sekali lagi menjajahi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sekali lagi mendapat peluang menjulang piala paling berprestij di negara kita, Piala Malaysia.Seterusnya Kelantan melengkapkan treble pada tahun ini.

Gomo Kelate Gomo

p/s..tengok ko jadual nie meme sakit..3 hari satu perlawanan.tok rayo mano la anak buah Bojan Hodak nanti.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share