Friday, August 31, 2012

Mencuri dengar sambil makan

Salam merdeka kepada semua.tema sambutan kemerdekaan kita pada tahun ini memang 'bijak' iaitu "janji ditepati".aku sambut merdeka hanya dengan berehat cuti 3 hari hujung minggu.
Semalam semasa aku makan aku terdengar satu perbualan

Kenapa nak sambut merdeka dengan berkawad setiap negeri?
Dah orang atas suruh..kena la pergi
Habis diorg tak turun berkawad pulak?
Mane la i tahu
Ye lah.kita yang kawad.kita yang penat..
Kita kan duk kat bawah
Tapi tak selamanya akan duduk kat bawah tau
Mungkin merdeka nie dah jadi adat.tiap tahun berkawad.tiap tahun dgr amanat .tiap tahun tak berubah jugak
Itulah..definisi merdeka tue lain-lain
Bersabar je lah

Begitu lah lebih kurang yang aku terdengar.nak tergelak pun ada.tengok pada gaya dua org yang bercakap tue dari agensi kerajaan.jadi sama-sama lah kita fikir apa initpati yang kita boleh amik sedikit dari apa yang mereka bualkan.Merdeka ..apa yang dimaksudkan dengan merdeka.saban tahun tema berbeza.tapi apa yang ada pada tema sebenarnya.merdeka yang sebenar kita harus lihat pada ajaran agama masing-masing.tak kira lah kaum apa..agama apa tapi kalau betul mengaku beragama,ikut segala ajaran mesti tahu menjaga dunia dan negara serta diri dari benda-benda yang tidak elok.

Salam merdeka

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share