Friday, August 17, 2012

Menjelang Aidilfitri di Kota Bharu

Alhamdulillah semalam selamat sampai ke kampung halaman meskipun keadaan trafik dari Lembah Klang menghala masuk ke Kelantan agak sesak dan semakin bertambah diberitakan pada hari ini.Semalam syukur sepanjang perjalanan bermula waktu berbuka di lebuh raya Karak sehingga sampai di KB, tiada kemalangan yang berlaku.Tapi saban tahun, meskipun perjalanan pulang ke kelate mengambil masa yang lama dan tidak menyenangkan disebabkan trafik yang perlahan dan keadaan jalan raya yang kurang elok, suasananya sangat meriah.Diatas bukit tujuh yang selalunya gelap,sunyi pada waktu malam, semalam bermandikan cahaya kenderaan yang bersusun.Kedai disepanjang perjalanan masuk ke Kelate ramai pengunjung dan ramai mula membuka gerai lemang, menambah pendapatan menjelang raya.Stesen minyak tak menang tangan melayan pelanggan, masjid-masjid ramai tumpang berehat.Ya, saban tahun rakyat Kelate di perantauan merungut mahukan satu lebuhraya yang baru untuk pulang ke Kelantan. Saban tahun juga bermacam-macam janji dikeluarkan setiap kali hal ini ditimbulkan.Tapi saban tahun juga, rakyat Kelantan tetap ramai yang pulang dan akan terus pulang, tak kira melalui gua musang, melalui jeli ataupun melalui Terengganu.Ada yang sanggup redah kesesakan. Ada yang sanggup bayar tol. Ada yang sanggup bertolak awal tengah malam.Pendek kata, bermacam gaya, bermacam karenah dan bermacam perangai.Semuanya dengan satu niat ikhlas. Mahu pulang beraya di kampung halaman, mahu melihat keluarga.Akhir kata, berhati-hati di jalan raya kepada semua yang pulang ke kampung. Di Kota Bharu, jalan semakin sesak bagi jalan menuju ke bandar, menuju ke wakaf che yeh, stadium dan menghala keluar ke pasir putih, pasir mas, machang dan bachok.Ini baru untuk hari ini, untuk esok lebih bertambah.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share