Saturday, August 11, 2012

Persiapan Sampul Raya

Sampul duit raya.Salah satu benda yang tersangat penting yang perlu disiapkan menjelang Hari Raya.Sekarang nie seminggu sebelum raya, mesti dah ramai yang dah siap-siap beli sampul duit raya dan dah tukar duit raya.Tahun nie pulak duit raya baru, lagi lah semangat budak-budak kecil dan besar nak tunggu dapat duit raya daripada sanak saudara keluarga terdekat. Sampul raya memang main peranan besar dalam proses mendapatkan duit raya. Daripada sampul raya kadang-kadang kita dapat tau atau agak berapa banyak duit raya yang mungkin ada dalam sampul tersebut. Kadang-kadang sampul raya nie banyak syarikat bagi free sebagai hargai pelanggan diorang. Macam bank-bank.Nak lagi jimat, dulu aku pernah tolong mak aku buat sendiri je sampul raya.Jimat.Nak buat apa habiskan duit beli sampul duit raya mahal-mahal yang last sekali budak tengok duit kat dalam dan buang sampul raya tue dalam longkang.Kalau masa kecil dulu dan merangkap budak besar sebelum ini, aku kerap jugak kononnya nak kumpul sampul raya. tapi nak kumpul apa la sangat kalau dah besar, tua, berjanggut nak mintak duit raya lagi dari orang.Tapi sampul duit raya nie berguna walaupun selepas raya.Sebab selalu orang akan guna balik sampul nie bila ada kenduri. Orang akan bagi duit kat tuan rumah pengantin dengan masukkan duit dalam sampul. Baru la dapat sembunyi sedikit berapa yang kita mampu bagi kan. tengok pada tempat juga la kan.agak-agak makanan sedap, cepat-cepat not besar sedikit dalam sampul tue.
Berkisar lagi berkenaan dengan sampul raya nie.Seingat aku, kalau dulu antara sampul raya yang memang pasti akan ada duit banyak bila pergi rumah-rumah yang boleh dikatakan berada adalah sampul raya yang jenis panjang dan jarang jumpa ataupun dari syarikat-syarikat besar.kalau bank memang selalu jumpa.aku pernah jumpa yang dari Bernas, TNB.Yang lain banyak orang beli je kat pasar ramadhan pun dah berlambak sekarang jual. Tapi tahun ini lagi hebat, sedang aku layari fb pagi nie, aku jumpa sampul-sampul raya kat bawah nie.




Sempoi tak..haha.memang power..creative dan bijak adaptasi duit sampingan dalam sampul raya serta politik..nanti sesiapa yang beli sampul raya macam nie memang bersemangat waja.Alang-alang penyeluk pekasam orang tua-tua kata.Dalam berpolitik mampu juga jana pendapatan sampingan bagi orang yang kreatifkan.Mungkin geng bn boleh juga buat sampul raya janji ditepati takpun sampul raya gambar PM kita.lagi meriah raya nie jadi.Jangan pula orang sibuk duk canang takleh nak politikkan hari raya pulak. Politik itu kehidupan. Tak mau berpolitik macam tak payah hidup la.

p/s..aku dapat idea buat sampul raya dengan bermotifkan pasukan bola sepak masing-masing.Red Warrior dah keluarkan edisi mereka sendiri. Cari gambar-gambar buat sampul raya Inter lah

1 comment:

  1. Salam Ramadhan dari : awieomar.blogspot yang baru follow sini. Nak tak join game top "BLOGGER" musim 3 ? segala yang berkaitan pasal game ni boleh tinjau kat blog. musim 1 & 2.
    Senang je caranya nak sertai game tu. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum, harap sudi la follow ye) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan
    "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"
    Johan akan mendapat mendapat ganjaran wang tunai :)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share