Sunday, August 12, 2012

Seminggu Hari Lebaran Tiba

InsyaAllah, sekiranya mengikut kiraan, lagi seminggu seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Sekarang ini semua orang sudah mula sibuk melakukan persiapan untuk menyambut hari penuh kegembiraan.Tapi dalam pada yang sama, ramai yang sedih kerana ramadhan akan pergi sekali lagi dan mahu terus mengejar keberkatan yang telah Allah janjikan pada malam-malam penghujung Ramadhan. Di KL nie, hujung minggu sebelum cuti raya bermula sangat sesak.Ramai penghuni kota berpusu-pusu ke pusat membeli belah mencari kelengkapan hari raya.Tak kurang juga ramai yang mencari bekalan-bekalan untuk dibawa pulang ke kampung halaman.Cuti sekolah untuk Aidilfitri bermula Khamis ini dan sudah pasti semua jalan raya, lebuhraya keluar ibu kota akan mula sesak bermula Rabu malam lagi.
Bila difikirkan balik, sedar tak sedar sekejap saja masa bergerak. Dan aku tak sabar nak berehat sempena cuti aidilfitri di KB.Pelbagai cabaran dan pengalaman telah ditempuhi dan pasti lebih besar cabaran yang akan datang selepas ini. Syukur juga akhirnya dengan rasminya setelah keluar keputusan akhir semester aku di universiti, status aku sekarang boleh dianggap bergraduat. Sekarang ini hanya menunggu surat untuk jemputan berkonvo. Tamat sudah segala perjalanan yang bermula dari 6 tahun lepas lagi dan sekarang sudah memasuki alam lain yang menjanjikan seribu satu pengalaman yang lebih berguna dan akan merencanakan arah hidup.
Sekian dahulu untuk masa sekarang.Semoga seminggu sebelum Aidilfitri ini diisi dengan usaha yang lebih kuat mengejar keberkatan Ramadhan dan semoga ditemukan dengan Lailalatul Qadar, penghulu segala malam.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share