Wednesday, September 19, 2012

Arbil FC 5 - Kelantan FA 1

Semalam berlangsung perlawanan suku akhir pertama AFC di Iraq diantara Arbil FC menentang Kelantan FA. Arbil merupakan jagoan dari Iraq manakala Kelantan mewakili Malaysia selaku Juara Liga Super dan boleh dianggap sebagai pasukan terbaik dari Malaysia. Kelantan hadir menentang Arbil dengan hampir separuh pemain utama tiada akibat penggantungan, kecederaan dan masalah lain.
Separuh masa pertama Kelantan berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan 1-1 hasil penalti Piya. Tapi apabila memasuki separuh masa kedua, Arbil meningkatkan asakan dan akhirnya berjaya mendapatkan 4 gol menjadikan 4 gol.Jika dilihat memang terdapat jurang perbezaan yang sangat besar antara Arbil dan Kelantan tetapi ini adalah satu pengalaman dan pendedahan yang sangat berguna bagi skuad Kelantan.Beraksi di pentas antarabangsa. Barisan pertahanan Kelantan yang dibarisi semuanya bukan pilihan pertama akibat ketiadaan pemain utama seperti Subra, Obinna,memang begitu longlai dalam menahan asakan daripada kepantasan pemain-pemain bertubuh besar Arbil yang kebanyakannya adalah pemain negara Iraq.Satu faktor yang cukup memberi kesan lagi kepada persembahan Kelantan di pentas antarabangsa adalah keletihan akibat jadual yang padat.
Namun kekalahan yang pertama ini bukanlah satu keputusan yang sangat mengecewakan malah ini semua adalah pendedahan yang sangat berguna bagi pasukan Kelantan untuk terus maju. Pemain-pemain Kelantan boleh menjadikan perlawanan ini sebagai satu pentas untuk mempersiapkan diri dalam saingan suku akhir Piala Malaysia nanti menentang Felda United.
Kelantan tidak perlu begitu kecewa kerana memang jurang perbezaan begitu besar Liga negara kita, bukan liga asia tenggara berbanding negara-negara timur tengah.Pasukan asia tenggara lain juga seperti Arema dan kelab dari Thailand tewas dalam perlawanan pertama masing-masing.
Peminat Red Warrior aku rasa tidak begitu kecewa dalam perlawanan ini kerana harapan yang tidak begitu tinggi diberikan.Dalam perlawanan kedua di KB nanti pastinya Kelantan tidak mahu maruah terus dicalar dihadapan penyokong sendiri.Dengan kembalinya beberapa pemain utama untuk saingan di KB nanti, Kelantan mampu bangkit dan pasti berupaya membuktikan sesuatu nanti, sekurang-kurangnya menjaga maruah agar tidak lagi teruk dicalar.
Apa-apa pun , Gomo Kelate Gomo Selamanya...Nantikan saingan kedua di KB pada 25 hb nanti.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share