Friday, September 14, 2012

Derby Pantai Timur - Kelantan 6 - Terengganu 1


Bereh.Tamat Sudah..Malam nie semua terjawab.Langkah berikutnya mula diatur.Memang selalu orang kata save the best for the last.Bukan mahu menidakkan kehebatan Terengganu tapi malam nie mungkin dicampur keramat stadium Kelantan, dendam kalah pada perlawanan pertama di Kuala Terengganu,Butler yang habis idea, masalah dalaman bagi pasukan Terengganu, kepakaran para pemain Kelantan, Kelantan berjaya menewaskan Terengganu dengan jaringan yang cukup besar.Malah aku berani jamin tiada seorang peminat Kelantan pun berani meramalkan keputusan sebegini untuk malam ini.Lagi manis, kemenangan besar sebegini dilakukan di hadapan penyokong sendiri, disaat tekanan paling tinggi. Malam ini Kelantan memang sangat perlukan kemenangan setelah seri dengan Kedah sebelum ini dan untuk melayakkan diri ke saingan suku akhir.Dan terbukti dengan kemenangan besar ini, bukan sahaja Kelantan layak ke suku akhir, dapat menambahkan lagi duka kepada skuad Terengganu, malah dapat laluan yang diatas kertas boleh dianggap muda apabila diundi akan bertemu Felda United.Saingan yang seterusnya pasti menantikan Gergasi Misi 33, Selangor, satu lagi pasukan yang memang seteru dengan Kelantan.
Tahniah kepada seluruh skuad Kelantan kerana menunjukkan motivasi yang begitu tinggi malam ini. Tahniah juga kepada Bojan kerana bijak mencatur taktikal yang membuahkan hasil yang cukup manis di hadapan penyokong sendiri. Kemenangan besar sebegini kembali membakar semangat pemain dan juga para penyokong Kelantan yang terbukti sentiasa mahukan yang terbaik untuk pasukan Kelantan.Dan Kelantan pastinya akan terus meningkat seiring dengan saingan suku akhir dan separuh akhir dan misi utama melangkah sekali lagi ke Bukit Jalil dan mendakap Treble yang pertama.
Untuk mengulas perlawanan malam ini, aku dapat katakan Farhan dan Piya bijak mencuri peluang. Farhan dan Piya membuktikan bahawa mereka masih lagi pemain yang perlu diberi perhatian dan sepatutnya mendapat tempat dalam skuad Rajagopal. 2 gol dari Farhan dan 2 gol dari Piya cukup membuktikan mereka adalah antara pemain yang cukup berbisa.Afiq membalas kepercayaan dan dilihat semakin serasi dengan skuad Kelantan. Shakir seperti biasa antara midfield general cukup berdisiplin diatas padang. Obinna memang kapten dibarisan bawah. Apek walaupun tidak diuji tetapi apabila tiba saat genting di hadapan gol, dia masih membukti kenapa dia adalah penjaga gol no 1 malaysia. Indra masih lagi konsisten dan gol ke enam daripadanya cukup padu.Daudsu tidak kurang juga jasa dalam skuad Kelantan dan masih lagi kental dibawah dan menjadi ancaman apabila naik ke bahagian tengah. Roya walaupun kadang kala dikritik tapi malam nie membukti dia berhak bersaing untuk mendapat kesebelasan utama. Nik Azim dan Mafry Balang membuktikan mereka juga layak untuk bersaing merebut kesebelasan utama.
Sekali lagi.tahniah kepada semua.Seluruh Kelantan bergema malam ini. Misi berikutnya 28 September, Suku Akhir Pertama..Kali ini budak-budak sawit menanti.Kelantan akan terus mara. Sebelum itu, terlupa, akan menimba pengalaman cukup berharga dan mahu mencipta kejutan dengan bertandang melawan Arbil saingan suku akhir AFC.

Sekian..Gomo Kelate Gomo.


Jadual Suku Akhir Piala Malaysia.

Lions XII FC mln Pahang FA
Selangor FA mln Johor FC
KELANTAN FA mln Felda United FC

N.Sembilan mln ATM

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share