Thursday, September 27, 2012

Lagi 50 nak cukup 1000


Misi semakin hampir kepada nombor 1000.
Kalau nak kira pada speed memang slow la post dalam blog aku nie tapi tak mengapalah, sekurang-kurang dapat jugak blog aku nie cecah angka 1000 walaupun mungkin orang lain dah lama cecah angka tersebut.
Walaupun tak besar tapi angka nie boleh dianggap sebagai satu pencapaian bagi blog nie.Aku tak kejar pape pun dari blog nie.Ya, orang lain ada yang kaya raya dengan nuffnang la dan pebenda lagi.Ada juga yang terkenal dengan tulisan mereka.
Blog aku sekadar tempat aku nak tulis apa yang aku rasa nak tulis.Ada penulis blog suka letak gambar, ada suka cerita pasal diri sendiri, ada suka nasihati, ada suka bubuh lagu, ada yang menjual beli.Terserah pada kehendak dan minat masing-masing kan.Dan aku akui blog aku nie kalau aku duk review daripada awal dulu memang banyak pasal sukan terutama sekali bola sepak.Tapi aku tetap sebegini, ada masa aku tulis, aku akan tulis dan luah apa saja.Ada masa orang banyak, ada masa orang komen, terserah kepada semua.
Dalam blogging macam-macam cara boleh dibuat.ada yang buat blog kemudian tinggal.Ada yang buat blog kemudian fokus betul-betul.Ada yang cerita macam-macam dalam blog.ada yang sangat perahsia dalam blog.ada yang menipu dalam blog.ada yang bersandiwara dalam blog.seribu satu macam blog ada dalam dunia internet nie. Bagi aku, ade setengah benda bleh kongsi, ada setengah kena simpan. ade orang tgk sisi aku lain, ada orang tgk gaya aku lain.masing-masing ada pandangan tersendiri.
jadi sekian dulu untuk post yang ke 950 ini.Insyaallah aku akan usahakan sebelum tahun ini berakhir 1000 post berjaya ditulis dalam blog ini.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share