Monday, September 24, 2012

Suku Akhir Piala AFC 2012

Malam esok pertarungan kali kedua saingan suku akhir AFC Cup antara Arbil FC dan Kelantan Fa di Kota Bharu.
Pertarungan maruah.Kelantan tewas 5-1 pada pertemuan pertama pada minggu lepas di Iraq.
Jika diikutkan pada logik,hanya sedikit peluang yang diletakkan kr atas Kelantan dlm menempatkan diri ke saingan separuh akhir kerana perlu menewaskan Arbil 4-0 di tempat sendiri.ini kerana Arbil mempunyai barisan pemain yang bersaiz lebih besar dan corak permainan yang ditunjukkan tempoh hari amat jauh perbezaan dengan Kelantan.Tetapi Kelantan akan mendapat sokongan padu dari peminat red warrior yang fanatik dan setia.Stadium keramat KB sentiasa menjadi gelanggang yang menjadi medan bagi pasukan Kelantan mendapat kemenangan dan pada tahun ini Kelantan masih belum tewas kepada mana-mana kelab lagi.
Malam esok pastinya Kelantan mahu menjaga maruah dan martabat liga negara daripada terus di malukan pasukan dari luar negara.
Malam esok Kelantan akan menggunakan peluang yang ada untuk memberikan tentangan sengit dalam mendapatkan kemenangan.
Sama-sama saksikan perlawanan malam esok.Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share