Tuesday, October 30, 2012

LOL


14 Jam seksa


Bertolak pukul 10.45 malam..Sampai destinasi 12.30 pagi.

Cuba kira sendiri.Dalam otak aku congak lebih kurang 14 jam tue. Macam tue la azab baru-baru nie balik beraya haji di rumah. Balik pulak dengan bas Transnasional Skyview. Skyview la konon.tak nampak2 sky pun. Mula sesak sebelum tol Gombak lagi dan sehingga sampai KB.Aku memang respek dengan para pemandu bas ekspress yang sanggup meredah kesesakan dari KL sampai ke KB. 

Menyesal tak bukak laptop malam tue kalau tak aku rasa mula dari Gombak sampai Gua Musang layan How I Met Your Mother, boleh la kot tengok balik musim 1 sampai 6.

Mujur time nak datang balik KL hari tue berjaya dapatkan tiket terbang. Kalau nak drive jugak memang aku dah tak sanggup.Sanggup ambil MC dari tempat kerja lah.

Tetapi bila difikirkan balik, memang orang-orang Kelantan terutamanya, memang sangat tabah.Setiap tahun berdepan dengan situasi sama. Setiap kali perayaan besar mesti akan sesak jalan raya.tapi setiap tahun masih tetap ramai orang. Bukan sedikit pengorbanan yang dibuat tue. Kereta berapa banyak yang tersadai sebab enjin panas. Duit berapa banyak habis sebab minyak dan makan.Masa belum kira lagi. Jadi mungkin inilah factor terbesar yang orang selalu cakap orang Kelantan nie miskin. Kami miskin sebab terpaksa berhabis setiap kali balik ke kampung.

Saturday, October 27, 2012

Sebab Kelantan berhak pegang 3 Piala tahun nie.

Alhamdullilah.Akhirnya selamat sudah seluruh umah islam di Malaysia menyambut Aidil Adha. Kepada mereka yang berkorban, pasti akan merasa puas dapat melakukan ibadah korban. Dan kepada mereka-mereka yang berasal dari Kelantan, aidil adha tahun ini akan membawa pelbagai kepuasan.Satu kerana pengorbanan yang telah dilakukan semasa menyokong pasukan tersayang, Kelantan mengharungi kancah bola sepak tempatan dan dihadiahkan dengan kejayaan manis memenangi 3 piala pada tahun ini.Tahun ini merupakan tahun yang penuh warna warni kepada bola sepak kelantan, kontroversi jurulatih pada awal tahun, penggantungan Tan Sri Annuar Musa, kontroversi pemain import dan sebagainya namun semua mampu ditepis seterusnya menghasilkan satu kenangan yang cukup manis dan gemilang dengan berjaya menewaskan ATM pada sabtu lepas dalam melengkapkan siri kejayaan menjulang 3 piala pada tahun ini. Orang sering kata orang kelantan paling miskin di Malaysia tapi jika dilihat bermula 2009, penyokong Kelantan adalah yang paling kaya di Malaysia kerana selalu menghabiskan wang pergi ke Bukit Jalil ataupun Shah Alam untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan semasa menghadapi perlawanan akhir. Lihat saja pada tahun ini, sudah 2 kali peminat Kelantan datang dari Kota Bharu untuk melihat Kelantan beraksi di pentas akhir, satu di bukit jalil dan di Shah Alam.Jadi apa sebab yang ada dibelakang kejayaan pasukan Kelantan memenangi gelaran treble pada tahun ini?

  • Bojan Hodak


Bojan Hodak boleh dikatakan sebagai kunci utama yang mengadunkan taktik dan formasi dalam memberikan kejayaan demi kejayaan kepada pasukan Kelantan. Beliau sentiasa tenang apabila menghadapi sebarang perlawanan getir dan sentiasa tidak malu menunjukkan perasaannya apabila berada di tepi padang.Seorang yang professional dan meskipun beliau masuk menggantikan Peter James Butler pada awal musim, pengambilan Bojan merupakan satu langkah yang paling berbaloi diambil oleh KAFA pada tahun ini.
  • Taktikal & Pemain

 Kelebihan ketara yang dapat dilihat dalam pasukan Kelantan pada musim ini adalah kepelbagaian dalam taktikal yang diterapkan oleh Bojan Hodak dan setiap pemain yang diturunkan menunjukkan aksi yang mantap. Lihat saja di barisan pertahanan. Meskipun Kelantan menghadapi krisis kecederaan kepada Aziz Ismail, Farisham dan Azizi Mat Rose, tapi pemain seperti Nik Shahrul Azim, Aslam (pinjam dari KL) mampu menggalas tugas dengan baik.Bojan juga tidak segan untuk mencuba benda baru contohnya mengarahkan para pemain tengahnya mencuba posisi baru yang memberikan satu dimensi baru. Lihat saja kepada senarai penjaring bagi pasukan Kelantan, hampir semua pemain pernah menjaringkan gol dan ini memberikan satu tonik kerana pasukan lawan sukar untuk mengawal setiap pergerakan setiap pemain Kelantan.Ingat gol dari Daudsu, gol penyamaan Obinna, libasan Chanturu, lencongan Roypy, tendangan padu Zamri dan bermacam lagi yang menghadiahkan kemenangan demi kemenangan kepada pasukan kelantan. Taktikal yang diterapkan Bojan juga sering bertukar. Long ball, short pass, counter attack dan bertahan sentiasa berjaya mengawal pergerakan setiap pasukan lawan.
  • Peminat
 
 Tidak dapat dinafikan.Antara watak penting yang memberi motivasi dan sokongan moral kepada seluruh organisasi pasukan bola sepak Kelantan. Tanpa peminat setia dan fanatik ini, suasana di stadium akan menjadi suram dan pasti akan merencatkan sokongan kepada pasukan Kelantan. Disebabkan para peminat lah, pasukan Kelantan telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah beraksi di halaman sendiri dalam semua pertandingan pada tahun ini. Satu rekod yang cukup cemerlang.
  • Pengurusan
 
  Pengurusan KAFA sekali lagi berjaya mentadbir dengan professional dan sepatutnya menjadi model kepada semua pasukan yang ada di Malaysia. Meskipun pada awal tahun ini Kelantan tidak membeli para pemain import berprofil tinggi dan membawa masuk pemain bintang, tapi Kelantan mampu menjulang 3 kejuaraan. Kelantan bukan sahaja hebat di padang tapi dengan pengurusan yang baik, segala kebajikan serta tajaan bola sepak para pemain terkawal dan terjamin. Dibawah pimpinan Tan Sri, Kelantan melawan satu demi satu cabaran pihak lawan dengan jayanya. Meskipun berdepan kontroversi PJB pada awal musim dan penggantungan oleh FAM kepada TSAM, KAFA masih mampu bergerak dan berjaya mengurus Kelantan dengan tenang dan sewajarnya.
  • Jadual FAM
FAM juga patut diberikan penghargaan kerana telah membantu Kelantan dalam menjulang 3 piala pada tahun ini. Jadual FAM yang sangat padat kepada Kelantan yang beraksi dalam AFC membantu Bojan dan para pemain Kelantan meningkatkan prestasi dan mengekalkan konsistensi. Pada satu ketika Kelantan terpaksa menempuh 3 perlawanan dalam satu minggu dan kepadatan ini telah memberi ruang kepada Bojan untuk mencuba pemain yang baru yang lebih segar dan peluang yang terbuka ini telah disambut dengan baik oleh para pemain Kelantan.Disebabkan jadual yang ketat juga, persembahan Kelantan sentiasa konsisten dan momentum yang dibawa pada setiap perlawanan sentiasa meningkat.


Sekian dulu dari Kota Bharu. Masuk November dan Disember ini, para peminat tempatan akan dihidangkan dengan pelbagai kisah perpindahan pemain tempatan dan persembahan negara dalam suzuki cup.Apa-apa pun tahun 2012 akan sentiasa disemat dalam kenangan para peminat bola sepak Kelantan sebagai tahun lagenda.

 Gomo Kelate Gomo.

Sunday, October 21, 2012

Treble Musim 2012 - Kelantan Juara

Tokse kecek banyak .Semale Kelate mene. Piala Malaysia 2012.Lawan ATM.Jaringan Indra Putra dalam masa tambahan. Final yang ore rama oyat paling puah hati. Duo pasuke yang meme hebat.Yang meme berhak.5 gol. Gapo lagi nok oyat pasal Kelate tahun nie.meme hebat.semua piala amek doh.Semua pemain meme layak jadi lagenda.Semua penyokong meme puah.maso lonie enjoy dulu. musim tahun depan misi baru pulok.
Gomo Kelate Gomo

Thursday, October 18, 2012

Brunei dan Empayar Kota Chermin

Terjumpa satu mitos/lagenda/sejarah/fakta? menarik untuk dikongsi bersama dari Blog Pencacai Malaysia .

Jom sama-sama baca sekadar tambah ilmu dan berfikit

Misteri Masjid Brunei Darussalam Di Kelantan!

Posted on 
  • Saturday, February 11, 2012
  • by 
  • Pencacai SeMalaysia®
  •  
  • Label: 

  • Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan masjid ini. Walaupun gua orang kelantan,tapi gua masih belum menjejajak kaki kesini lagi. Insyaallah gua akan plan untuk kesana merasai sendiri suasana yang dikatakan misteri dan aman disana..MESTERI??? kah kah kah kah

    Berbalik pada tujuan asal posting ni, Masjid Brunei Darussalam atau nama lainnyaMasjid Putih ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H. Pembinaan Masjid ini sepenuhnya dibiayai oleh Sultan Brunei Sultan Hassanah Bolkiah 

    Untuk pengetahuan lu orang, Masjid ini terletak di Danau Tok Uban, atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Kampung ini boleh diketogerikan kawasan pendalam. Gua rasa , jauh kampung ini dari jalan utama Pasir Mas adalah 10 KM.

    Persoalan yang bermain diminda gua adalah kenapa Masjid Putih ini dibina di pendalaman dan kenapa Sultan Brunei berminat membiayai pembinaan ini..??

     Sejarah Pembinaan Masjid Brunei Darussalam

    Gua tak dapat dipastikan cerita ini sahih ataupun tidak. Cerita ni dipetik daripada seorang forumer yang dia dengar sendiri daripada penduduk tempatan. Katanya dulu penduduk kat situ nak membina sebuah masjid tapi kekurangan sumber kewangan. Akhirnya AJK masjid menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan.

    Tanpa disangka Sultan Brunei perkenankan permintaan diorang dan sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan berterima kasih, nama Brunei Darussalam dijadikan nama bagi masjid serba putih ni.

    Ada satu lagi versi cerita mengatakan yang Sultan Hassanal Bolkiah mendapat mimpi untuk membina masjid di Danau Tok Uban. Sejauh mana benarnya cerita ni, hanya Sultan Hassanal Bolkiah saja yang dapat menjawab. Tapi cerita ni dikuatkan dengan hubungkait antara Sultan Brunei dan Sultan Kelantan yang dikatakan berasal daripada salasilah keluarga yang sama iaitu daripada sanad Saidina Hussein r.a., cucu Baginda Rasulullah s.a.w.

    Daripada keturunan cucu Nabi Muhammad s.a.w. lahirnya Wali 7 yang diketuai olehSayyid Hussein Jamadil Qubra yang bermudik dari Mekah dan berlabuh di sebelahBukit Panau melalui Sungai Kelantan yang terletak berhampiran Danau Tok Uban. Ada lagi kisah misteri dan menarik berkenaan dengan hal ini.

    Berbalik semula tentang mimpi Sultan Brunei untuk membina masjid di tebing Danau Tok Uban ada kemungkinan Baginda Sultan mendapat mimpi daripada salah seorang wali, sama ada Wali 7 ataupun Wali 9 (Wali Songo). Betul atau tidak hanya empunya badan yang dapat sahkannya. Tapi sekiranya betul pun atas sebab-sebab tertentu dakwaan mimpi ni terpaksa dipalsukan. Maksudnya tak semua perkara boleh diberitahu kepada umum secara direct. Ada banyak sebab perlu diambil kira. Jadi betul atau tak cerita ni tak perlulah kita nak berdebat bagai...kah kah kah kah


    Siapa Sayyid Hussein Jamadil Qubra? Apa kaitannya dengan Bukit Panau dan Danau Tok Uban? Apakah rahsia di dasar tasik Danau Tok Uban?


    Kita kena akui ada perkara yang di luar tahap pemikiran logik kita walaupun ianya susah untuk diterima. Hanya orang yang ‘terpilih’ saja yang boleh ‘merasa’ kemisterian sesuatu tempat atau perkara berdasarkan anugerah daripada Allah s.w.t. Bagi gua yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dalam diri ni hanyalah sekadar berminat untuk mengorek cerita dan untuk mengetahui sejarahnya serta apa rahsia yang terdapat di suatu tempat tersebut. Salah satu lokasi yang gua rasa sesuai untuk dijadikan permulaan adalah Danau Tok Uban di mana terletaknya sebuah masjid indah bernama Masjid Brunei Darussalam di tebing tasik yang terbentang luas.

    Siapa Tok Uban?

    Tok Uban ni adalah nama seseorang. Kemungkinan besar dialah yang membuka tempat bernama Tok Uban yang terletak di Pasir Mas ni. Nama sebenar Tok Uban adalah Haji Sulaiman yang kuburnya sekarang dijaga oleh cucu-cucunya. InsyaAllah kalau ada masa bolehlah aku cari kubur arwah Tok Uban ni. Boleh juga tanya cucu-cucunya sama ada betul atau tidak datuk diorang ni yang membuka tempat bernama Tok Uban.

    Ada juga yang mengatakan Tok Uban adalah seorang lelaki bertaraf wali yang mempunyai pelbagai ilmu. Ada beberapa orang yang mengaku pernah berguru dengan Tok Uban. Lagi misteri apabila dikatakan Tok Uban adalah jelmaan sepanjang zaman. Tak perlu rasanya nak cerita lebih lanjut pasal ni sebab ianya sangat jauh untuk diterima oleh akal kita.

    Misteri Danau Tok Uban

    Sekarang kita masuk cerita pasal Danau Tok Uban pula. Seperti yang kita tahu Masjid Brunei didirikan di tebing tasik yang luas. Tasik atau lebih tepat disebut danau dahulunya dikatakan adalah tempat di mana Empayar Kota Chermin berada. Ada yang menyebut Empayar Chermin, Kota Chermin dan Negeri Chermin. Dalam cerita ni kita kekalkan dengan panggilan Kota Chermin iaitu Kelantan Purba.

    Kota Chermin adalah sebuah negeri (Kelantan Purba) dengan ibu kotanya dikenali sebagai Jiddah dan menjadi pusat perdagangan melalui Sungai Kelantan. Ianya juga ada kaitan dengan zaman Nabi Sulaiman a.s. Dahulunya sihir dan ilmu ghaib menjadi mainan. Mengikut sejarah Nabi Sulaiman a.s. memang pada zaman itu sihir bukanlah sesuatu yang asing. Tapi sampai satu tahap ianya dihapuskan dan kitab-kitab yang mengandungi ilmu-ilmu sihir tersebut telah disembunyikan oleh Nabi Sulaiman a.s. di Temple of Solomon (Kuil Sulaiman) yang terletak di bawah Masjidil Aqsa yang pihak Zionis giat duk menggali sekarang ni untuk membangkitkan semula era dunia sihir.

    Ditakdirkan Allah s.w.t. terjadilah bencana alam yang dahsyat hingga Sungai Kelantan ditutup lalu terbentuklah Selat Melaka yang menjadi pusat perdagangan dunia terulung ketika itu. Ada yang mengatakan bencana alam yang dimaksudkan adalah gempa bumi, ada juga mengatakan tsunami. Namun kedua-dua bencana alam tersebut memang saling berkait rapat. Dan bermula dari bencana alam itulah terpisah antara Semenanjung dan Sumatera yang dulunya ia bersambung. Jiddah pula ditenggelami air lalu membentuk danau yang sekarang ni dikenali sebagai Danau Tok Uban.

    Dikatakan Jiddah mempunyai harta emas yang sangat banyak. Atas sebab itulah Pasir Mas (Emas) dan Tanah Merah mendapat nama. Secara ringkasnya di dasar Danau Tok Uban terdapat harta yang tenggelam tetapi misterinya timbul apabila ada pihak yang cuba untuk mengambil beberapa harga yang tenggelam tersebut gagal untuk membawanya naik ke permukaan. Menurut orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta yang terkandung di dasar Danau Tok Uban bakal digunakan pada akhir zaman semasa kebangkitan semula Islam.

    Terdapat beberapa hadis yang ada menyebut tentang Timur. Antaranya:

        Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

        Sabda Nabi s.a.w.: “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)


    Ada pendapat mengatakan Timur yang dimaksudkan ada kemungkinan ialah Danau Tok Uban, di mana segala yang tersirat tersimpan..wallahuallam

    Berkaitan dengan Kota Chermin yang tenggelam, ianya ada kaitan dengan orang Kelantan yang biasanya lebih sinonim dengan emas dan kebanyakan pakar pertukangan emas adalah daripada kalangan orang Kelantan. Aku tak boleh nak ulas lanjut pasal ni sebab memang tak tahu. Tapi korang boleh selidik sendiri. Yang aku tahu Majalah Tiga pernah buat jurnal berkenaan dengan emas di Kelantan. Oh ye, buat pengetahuan Pasir Mas dan Tanah Merah adalah bersempadan.

    Kisah Bukit Panau

    Selain Danau Tok Uban, Bukit Panau yang terletak di Tanah Merah dan berhampiran dengan Danau Tok Uban juga menjadi salah satu daya penarik untuk gua terus mengorek rahsia dan misteri yang berlaku satu ketika dulu. Ada pihak mengatakan Mount Ophir yang disebut dalam kitab Yahudi yang merujuk kepada Gunung Ledang di mana Nabi Sulaiman a.s. pernah sampai ke sana sebenarnya adalah Bukit Panau setelah kajian dibuat. Tak tahu pula kajian macam mana yang diorang buat. Taip itu tak penting. Yang hendak gua sampaikan adalah kisah antara Sayyid Hussein Jamadil Qubra dan juga Laksamana Hang Tuah di Bukit Panau.

    Sayyid Hussein Jamadil Qubra

    Sayyid Hussein Jamadil Qubra adalah ketua Wali 7 yang bermudik dengan kapal dari Mekah bersama adiknya Syeikh Thana’uddin lalu singgah sebelah Bukit Panau sekitar tahun 1349 Masihi selepas membina Masjid Kg. Laut iaitu masjid tertua di Malaysia yang struktur binaannya adalah tanpa paku. Masjid Kg. Laut pada asalnya terletak di Kampung Laut berhampiran Sungai Kelantan tetapi dipindahkan ke Nilam Puri bertentangan dengan UM Cawangan Kampus Islam atas sebab tapaknya semakin terhakis dan ditenggelami air yang sekarang ni dah menjadi sungai. Perasaannya betul-betul tak sama kalau nak dibandingkan dengan masjid moden sekarang ni. Bukan sebab perbezaan struktur dan zaman, tapi…entahlah. Susah nak cakap. Misteri.. kah kah kah kah


    Salah seorang anak Sayyid Hussein Jamadil Qubra dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja kepada Sultan Brunei sekarang.Maka terjawaplah persoalan diatas...! kah kah kah kah

    Laksamana Hang Tuah

    Adik kepada Sayyid Hussein Jamadil Qubra iaitu Syeikh Thana’uddin menetap di Bukit Panau sebagai tempat pertapaan. Di Bukit Panau inilah Laksamana Hang Tuah datang berguru dengan Syeikh Thana’uddin yang menggunakan nama gelaran Adi Puterasetelah berjalan selama 7 hari 7 malam dari Kota Melaka sekitar tahun 1400 Masihi.

    Dikatakan juga Hang Tuah adalah guru kepada Allahyarham Dato’ Paduka Meor Abdul Rahman iaitu Mahaguru Silat Seni Gayong yang sangat terkemuka. Maksud guru yang dinyatakan bukanlah secara direct kerana Hang Tuah dan Meor Abdul Rahmanadalah daripada dua zaman yang berbeza. Allahyarham Meor Abdul Rahman dilahirkan 17 haribulan Ogos 1918 di Kampung Lake Garden, Taiping, Perak. Mustahil mereka berdua boleh berjumpa dalam jarak masa yang terlalu jauh.

    Guru yang dimaksudkan adalah melalui mimpi yang dialami oleh Meor Abdul Rahman semasa beliau ke Mee Nam, selatan Thailand. Hang Tuah telah meludah ke dalam mulut Dato’ Meor untuk menurunkan ilmunya.

    Tuesday, October 9, 2012

    Sedikit masa lagi

    Sedikit masa lagi.
    Mengambil kira semua faktor
    Melepaskan semua benda
    Semoga berjalan lancar
    Semoga semua gembira
    Sedikit masa lagi
    Itu saja mampu dipohon

    Monday, October 8, 2012

    Resume Shopping



    Hmmm.wondering buying resume on eBay already. How much would it be?

    Sunday, October 7, 2012

    Tak Perlu Tunggu di Shah Alam

    Itulah tajuk akhbar sebelum nie yang melaungkan amaran pasukan selangor mahu menewaskan Kelantan di KB dlm saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia.
    Tp alhamdulillah.Kelantan menang semalam walaupun dengan jaringan 1-0 tapi sudah cukup utk dibawa bekal bertandang ke Shah Alam Jumaat nanti.
    Pada keseluruhannya,kedua-dua pasukan beraksi seimbang dan saling menguasai bahagian tengah padang.bahagian pertahanan kedua-dua pasukan memang berkerja keras semalam mengekang asakan demi asakan bahagian serangan.
    Para penyokong Kelate gembira dengan jaringan 1-0 ini kerana membuktikan Kelantan tidak pernah tewas di halaman sendiri bagi tahun ini dalam mana-mana pertandingan.satu rekod yang cukup menakjubkan.
    Jumaat ini berlangsung perlawansn kedua dan pasti Selangor mahu membalas dendam dan mengasak sejak dari awal lagi.Kelantan akan menanti dengan sabar,mencongak taktikal dengan teratur seterusnya memasang impian sekali lagi beraksi di pentas bukit jalil.

    Friday, October 5, 2012

    Niceeee


    Friday already..Next is Saturday..Then Sunday..Then start all over again.Being into vicious cycle of life.What to do? Where are all the smile gone? Where is everybody?
    Being dragged here and there. Counting days for so long. Fed up and get up.

    Thursday, October 4, 2012

    Tragedi Oktober Merah

    Dah masuk bulan Oktober.Rasanya baru semalam habis buat exam last kat Serdang.Tengok-tengok lagi 2 bulan dah nak melangkah ke tahun baru.Dah hampir 4 bulan mula kerja.Dah dekat 4 tahun merantau ke Lembah Klang nie. Dah macam-macam perangai dan sikap manusia dapat tengok.

    Masuk bulan Oktober nie jugak, umat Islam akan sekali lagi merayakan Hari Raya AidilAdha. Suatu perayaan yang cukup memberi kesan dan membawa erti pengorbanan.Insyaallah tahun ini sekali lagi berkesempatan dapat pulang beraya di kampung halaman. Beraya Haji kalau bukan di kampung halaman bagi orang Kelate memang tak sah. Kerana suasana berbeza.Penat tapi puas hati.Mungkin masih awal nak bercerita lebih panjang lebar mengenai Hari Raya AidilAdha.


    Tragedi Oktober.Mungkin kah oktober tahun ini akan berlaku satu tragedi bagi peminat Red Warrior?
    Kelantan akan bertemu Selangor Sabtu ini, 6hb dan 12 hb di Shah Alam bagi menentukan tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2012.Jika dilihat pada 2,3 perlawanan terakhir Kelantan, para peminat sendiri sudah kurang memberi harapan untuk melangkah jauh. Tapi Kelantan sebenarnya masih lagi kuat dan dibarisi pemain-pemain hebat yang mampu bangkit bila-bila masa saja. Ya, Irfan Bakti merupakan seorang jurulatih yang cukup berpengalaman dalam menewaskan Kelantan. Selangor juga bukan satu pasukan yang lemah dan dibarisi ramai tonggak pemain Kebangsaan.Penentunya adalah 180 minit perlawanan nanti. Segala kisah diluar padang sebelum ini pasti akan dihebahkan kembali kepada para peminat kedua-dua pasukan. Perlawanan kedua-dua pasukan ini akan menjadi satu perlawanan yang cukup epik dan tidak mustahil akan diselangi oleh banyak kad daripada pengadil sekiranya para pemain tidak mampu mengawal emosi dan mental mereka.

    Apa-apa pun , sebagai peminat Kelantan, diharapkan pasukan Kelantan mampu mencari bekalan selesa seterusnya berkunjung ke Shah Alam lalu sekali dapat melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia nanti.

    GKG.

    p/s..Hari ini hari last WDJ..

    Tuesday, October 2, 2012

    Kelantan lawan Felda United 2 October 2012


    Malam ini perlawanan kedua peringkat suku akhir Piala Malaysia 2012 akan berlangsung di Kota Bharu diantara Kelantan dan Felda United.

    Kelantan membawa bekalan 2 gol di tempat lawan yang boleh dikatakan cukup selesa. Berdasarkan kepada rekod pertemuan di Kota Bharu, Kelantan masih belum tewas lagi kepada mana-mana pasukan di arena keramat ini. Manakala Felda pula perlu mencari 2 gol untuk layak ke peringkat separuh akhir dan tidak boleh melepaskan sebarang gol di Kota Bharu malam nanti.

    Satu tugas yang getir bagi pemain Felda tapi dalam bola sepak semuanya mampu dilakukan. Kelantan pula pasti menghadiahkan satu kemenangan lagi kepada para peminat setia dan seterusnya meneruskan kemaraan dalam mengejar Piala Malaysia dan trofi ke 3 bagi tahun ini.

    Malam ini pastinya anak buah Bojan Hodak akan memberikan satu tentangan yang menarik kepada para pemain Felda United di stadium keramat Kota Bharu. M.Ghaddar dilihat semakin cergas dan pasti akan diturunkan lebih lama pada malam nanti.

    Sama-sama saksikan perlawanan pada malam nanti di saluran RTM.

    GKG

    Jom Share