Saturday, October 27, 2012

Sebab Kelantan berhak pegang 3 Piala tahun nie.

Alhamdullilah.Akhirnya selamat sudah seluruh umah islam di Malaysia menyambut Aidil Adha. Kepada mereka yang berkorban, pasti akan merasa puas dapat melakukan ibadah korban. Dan kepada mereka-mereka yang berasal dari Kelantan, aidil adha tahun ini akan membawa pelbagai kepuasan.Satu kerana pengorbanan yang telah dilakukan semasa menyokong pasukan tersayang, Kelantan mengharungi kancah bola sepak tempatan dan dihadiahkan dengan kejayaan manis memenangi 3 piala pada tahun ini.Tahun ini merupakan tahun yang penuh warna warni kepada bola sepak kelantan, kontroversi jurulatih pada awal tahun, penggantungan Tan Sri Annuar Musa, kontroversi pemain import dan sebagainya namun semua mampu ditepis seterusnya menghasilkan satu kenangan yang cukup manis dan gemilang dengan berjaya menewaskan ATM pada sabtu lepas dalam melengkapkan siri kejayaan menjulang 3 piala pada tahun ini. Orang sering kata orang kelantan paling miskin di Malaysia tapi jika dilihat bermula 2009, penyokong Kelantan adalah yang paling kaya di Malaysia kerana selalu menghabiskan wang pergi ke Bukit Jalil ataupun Shah Alam untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan semasa menghadapi perlawanan akhir. Lihat saja pada tahun ini, sudah 2 kali peminat Kelantan datang dari Kota Bharu untuk melihat Kelantan beraksi di pentas akhir, satu di bukit jalil dan di Shah Alam.Jadi apa sebab yang ada dibelakang kejayaan pasukan Kelantan memenangi gelaran treble pada tahun ini?

  • Bojan Hodak


Bojan Hodak boleh dikatakan sebagai kunci utama yang mengadunkan taktik dan formasi dalam memberikan kejayaan demi kejayaan kepada pasukan Kelantan. Beliau sentiasa tenang apabila menghadapi sebarang perlawanan getir dan sentiasa tidak malu menunjukkan perasaannya apabila berada di tepi padang.Seorang yang professional dan meskipun beliau masuk menggantikan Peter James Butler pada awal musim, pengambilan Bojan merupakan satu langkah yang paling berbaloi diambil oleh KAFA pada tahun ini.
  • Taktikal & Pemain

 Kelebihan ketara yang dapat dilihat dalam pasukan Kelantan pada musim ini adalah kepelbagaian dalam taktikal yang diterapkan oleh Bojan Hodak dan setiap pemain yang diturunkan menunjukkan aksi yang mantap. Lihat saja di barisan pertahanan. Meskipun Kelantan menghadapi krisis kecederaan kepada Aziz Ismail, Farisham dan Azizi Mat Rose, tapi pemain seperti Nik Shahrul Azim, Aslam (pinjam dari KL) mampu menggalas tugas dengan baik.Bojan juga tidak segan untuk mencuba benda baru contohnya mengarahkan para pemain tengahnya mencuba posisi baru yang memberikan satu dimensi baru. Lihat saja kepada senarai penjaring bagi pasukan Kelantan, hampir semua pemain pernah menjaringkan gol dan ini memberikan satu tonik kerana pasukan lawan sukar untuk mengawal setiap pergerakan setiap pemain Kelantan.Ingat gol dari Daudsu, gol penyamaan Obinna, libasan Chanturu, lencongan Roypy, tendangan padu Zamri dan bermacam lagi yang menghadiahkan kemenangan demi kemenangan kepada pasukan kelantan. Taktikal yang diterapkan Bojan juga sering bertukar. Long ball, short pass, counter attack dan bertahan sentiasa berjaya mengawal pergerakan setiap pasukan lawan.
  • Peminat
 
 Tidak dapat dinafikan.Antara watak penting yang memberi motivasi dan sokongan moral kepada seluruh organisasi pasukan bola sepak Kelantan. Tanpa peminat setia dan fanatik ini, suasana di stadium akan menjadi suram dan pasti akan merencatkan sokongan kepada pasukan Kelantan. Disebabkan para peminat lah, pasukan Kelantan telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah beraksi di halaman sendiri dalam semua pertandingan pada tahun ini. Satu rekod yang cukup cemerlang.
  • Pengurusan
 
  Pengurusan KAFA sekali lagi berjaya mentadbir dengan professional dan sepatutnya menjadi model kepada semua pasukan yang ada di Malaysia. Meskipun pada awal tahun ini Kelantan tidak membeli para pemain import berprofil tinggi dan membawa masuk pemain bintang, tapi Kelantan mampu menjulang 3 kejuaraan. Kelantan bukan sahaja hebat di padang tapi dengan pengurusan yang baik, segala kebajikan serta tajaan bola sepak para pemain terkawal dan terjamin. Dibawah pimpinan Tan Sri, Kelantan melawan satu demi satu cabaran pihak lawan dengan jayanya. Meskipun berdepan kontroversi PJB pada awal musim dan penggantungan oleh FAM kepada TSAM, KAFA masih mampu bergerak dan berjaya mengurus Kelantan dengan tenang dan sewajarnya.
  • Jadual FAM
FAM juga patut diberikan penghargaan kerana telah membantu Kelantan dalam menjulang 3 piala pada tahun ini. Jadual FAM yang sangat padat kepada Kelantan yang beraksi dalam AFC membantu Bojan dan para pemain Kelantan meningkatkan prestasi dan mengekalkan konsistensi. Pada satu ketika Kelantan terpaksa menempuh 3 perlawanan dalam satu minggu dan kepadatan ini telah memberi ruang kepada Bojan untuk mencuba pemain yang baru yang lebih segar dan peluang yang terbuka ini telah disambut dengan baik oleh para pemain Kelantan.Disebabkan jadual yang ketat juga, persembahan Kelantan sentiasa konsisten dan momentum yang dibawa pada setiap perlawanan sentiasa meningkat.


Sekian dulu dari Kota Bharu. Masuk November dan Disember ini, para peminat tempatan akan dihidangkan dengan pelbagai kisah perpindahan pemain tempatan dan persembahan negara dalam suzuki cup.Apa-apa pun tahun 2012 akan sentiasa disemat dalam kenangan para peminat bola sepak Kelantan sebagai tahun lagenda.

 Gomo Kelate Gomo.

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share