Thursday, November 8, 2012

Hidup untuk Kerja atau Kerja untuk Hidup



Satu ayat yang cukup susah untuk didefinisikan.Sama jugak dengan ayat kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup.Tapi dari segi kerja ini, kita akan dapat lihat ramai orang yang hidupnya berorientasikan kerja.Komited, gigih dan sabar dengan kerja yang dibuat.Mungkin kerja yang diperolehi itu bersesuaian dengan hidupnya, minatnya.Orang seperti ini kadang kala tidak mempersoalkan gaji kerana gaji sebenarnya adalah sekadar habuan ataupun ganjaran.Tapi sebagai orang muslim, kita tidak perlu mempersoalkan sangat mengenai gaji sekiranya kita benar-benar puas hati dan ikhlas serta redha dengan setiap pekerjaan yang kita buat. Kita ambil contoh yang terang seperti elaun para imam, adakah para imam di Malaysia ini menjadi imam semata-mata kerana duit yang diperoleh ataupun menjadi imam sebab tanggungjawab. Ya, ada imam yang mempersoalkan kenapa elaun mereka sedikit. Jika perlu dibuat perbandingan, elaun imam sepatutnya lebih mahal daripada elaun seorang wakil rakyat. Kenapa? Lihat saja skop dan tanggungjawab mereka. Mereka menjadi ketua dalam setiap solat kepada Jemaah mereka. Sekiranya mereka tidak ikhlas mereka akan disoal di akhirat nanti. Setiap sebutan ayat al quran yang salah mereka akan dipersalahkan. Jadi bukankah sangat besar tanggungjawab seorang imam itu

Bagi perumpaan Kerja untuk hidup pula, ini lebih tepat untuk menggambarkan kepada keperluan. Pekerjaan sebagai satu keperluan.Jika tidak bekerja maka tidak boleh hidup. Sebabnya sekarang ini semua memerlukan wang dan untuk mendapatkan wang perlukan pekerjaan. Dan kadangkala disebabkan kesempitan hidup yang menjadikan seseorang terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak elok malah haram.Kenapa? Kerana pekerjaan itu sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang baik dan senang. Jika ditanya kepada pelacur kenapa mereka melakukan pekerjaan tersebut? Mereka akan menjawab ini saja pekerjaan yang mereka dapat buat dan untuk menampung hidup mereka. Kita akan menjawab matlamat mereka betul tapi cara mereka salah. Sama juga dengan pendekatan kerja untuk hidup. Dari guru, sehingga kepada petani kepada para menteri malah raja sekalipun, setiap hari mereka bekerja untuk hidup. Bagaimana pula dengan orang yang sudah bersara? Jika dilihat pada mata kasar memang mereka bersara tetapi sebenarnya mereka masih lagi bekerja untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.

Manusia tidak dapat lari dengan sentiasa mahu mencari kebahagian.Samada dalam kehidupan dan juga dalam pekerjaan.Tetapi kadang- kala manusia ini lalai sehingga pendekatan dan cara yang digunakan itu menyalahi undang-undang dan lebih teruk salah disisi Allah.

Jadi apa yang betul sebenarnya, Kerja untuk Hidup atau Hidup untuk Kerja?

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share