Saturday, November 17, 2012

Kisah MatYo..KAFA dan PBNJ

Selepas berakhirnya Piala Malaysia 2012 dengan kejayaan Kelantan menewaskan ATM, MatYo, yang dinobatkan pemain terbaik MVP Liga Tempatan, dan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan akhir, menjadi sebutan ramai pihak. MatYo diberitakan pada awalnya mahu berkelana ke Johor dengan tawaran gaji yang amat lumayan. Namun begitu KAFA, mengatakan MatYo masih memiliki baki kontrak selama setahun dan mahu MatYo menghormatinya. KAFA dan PBNJ terus bermain tarik tali dan isu ini semakin besar dengan ditambah lagi kenyataan demi kenyataan dari MatYo
Kepulangan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) yang menjadi tonggak serta antara orang yang terpenting dalam pembangunan KAFA merancakkan lagi isu.
Jika dilihat secara kasar, dan diambil kira kes-kes perpindahan pemain sebelum ini, samada dalam negara ataupun luar negara,KAFA selaku pihak majikan berhak dalam setiap urusan Matyo kerana Matyo sudah menandatangani kontrak selama setahun lagi. KAFA berhak meletakkan harga yang berpatutan dengan nilai mereka. PBNJ pula sebagai pihak yang mahu membeli Matyo sepatutnya mengetahui mengenai hal ini dan perlu bertindak sewajarnya. KAFA dari segi undang-undang berhak meletakkan harga yang tinggi, seperti penjelasan yang diberikan oleh TSAM tempoh hari.
Matyo seorang penyerang tersohor di Malaysia ini. Lihat saja anugerah yang diperolehinya meskipun persembahannya kurang memberangsangkan dalam musim lepas.tapi nilai dia bukan sekadar diukur dengan gaji yang diperolehinya. Dia mendapat bonus.Dia mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat dengan membawa nama KAFA.KAFA rela melepaskan Matyo tetapi biar sepadan dengan nilainya. KAFA mengetahui tidak ada guna menyimpan Matyo lagi sekiranya pemain tersebut sudah tidak ada hati dengan KAFA. Tetapi KAFA tidak mahu berputih mata disaat semua pasukan lain sudah merencana strategi untuk musim depan nanti.
KAFA sudah mengalami kes sebegini dahulu dengan Indra Putra, NorFarhan dan Azizi Mat Rose yang berpindah ke Tteam pada saat akhir. Sekiranya Matyo sudah tidak ada hati lagi dengan KAFA, kenapa dia sain kontrak sambung lagi setahun?Dengan pemergian Matyo disaat akhir ini akan merugikan KAFA. Para peminat rata-rata sudah merelakan pemergian Matyo. KAFA perlu bertindak pantas mencari penyerang pengganti dan dalam keadaan suasana bola sepak tempatan yang agak kecil, untuk mencari penyerang yang setaraf dengan Matyo amat susah. Hanya ada beberapa nama sahaja yang mampu menangani kehebatan Matyo yang digilap selama 3 tahun oleh KAFA.
Sama seperti kes Cristiano Ronaldo dahulu. Manchester United menggilap CR7 sehingga menjadi pemain terbilang dunia. Dan Real Madrid membayar satu harga yang sangat tinggi untuk mendapatkanya.Sama seperti Kaka. Man Utd tahu, mereka sangat rugi untuk melepaskan CR7 kepada pasukan lawan yang lebih handal walaupun mendapatkan habuan yang cukup besar.

Jadi sama juga kes dengan Matyo. Matyo ibarat sepasang kasut Nike yang hebat dan dikenali ramai. Jadi untuk mendapatkannya, PBNJ perlu membayar harga yang sesuai. Amatlah rugi bagi KAFA melepaskan satu aset yang cukup berharga kepada pasukan yang bermain di liga yang sama yang pada musim depan akan menjadi lawan KAFA. Dalam berniaga tidak ada sesiapa pun mahu rugi.Bola sepak bukan sekadar bersandar nilai sentimental semata-mata. Ya, betul kenyataan TMJ bahawa KAFA perlu lepaskan pemain yang tidak mahu bermain lagi di KB tetapi TMJ mewakili PBNJ perlu realistik. Para peminat Red Warrior merasakan pemergian Matyo ke pasukan lain pada musim hadapan bukanlah satu masalah besar. Bola sepak adalah satu permainan berpasukan. Jika Johor sanggup mengeluarkan wang yang besar untuk mendapatkan Guiza dan pemain import terbaru dari Itali jadi mereka perlulah juga mengambil kira faktor-faktor kewangan untuk mendapatkan Matyo. Sekarang ini isu berpaksikan kepada Matyo masih mempunyai kontrak setahun dengan KAFA. Jika dia sudah tamat kontrak seperti Nurul Azwan Roya, tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak.



Jadi sebagai pengakhirnya, jika mahukan kualiti seperti kasut nike, perlu bayar harga mahal, jangan mahukan kasut nike dalam Lot 10 tapi mahu membeli dengan harga kasut getah.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share