Monday, November 5, 2012

Musim Tak Menentu



Sekarang boleh dikatakan di seluruh Malaysia cuaca tidak menentu. Ini semua jika diikutkan jabatan kaji cuaca adalah disebabkan perubahan angina monsoon. Sebagai contoh di kawasan Selangor ini, pagi hujan, tengah hari panas, petang hujan, malam rebut petir.Satu keadaan yang sebenarnya adalah satu rahmat kepada semua.Ya, keadaan trafik semakin sesak disebabkan hujan tapi itu sebenarnya adalah satu rahmat kerana para pengguna jalan raya tidak berani untuk membawa kereta dengan laju disebabkan permukaan jalan raya yang licin dan ditengah-tengah panas isu AES, dengan hujan, para pengguna jalan raya dapat mengelakkan diri mereka daripada terkena saman AES.
Sama seperti keadaan cuaca yang tak menentu ini, kehidupan aku sekarang boleh dikatakan tak menentu.tapi apa boleh dibuat. Sekadar boleh menunggu dengan sabar.pilihan telah dibuat.apa yang dipilih itu mungkin bagi setengah orang tidak betul, bagi setengah orang betul.dalam dunia ini susah hendak melabel sesuatu benda itu salah atau betul.semuanya berbeza pendapat dan berbeza situasi.masa dapat merubah semuanya dengan sekelip mata. Apa yang kita rasakan betul pada hari ini tidak mungkin lagi akan selamanya betul pada esok ataupun lusa.apa yang kita buat salah pada kelmarin, minggu depan kita akan memandangnya dengan perasaan puas hati dan lega kerana ianya betul.
Dan secara jujurnya, aku sebagai manusia tak terlepas daripada perasaan tidak tahu.tapi aku tahu yang membezakan orang yang matang dan tidak matang adalah apa tindakan yang kita akan buat apabila kita tidak tahu sesuatu perkara. Kita mahu berdiam diri? Mahu teruskan? Mahu berubah? Atau meninggalkannya sama sekali? Tidak ada siapa yang tahu kecuali Allah yang maha mengetahui segalanya. Aku serahkan kepada Allah. Aku hanya mampu berusaha, tawakal dan menggunakan senjata yang paling hebat bagi muslim iaitu berdoa.jalan yang diambil tidak sama dengan orang lain. Aku dah lalui itu. Sekarang mampu merenung air hujan turun membasahi bumi ini.Kosong

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share