Thursday, November 29, 2012

Piala AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Indonesia

Malindo
 Sabtu ini, Malaysia akan bertemu Indonesia dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan Piala Suzuki 2012. Malaysia dan Indonesia memerlukan kemenangan untuk meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya. Sabtu malam ini, Stadium Nasional Bukit Jalil akan dipenuhi penyokong dan peminat daripada dua negara berjiran yang sejak dari dulu lagi berkongsi adat, budaya dan sejarah yang sama.
Jika dilihat pada rekod pertemuan, tiada apa yang boleh dibezakan sangat dengan kedua-dua pasukan ini. Malaysia pada beberapa tahun ini memiliki kelebihan yang dengan siri kemenangan yang diciptakan oleh samada ada anak buah Ong Kim Swee dan Rajagopal sendiri. Perlawanan pertemuan antara kedua-dua pasukan ini seringkali menghimpunkan pelbagai kontroversi dan sengat yang tersendiri kerana ia lebih memainkan semangat yang berbeza dengan perlawanan yang lain.
Malaysia , segar dengan kemenangan 4-1 ke atas Laos tempoh hari pasti mahu meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya dan berharap segala perancangan taktikal yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Para peminat Malaysia pasti gembira dengan kemenangan baru-baru ini dimana para pemain Malaysia berjaya menunjukkan kehebatan mereka. Tapi , meskipun sedemikian, dengan tidak merendahkan kehebatan pasukan Laos, cabaran sebenar bagi Malaysia dalam kejohanan kali ini adalah datangnya daripada Singapura, Thailand dan juga Indonesia. Ya, kejayaan membenam Laos boleh dianggap sebagai pembukaan dalam menutup para pengkritik keupayaan skuad anak-anak buah Rajagopal tapi sebenarnya secara keseluruhannya, jujurnya pasukan Malaysia masih lagi bermain tanpa identiti yang kukuh. Manakala Indonesia yang masih lagi dibelenggu masalah dalaman yang turut memberikan kesan kepada pasukan kebangsaan mereka masih lagi dalam proses pembinaan kembali. Jika mereka mampu menewaskan Singapura jadi keupayaan mereka tidak seharusnya dipandang rendah. Ditambah lagi dengan dendam mereka untuk menewaskan Malaysia di halaman sendiri setelah mereka ditewaskan dalam final Piala Suzuki 2010, pastinya para pemain Indonesia akan bermain dengan semangat yang lebih untuk menghapuskan harapan Malaysia mengekalkan kejuaraan Piala Suzuki pada tahun ini.
Malam sabtu ini , semua mata akan bertumpu ke Stadium Bukit Jalil dan pastinya perebutan bola di bahagian tengah padang akan memainkan peranan yang sangat penting. Keupayaan para pemain tengah Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim pasti diharapkan dapat memberi sumbangan dalam merencana serangan kepada para pemain penyerang. Apa-apa pun semua harapan para peminat dan penyokong bola sepak Malaysia akan memberi perhatian yang khas kepada perencanaan Datuk Rajagopal selaku pengemudi skuad Malaysia untuk terus memberikan kejayaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Perlu diingat, seluruh rakyat Malaysia berhak untuk memuji, menyokong, bersorak, menghina dan mengkritik skuad Malaysia ke Piala Suzuki kali ini kerana daripada duit rakyat Malaysia ini lah mereka mendapat duit untuk membayar gaji Datuk Rajagopal, membayar elaun para pemain, membayar gaji para pegawai FAM dan segala-galanya adalah hak rakyat Malaysia bersama dan bukannya semata-mata terletak pada segelintir para peminat yang menggelarkan mereka sayangkan negara sehinggakan sanggup mengkritik golongan rakyat Malaysia yang mengkritik. Apabila kita semua sudah melabur dan membayar harga yang tinggi kepada skuad Malaysia, amatlah logik untuk mengharapkan balasan yang setimpal. Jika tidak berani menanggung tanggungjawab seberat ini, bagi sahaja kepada orang lain yang masih ramai beratur untuk mengambil alihnya.
Sekian..Harimau Sudahkah Bangun?

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share