Monday, November 26, 2012

Saya Kenal Pemain Saya

Kata-kata keramat Datuk Rajagopal selama dia memegang takhta sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya. Tapi sesungguhnya kata-kata keramat tersebut pada malam tadi menghambur seribu satu cacian daripada seluruh peminat dan penyokong Harimau Malaya. Sehinggakan Ultras Malaya yang selama ini sedap-sedap mulut menggelarkan orang lain sebagai penyokong lalang pun jadi panas hati dengan persembahan memalukan anak-anak buah Rajagopal dengan kekalahan 3-0 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Piala AFF 2012.
Jadi dimana silapnya ? Ya, Rajagopal boleh menjawap 2 tahun lepas Malaysia turut kalah pada perlawanan pertama tapi berjaya memenangi kejuaraan tersebut. Tapi itu dulu, sekarang dah lain. Kalau tempat sendiri pun Malaysia boleh kalah harapan nak menjulang piala sekali alamat terkubur dalam Selat Melaka la jawabnya. Hari ini dalam akhbar semua kecoh reaksi perlawanan semalam. Semalam bukan sahaja Malaysia bermain teruk, kurang kreaktiviti di tengah, longlai di barisan pertahanan, tumpul di barisan hadapan, tiada keserasian antara pertahanan dan tengah dan kurang komunikasi antara tengah dan penyerang. Nampaknya eksperimen Datuk Rajagopal berjaya sebelum ini kerana spy-spy yang dinyatakan oleh Datuk Raja semuanya tiada di Bukit Jalil semalam kerana daripada separuh masa pertama lagi dah dapat dikesan segala kelemahan dan ya, mungkin Malaysia boleh bangkit menentang Laos nanti dan ya masih lagi mampu untuk menang ke atas Indonesia tapi untuk melangkah ke pentas Final, skuad Rajagopal memerlukan tonik yang sangat sangat berkesan. tapi jika dilihat daripada kertas barisan pemain yang didakwa sangat dikenali oleh Datuk Rajagopal, agak mustahil.
Apa-apapun, seluruh rakyat Malaysia mengharapkan skuad Rajagopal dan datuk rajagopal sendiri mampu mencongak taktik yang sewajarnya untuk memenangi kejuaraan AFF 2012 nanti.Ingat rakyat Malaysia yang membayar gaji kamu semua wahai para pemain dan pegawai FAM. Jadi kami kenal kamu semua dan peranan kami semua!

PM Najib juga kenal bola sepak.


No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share