Thursday, November 8, 2012

Tan Sri Rajagopal

Terima Kasih Dato Rajagopal.Semalam sekali lagi Malaysia kalah dari siri perlawanan persahabatan ke atas Thailand dengan jaringan 2-0. Semalam jutaan peminat Malaysia sekali lagi kecewa. Tetapi jangan kita berputus asa. Nanti kalau kita selalu mengkritik skuad Rajagopal kita akan dianggap sebagai penyokong lalang.Kita tidak mahu semua itu kan?

Sebenarnya kita kena berterima kasih kepada skuad Rajagopal.Terutamanya kepada Rajagopal. Bukankah sebelum ini Rajagopal selalu tekankan dia ada senjata rahsia untuk digunakan semasa Piala AFF nanti. Tidak ingat kah kita kepada 2010 dimana Rajagopal berjaya memberi kejayaan kepada rakyat Malaysia sehingga kan dia mendapat gelaran datuk?

Terima kasih Datuk.

Sebenarnya ada rasional skuad Malaysia selalu kalah dalam perlawanan persahabatan. Rajagopal tidak mahu para pemain leka dan dibuai rasa megah. Sebab itu dia aturkan setiap perlawanan sebagai eksperimen. Bila selalu kalah, para pemain tidak akan naik kepala. Tidak akan berasa megah. Jadi apabila Piala AFF bermula, para pemain Malaysia akan ada satu semangat yang lain. Akan berjuang.

Ada apa dengan ranking? Itu yang selalu diberitahu oleh Rajagopal.Memang betul pun. Ingat tak Sepanyol pada masa dulu? Ranking diorang jauh kebawah.Tapi berkat usaha mereka berjaya juga menjadi juara Eropah dan Juara Dunia. Taktikal dan permainan tidak cantik? Rajagopal tahu dan kenal para pemain dia. Semalam salah satu faktor kekalahan adalah disebabkan Amar Rohidan cedera. Tengoklah bagaimana pemain-pemain tengah Rajagopal turunkan semuanya tidak sehebat Amar Rohidan. Dan semalam sememangnya Datuk Rajagopal sekadar bereksperimen apabila Safiq Rahim direhatkan pada awal permainan lagi. Lagipun ini semua hanyalah sekadar perlawanan persahabatan.

Kita jangan lupa bahawa FAM sentiasa memberi sokongan kepada Datuk Rajagopal.Selepas ini Datuk Rajagopal tidak mustahil akan mendapat Tan Sri sekiranya berjaya mempertahankan Piala AFF nanti. Dan tidak mustahil jugak Datuk Rajagopal akan terus menjawat jawatan ketua jurulatih bagi skuad Malaysia untuk 10 tahun yang akan datang kerana dia sentiasa kenal dengan para pemainnya dan tiada jurulatih di Malaysia yang ada 'resume' sepertinya. Pasti FAM akan terus beri sokongan kepada Datuk Rajagopal dan Amar Rohidan, akan menjadi pemain tengah terhebat yang pernah Malaysia miliki.

Sekali lagi.Terima Kasih Datuk Rajagopal

Harimau Malaya Selamanya...

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share