Friday, December 21, 2012

10 Berita Bola Best Tahun 2012

Sedikit masa lagi kita akan memasuki tahun 2013.Sepanjang tahun 2012 nie segala macam berita sukan yang pastinya membuatkan semua para peminat sukan terhibur. Dan bola sepak sebagai sukan paling tersohor di Malaysia, tahun 2012 aku boleh rumuskan sebagai tahun yang penuh dengan warna warni. Jom kita lihat 10 berita bola yang paling mencuri tumpuan sepanjang tahun ini.

  1. Tan Sri Annuar Musa digantung FAM
    •  Antara berita yang paling sensasi dalam tahun ini. Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa digantung jawatannya dalam KAFA dan FAM apabila FAM mendapati beliau didapati bersalah mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dengan kemerosotan persembahan pasukan bola sepak negara.Punya la heboh satu malaysia cakap TSAM nie macam-macam.Tapi tengok sekarang.Ada betul ke tidak? Malaysia kalah awal.
  2. Rajagopal dan Ranking
    •  Bab berita nie aku rasa sepanjang tahun kot.Ranking, rangking dan rangking.Malaysia di tangga 158..Vietnam tinggi lagi.Dalam ASEAN nie pun negara kita kat bawah gila.Rajagopal pulak macam biasa la.Rangking tak penting. tak tunjuk kemampuan sebenar. Habis FIFA buat rangking tue untuk apa? Saja-saja. Sebab ranking negara kita bawah la kita susah nak dapatkan perlawanan persahabatan yang best-best.Asyik-asyik negara sama je. Timor Leste,Bangladesh, Hong Kong.Tue pun boleh seri lagi.
  3. Peter Butler dan Terengganu 
    •  Peter Butler dengan pasukan Terengganu nie memang hebat.Bukan sekadar satu dua kes, bertimbun.Macam-macam versi. Sekarang, Butler dah jadi jurulatih Tteam.Mulanya Terengganu pecat Mat Zan, amek Butler.Pastu Butler buat tuduhan pada para pemainnya. Penjaga gol kena ganti masa perlawanan.Tuduhan rasuah.Tuduhan bawa masuk wanita.Pastu Butler kena pecat.Kena gantung. Pastu FAM cakap tak sah pecat Butler. Terengganu minta maaf kat Butler.Memang kecoh satu negeri. Yang sentiasa di atas, Che Mat Jusoh.
  4. Rajagopal dan Pasukan Negara
    •  Ya, Rajagopal jurulatih yang bawa Malaysia menang pingat emas sukan SEA dulu dan menang Piala AFF dua tahun lepas.Tahun ini? dah la Malaysia jadi tuan rumah.Perlawanan pertama lagi kalah.Asyik guna pemain sama yang dua tahun lepas je.Semua power, aku akui tapi tengok lah kepada konsistensi semasa.Pastu Rajagopal nie kebal, biar satu negara pun kutuk dia, jawatan dia tetap akan ada di situ.Azzudin tetap bagi sokongan.Sultan Bola tetap bagi sokongan. Alasan dia yang selalu bagi " Saya Kenal Pemain Saya"..Sekarang satu malaysia dah kenal pemain Rajagopal
  5. Peter Butler dan Kelantan
    •  Melodrama Peter Butler sebelum telemovie dia bersama dengan Terengganu.Awal tahun ini, setelah Datuk M Karathu tidak lagi menjadi jurulatih Kelantan, TSAM telah mengambil kembali Peter Butler.Semua peminat gembira kerana walaupun penuh dengan kontroversi tapi Butler memang perlu diakui seorang jurulatih yang sangat berpengalaman dan berdisiplin.Tetapi, ingatkan panas tapi hujan ditengah jalan. Kelantan mula dirundung spekulasi setelah beberapa siri keputusan liga yang tidak memuaskan.Ditambah dengan kemelut pemilihan pemain import antara Ghaddar dan Nwonoha.TSAM membatalkan kontrak PJB.PJB keluar daripada Kelantan.Ramai keliru.Macam-macam versi muncul.Tapi ada hikmah.PJB pergi diganti dengan Bojan Hodak.Satu perjalanan bersejarah bagi skuad Kelantan akan tercipta.
  6. Pengadil Rasuah
    •  Sebelum nie ramai yang memperkatakan mengenai rasuah tapi amat sedikit bukti yang ada untuk diketengahkan. Tapi akhirnya, tupai pun akan jatuh ke tanah jua. Dua pengadil daripada Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Singapura kerana ditangkap mengambil rasuah dalam satu perlawanan membabitkan pasukan Singapura dan dari Liga Super. Didapati bersalah tapi FAM hanya buat senyap dan sekarang kes tersebut seolah-olah hilang. kalau pengadil pun boleh terima wang sogokan, apatah lagi para pemain. Bukan nak menuduh tapi ada beberapa keputusan liga super dan piala malaysia yang macam meragukan.
  7. Kelantan Juara Liga Super
    •  Kejohanan bola sepak utama dalam negara kita. Setelah menghadapi kesulitan pada awal liga, kelantan dibawah Bojan Hodak mula mengorak langkah. Setiap perlawanan berjaya menghasilkan gol. Kelantan adalah pasukan yang tidak pernah kalah di tempat sendiri, paling banyak menghasilkan gol, dan paling sedikit melepaskan gol. malah pernah memalukan pasukan singapura di Jalan Besar dan KB. Kelantan benar-benar berhak dinobat sebagai juara liga super. Walaupun menghadapi satu siri kejuaraan liga yang sangat padat apabila pada satu tahap terpaksa bermain sebanyak 3 perlawanan dalam masa seminggu tapi para pengurusan, jurulatih, pemain dan penyokong kelantan sentiasa memberi sokongan. GKG.
  8. Kelantan Juara Piala Malaysia
    •  Kejuaraan yang paling berprestig di Malaysia. Diundi dalam kumpulan maut. bertemu dengan pasukan yang cukup berbisa. Menewaskan Red Giants di Shah Alam dengan aksi bijak Ghaddar. Menewaskan "Manc. City" Malaysia - ATM di Shah Alam dengan rembatan padu Indra. Kelantan kembali mendapatkan trofi Piala Malaysia.melengkapkan kejuaraan Treble.
  9. Langkah TMJ 
    •  Pada tahun ini, Tengku Mahkota Johor tetiba membuat pengumuman akan menaikkan kembali skuad Johor dalam bola sepak tempatan. Johor bermain dalam liga perdana, Johor FC dalam liga super. Fandi Ahmad dipanggil. Ada ura-ura nak bawak Riquelme tapi tak jadi, gaji mahal sangat.Kemudian walaupun ada TMJ, Johor tetap tak dapat ke liga super. TMJ mengorak langkah lain. Cakap membazir ada banyak pasukan kelab dalam negeri Johor. Semua pasukan bola sepak Johor digubal. TMJ tubuh Johor Darul Takzim dengan ambil tempat Johor FC dalam liga super.Separuh pemain Malaysia berjaya ambil.Dari penyerang sampai pertahanan. Ambik Daniel Guiza, Del Nero.Laung amaran nak rebut treble. Tunggu tahun 2013
  10. Peminat Bayar FAM
    • Yang ini paling kelakar kot. Peminat Kelantan tiru apa yang Samsung buat kat Apple. Bayar kos mesyuarat yang bersidang nak hukum TSAM. Apa ke bangang, mesyuarat dibuat untuk jatuhkan hukuman kepada TSAM tapi akhirnya TSAM yang kena bayar. Jadi peminat berpakat bayar kepada FAM dengan duit syiling. Jenuh para pekerja FAM mengira duit syiling yang ada tue.
Begitu lah serba sedikit ringkasan berita bola yang bagi aku sangat mendapat tumpuan sepanjang tahun ini.Semoga tahun depan sukan bola sepak negara kita akan terus mendapat kecemerlangan dan sebagai peminat Kelantan, Gomo Kelate Gomo.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share