Thursday, December 20, 2012

Ada apa dengan tarikh

Hari ini 20 12 2012.Kalau sebelum ini semua orang duk heboh dengan 12.12.12.Sekarang nie heboh pulak dengan 20.12.2012.Lepas tue ada jugak yang jahil sibuk, takut dengan 21.12.12.sebab katanya Jumaat nanti akan jadi kiamat.Sepanjang hidup aku , dah banyak kali orang paranoid dengan tarikh nie.Lebih-lebih lagi bab kiamat semua.Yang menjadi masalah, dalam dunia sosial media sekarang nie, orang lebih percaya pada benda-benda orang yang tak layak nak cakap pasal benda-benda macam nie dalam fb atau twitter berbanding pergi dengar kuliah maghrib di masjid-masjid yang telah terbukti tersangat layak dan benar.Cuba tengok berapa ramai yang paranoid dengan setiap status yang berkaitan dengan kiamat nie dalam fb.Padahal masing-masing bila tanya jawab mengaku islam tapi bab amalan islam tak nak pulak nak yakin.Kita sebagai umat islam kenapa perlu paranoid dengan kiamat?Semua orang akan mati.Itu sudah pasti.Persoalan bila tue tiada siapa yang tahu kecuali Allah SWT sahaja. Jadi apa yang digerunkan dengan kiamat. Itu janji Allah yang sudah terbukti akan datang. Allah SWT dah sebut dalam AlQuran berzaman-zaman lagi. Tugas kita sebagai hamba redha dan mempersiapkan diri.Kenapa perlu takut dengan kiamat?Jika amalan diri kita perkemaskan dan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT, tiada apa yang perlu kita takutkan untuk menghadapi hari kiamat.Jadi, sudah-sudahlah paranoid dengan tarikh. Kita nie cepat sangat terikut dengan orang-orang kafir dan yahudi.Satu lagi, orang kita nie bila ada sesetengah orang cuba nasihat, beri apa-apa tunjuk ajar, kita cepat sangat nak komen yang tidak elok. Memang dah jadi macam adat kot.Aku sendiri tak pasti.Semolek-moleknya benda nie semua kita ubah.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share