Thursday, December 27, 2012

Banjir sudah

Keadaan banjir di beberapa negeri dikhabar semakin surut tapi bilangan penduduk yang masih berada di pusat pemindahan banjir masih lagi ramai. Diharapkan kepada mangsa-mangsa banjir supaya bersabar dan insyaallah, ada hikmah dari semua ini.

Banjir pada tahun ini boleh dikatakan agak teruk berbanding beberapa tahun sebelum ini dan dengan persiapan parti politik untuk menghadapi pilihanraya umum pada tahun depan, kedatangan banjir besar ini akan memberikan satu lagi medan meraih undi.Selepas ini percayalah, ramai para wakil rakyat akan turun meredah air untuk menunjukkan muka masing-masing kepada rakyat jelata.Dan tak mustahil juga gambar dibawah ini akan kelihatan.


No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share