Thursday, December 13, 2012

Gajah Putih lawan Harimau Malaya



Malam ini Malaysia akan bertemu Thailand dalam saingan Separuh Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2012 di Bangkok. Perlawanan pertama tempoh hari yang berlangsung di Bukit Jalil berkesudahan dengan seri 1-1 dan ini memberikan satu kelebihan kepada pasukan Thailand dengan membawa bekalan gol di tempat lawan. Singapura telah berjaya mengalahkan Filipina semalam dan akan menanti siapa lawan mereka di peringkat perlawanan akhir nanti.


Pada mala mini, Malaysia akan berdepan dengan ribuan penyokong skuad Gajah yang pasti mahu membalas dendam keatas Malaysia setelah mereka kecundang dalam saingan AFF ini dua tahun yang lepas. Malaysia pula pasti mahu mengulangi kejayaan dua tahun lepas yang melonjakkan nama Datuk Rajagopal. Skrip sama pasti akan berlaku sekiranya pada malam ini anak-anak buah Rajagopal mampu menahan asakan psikologi dan bermain dengan penuh taktikal dalam mencari gol awal untuk memusnahkan harapan skuad Thailand.
Pada kejohanan kali ini, skuad Thailand dilihat paling berpotensi untuk menjulang trofi kejuaraan dengan barisan pemain dan taktikal yang sangat mantap.Manakala Malaysia yang menghadapi beberapa siri kekalahan dalam perlawanan persahabatan dilihat ramai penganalisis bola sepak sebagai berdepan satu saingan yang cukup sukar untuk mengekalkan kejuaraan.Namun begitu, semangat yang ditunjukkan oleh para pemain Malaysia dalam perlawanan menentang Indonesia sebagai contohnya amat digeruni oleh para pemain lawan. Ditambah lagi dengan taktikal rajagopal yang sukar dibaca, perlawanan pada malam ini akan menjadi sangat menarik untuk ditontoni.
Thailand dilihat sangat kuat dibarisan tengah dengan hantaran yang cukup kemas. Malaysia pula lebih mengutamakan serangan daripada bahagian sayap dan kekentalan barisan pertahanan Malaysia pasti akan diuji bertubi-tubi pada malam ini dalam usaha mengekang kemaraan bahagian serangan Thailand.
Malam ini Matyo akan bergandingan dengan Safee yang sudah sembuh. Safiq Rahim dijangka akan bergandingan dengan S Kunalan, Gary Robat dan Alex. Dibarisan pertahanan dijangka tiada perubahan yang drastic akan dilakukan.Sama-sama semua rakyat Malaysia akan meletakkan harapan kepada skuad negara dalam mencari kemenangan pada malam ini seterusnya melangkah ke perlawanan akhir untuk menghitung pertaruhan dengan Singapura yang telah menewaskan skuad negara, 3-0 pada perlawanan pembukaan kumpulan baru-baru ini.
Sama-sama kita berikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada malam ini.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share