Friday, December 14, 2012

Harimau Malaya rebah di Bangkok

"Mereka tidak perlu meminta maaf"
ayat pertama yang dikeluarkan oleh Rajagopal, jurulatih Malaysia seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan. Ini kerana semalam Malaysia telah tewas dengan jaringan 2-0 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir di Bangkok. Perlawanan semalam turut membabitkan beberapa kontroversi apabila fadhli saas, pertahanan tengah malaysia dikenakan kad merah pada separuh masa pertama.
Pada mulanya dilihat Malaysia mampu menyaingi Thailand tetapi dengan barisan tengah yang bijak menyusun strategi, Thailand berjaya memecah benteng pertahanan Thailand. Thailand akan bertemu Singapura dalam perlawanan akhir nanti.
Daripada ayat Rajagopal boleh disimpulkan yang dia menyalahkan seratus peratus kepada pengadil berkenaan dengan kad merah dikeluarkan sehingga menrencatkan strategi skuad Malaysia.Ya, mungkin boleh disalahkan pengadil. Boleh salahkan juga keadaan padang yang teruk.Salahkan juga para pemain Thailand yang bermain kasar. Salahkan juga para pembantu pengadil yang tidak mengadili perlawanan dengan baik.Salahkan juga Thailand yang tidak memberikan kemudahan berlatih yang baik.Salahkan semua. Mungkin kita juga dapat salahkan Rajagopal yang menurukan para pemain yang dia kenal sejak 3,4 tahun lepas.Salahkan juga Presiden FAM yang tidak pernah turun. Salahkan juga para pemain yang terlalu mengikut telunjuk jurulatih. Salahkan juga FAM yang tidak mahu berubah.Salahkan juga persatuan negeri. Salahkan juga liga tempatan. Salahkan semua.
Jadi apa yang kita dapat dengan saling salah-menyalahi. Salahkan juga para penyokong yang berterusan mengkritik pasukan negara. Semuanya tiada hasil nanti. Sekadar lebih memanaskan hati.Sekarang Rajagopal mahu menyiapkan pasukan negara untuk kelayakan Asia. Semoga berjaya nanti Datuk. Terima Kasih kepada Amar Rohidan dan rakan-rakan.Semoga bermain lagi untuk skuad negara.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share