Tuesday, December 4, 2012

Red Warrior 2013

Sudah semakin lengkap keseluruhan pemain untuk pasukan Kelantan bagi musim 2013 nanti setelah penantian yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa semalam di TRW cafe.Kehilangan Ghaddar, MatYo, Ramzul, Azwan Roya, Chanturu, Azlan Ismail sebelum ini sedikit sebanyak merencatkan persiapan untuk mempertahankan kejuaraan treble Kelantan bagi musim depan.Tapi dengan kehadiran, Zairo, Faiz Subri, Haris Safwan, Dmitri(Australia) dan Lic (Croatia) pasti dapat menutup lubang kekosongan yang telah ditinggalkan oleh para pemain sebelum ini.

Paling terasa adalah kehilangan hampir keseluruhan bahagian serangan Kelantan dan pada musim depan , Bojan hodak perlu mengembleng tenaga kembali merencana serangan yang lebih padu berbanding musim depan. MatYo antara penyerang terhebat negara pergi ke Johor, Ghaddar juga keluar malah penyerang simpanan seperti Ramzul dan Azlan juga keluar.Tak kurang juga 2 winger laju Azwan Roya dan Chanturu juga beralih arah. Tapi dengan kehadiran Zairo yang terkenal di Tteam dengan tendangan percuma dan selaku perancang tengah dan juga Faiz Subri yang aku rasa lebih mirip dengan ciri NorFarhan, sedikit sebanyak dapat membantu Bojan melengkapkan pasukan Kelantan. Kelantan pada musim depan mungkin mempunyai variasi yang lebih seimbang.Meskipun masih terlalu awal untuk menilai kehebatan Dmitiri, pemain muda Import dari Australia tetapi tidak mustahil jika kena dengan cara dan gaya, dia mungkin lebih hebat daripada ghaddar sekiranya diberi peluang. Lic pula adalah pemain pertahanan yang amat ditagih dalam siri kelantan bermain dalam saingan AFC nanti. Izuan Solahudin juga kembali ke Kelantan setelah berkelana dalam Harimau Muda, Aris Zaidi masih ada dan mereka berdua diharap dapat menimba pengalaman daripada pemain-pemain senior seterusnya membantu serangan sekiranya terdapat kecederaan pada kesebelasan utama Kelantan.
Sebenarnya perancangan terbaik Kelantan bagi musim depan adalah dengan mengekalkan kembali khidmat Bojan. Ya, para pemain boleh keluar dan pergi tapi dengan masih adanya Bojan, Kelantan mampu mengekalkan rentak kerana Bojan sudah terbukti seorang jurulatih yang berkaliber dan bijak dari segi taktikal.
Di sini aku sertakan 5 langkah terbaik Kelantan ambik dalam menghadapi musim 2013 dan semuanya kejayaan samada langkah ini berjaya atau gagal apabila saingan bola sepak tempatan bermula Januari depan.

  1. Menjual MatYo - bagi aku ini adalah langkah yang terbaik.memang pahit untuk menjual pemain yang mendapat gelaran MVP selama 3 tahun berturut-turut dalam malaysia serta penyerang kebangsaan yang diakui ramai tiada yang mampu menyainginya. Tapi Man Utd juga rela melepaskan CR7 kepada Real Madrid. Matyo memang terbukti mempunyai skill yang tinggi tapi jika dilihat dia kurang konsisten dan ditambah lagi dengan segala kontroversi yang melanda antara Kelantan dan Johor berkaitan dengan dia, memang satu langkah yang amat bijak untuk melepaskan dia pergi. Tiada guna menyimpan penyerang yang sudah tiada hati lagi untuk bermain untuk kelantan. Pelepasan matyo juga adalah untuk karier dia sendiri. Amat elok dia mencuba angin baru.Selamat maju jaya kepada Mat Yo. Kelantan tidak akan gusar dengan ketiadaan seorang pemain.
  2. Mengekalkan Bojan Hodak. Jurulatih Croatia yang sangat berpengalaman dan sangat tenang dalam menghadapi setiap perlawanan. Dengan mengekalkan Bojan serta menjadikan beliau seorang pengurus sebenarnya satu langkah yang amat baik kerana meluaskan bidang kuasa beliau dalam pasukan Kelantan seterusnya dapat memberi perancangan yang lebih tersusun dan tepat bagi pasukan Kelantan untuk musim 2013 nanti
  3. Mendapatkan Zairo dan Faiz Subri.- dua nama yang cukup sinonim dengan Tteam. Pada permulaan liga super 2012, dua nama ini adalah nama yang cukup digeruni oleh kelab di Malaysia. mereka terus mencipta kemenangan dan gol. Zairo dengan tendangan percuma dan penalti manakala Faiz Subri, penyerang muda yang lincah bermain di bahagain sayap. kehadiran mereka berdua sebenarnya dapat menutup kekosongan yang ditinggalkan oleh Roya dan Chanturu. Mereka berdua juga memberikan lebih pilihan kepada Bojan dalam merencana bahagian tengah dengan tidak terlalu mengharapkan kepada gandingan Indra, Piya dan Shakir. Ini perlu kerana pada musim depan, saingan akan bertambah sengit dengan semua pasukan mempertingkatkan kekuatan mereka seperti Singapura, T-Team, Johor dan Perak.
  4. Mengekalkan kesemua pemain pertahanan Kelantan. Pada musim 2012, barisan pertahanan Kelantan dilihat sebagai antara barisan pertahanan yang cukup kebal di laman sendiri dan lawan. dengan tiada seorang pun pemain pertahanan Kelantan berhijrah pada musim depan, ini adalah satu berita yang cukup menggembirakan para peminat Red Warrior dan Bojan Hodak sendiri. Apek masih lagi di gwang. Daudsu,Aziz (sudah sembuh) Roypi, Nik Shahrul Azim, Farisham dan Rizal Zambri, Zamri sudah membuktikan mereka antara gandingan pemain pertahanan yang kuat. Ditambah dengan kekebalan Obinna, Azizi dan Subra (akan berehat selama 6 bulan), barisan pertahanan kelantan memang cukup kuat dengan komunikasi yang baik antara setiap pemain merupakan satu kekuatan yang susah untuk dibeli dari mana-mana.
  5. Shakir, Piya, Indra, Farhan - 4 nama yang sudah bermain bersama sejak 4 musim yang lepas. 4 nama yang cukup digeruni di Kelantan. 4 nama yang sentiasa konsisten.4 nama yang menjadi nadi bagi pasukan kelantan setiap perlawanan. ya, Rajagopal mungkin menganggap Safiq Rahim, Amar Rohidan, gary, Kunalan sebagai pemain tengah terbaik Malaysia, tetapi 4 nama di Kelantan sebenarnya telah membuktikan mereka masih lagi yang terbaik meskipun sudah berusia.Dan ini adalah langkah yang terbaik diambil oleh Tan Sri Annuar Musa dalam mempersiapkan pasukan Kelantan menghadapi musim 2013.
Tapi masih ada satu lagi misteri yang menunggu masa dan peluang yang sesuai untuk diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa kepada seluruh peminat Kelantan dan seluruh peminat bola sepak tempatan. Sama-sama kita nantikan bersama.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share