Sunday, April 29, 2012

Race for Champions League

Serie A bersambung minggu nie. Semalam Roma dan Napoli seri. Inter perlu dapatkan kemenangan malam nie dalam usaha berterusan untuk mengejar tempat ketiga.Personally, aku sangat-sangat berharap agar Inter dapat slot automatik ke Champions League musim depan.Dengan langkah pembinaan balik Inter pada musim depan, tempat dalam Champion League memang sangat penting. Tambahan lagi dengan ganjaran wang tunai. Sneider sudah pulih. Perlawanan lepas dia berjaya jaring 2 gol. Maknanya barisan tengah Inter kembali kuat. Bahagian depan macam biasa. Cuma Forlan yang masih lagi mencari rentak.Pazzini terpaksa bersaing dengan Milito. Zarate macam pemain baru dibawah jurulatih baru..Pertahanan kembali yakin. Malam ini menentang Cesena, Inter perlu cari 3 mata..Forza Inter

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0

ambo bersih..ambo toksir dive doh pahnie
Bercakap free weii..Aku tak kisah apa pendapat sekali pun.Nak kutuk, nak kritik, nak sokong, tak nak sokong.Tak kisah.Kata demokrasi.Setiap orang ada pendapat masing-masing. Sama ada pendapat tue bangang, bodoh, jauh tersasar dari maksud, ataupun pendapat yang orang kata macam budak sekolah rendah yang cacat dan IQ tak lebih daripada 10, aku tak kisah dan terima.Manusia memang lumrah akan bercanggah pendapat. Dunia best ke kalau semua ikut, sama je pendapat? Kita nak demokrasi tapi kita ikut cara komunis..Ada otak, pikir sendiri, tanggung sendiri..
penuh ore.semua jalan kuning.haha

Saya suka warna kuning

mandi free wei

Seperti kata DIGI, i will follow u

Ini rupanya Tel Aviv..Penuh polis bleh elaun OT hari nie

The Avengers Review


Kalau aku boleh ringkaskan apa yang patut diperkatakan mengenai filem The Avengers dalam 3 perkataan, aku akan kata, “Hulk, Puny God”..Berbaloi petang tadi dapat tonton filem The Avengers. Dan aku rasa filem ini akan pecah rekod box office nanti. Kenapa? Bila lagi kita mau lihat superhero-superhero bergabung dalam satu filem dengan skrip yang mantap, diselit dengan komedi, dikuatkan dengan watak-watak pembantu serta dipadatkan dengan aksi-aksi pertarungan yang aku berani katakana lebih hebat daripada Transformers 2: Revenge of the Fallen. Aku juga berani katakana, The Avengers ini jauh lebih hebat daripada semua filem-filem yang pernah dikeluarkan dari Marvel Comic. Jika sebelum ini Iron Man, Hulk (Edward Norton), dan Spiderman 1 boleh dianggap antara filem marvel yang bagus, tapi The Avengers kali ini jauh melangkaui semua itu. Dan diantara filem yang diadaptasi jalan ceritanya daripada komik, aku bariskan The Avengers dengan Dark Knight..Saranan aku, pergi tonton The Avengers. Apa lagi yang perlu dalam filem ini. Ironman , Captain America, Thor, Hulk, Nick Fury, Black Widow, Hawkeye.. Barisan nama ini saja dah cukup untuk membuatkan semua orang kagum. Tapi kekuatan The Avengers sebenarnya terletak kepada naratif dan susunannya. Loki sebagai musuh utama dalam file mini cukup berperanan besar membawa skrip yang mantap serta menjadi penghubung kepada perkembangan setiap watak utama dalam filem ini. Satu lagi keunikan filem ini adalah bagaimana pengarahnya menyusun setiap karekter berkembang selari dengan filem ini bergerak diselitkan dengan skrip komedi yang pasti membuatkan penonton ketawa dan tak sabar untuk melihat aksi seterusnya. The Avengers bukan sekadar filem dimana superhero berlawan dengan musuh dan menghancurkan bandar tapi nilai kemanusiaan diselitkan bersama. Setiap watak utama ditunjukkan mempunyai keegooan masing-masing tapi bersatu dalam misi yang sama. Yang lebih menarik, Hulk yang sudah semestinya menjadi kegemaran ramai menjadi satu watak yang sangat penting bukan lagi watak yang dilihat sebagai raksasa yang tidak berakal yang hanya tahu marah dan menghancurkan apa sahaja yang ada didepannya. Ditambah pula dengan sekilas penceritaan mengenai watak Black Widow dan Hawkeye yang aku rasa sangat penting dalam membantu memperkemaskan watak utama dalam filem ini seterusnya menjadikan plot dalam filem ini berkembang teratur dan hebat.Akhir sekali, The Avengers memang hebat. Dan jika berkesempatan, aku mahu menontonnya untuk kali kedua, mungkin ketiga..Tanpa ragu-ragu, penantian filem ini yang mula diperkatakan sejak filem Ironman yang pertama lagi, sangat berbaloi dan mampu jadi antara filem terhebat.
p/s..tak sabar nantikan The Rise of Dark Knight pula

Thursday, April 26, 2012

The Avengers 2012





Petang esok..Assemble...

Viva La Spain

Semalam, satu lagi wakil pasukan Sepanyol kecundang dalam saingan separuh akhir Champions League.Real Madrid tewas penalti kepada Bayern Munich.Sehari sebelum ini, Chelsea berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah mengikat Barcelona di tempat sendiri. Jika sebelum ini, ramai pihak yang mengatakan perlawanan akhir di Munich bulan depan akan menjadi satu perlawanan yang klasik sekiranya Barcelona dan Real Madrid mampu melangkah ke perlawanan akhir tapi akhirnya kedua-dua pasukan kecewa di laman sendiri. Out of respect kepada Bayern dan Chelsea, Real dan Barcelona dilihat ramai sebuah pasukan yang sangat kuat di Eropah dan Sepanyol. Dengan barisan pemain terkemuka, Ronaldo untuk Real dan Messi untuk Barcelona. Namun begitu, bola sepak adalah sukan yang romantik.Apa yang kita kejar selalunya tidak muncul seperti yang kita harapkan. Mungkin obses El Classico di pentas akhir Champions League mengajar Real dan Barcelona bahawa bola sepak adalah sukan yang sangat mementingkan semangat berpasukan. Kita lihat bagaimana Chelsea berjaya bertahan dalam perlawanan di Nou Camp.Barca bertali arus menyerang dari awal sampai akhir tapi akhirnya, dengan kesabaran, Chelsea berjaya juga menidakkan semua ramalan. Bayern juga sama. Ramai tidak memberi harapan tinggi walaupun Bayern sebenarnya adalah pasukan yang sangat hebat tapi apabila bermain di Madrid, semua beranggapan Real akan menang.Tapi malangnya, bayern berjaya menyerap segala serangan Real malah beberapa kali mampu menganggu gugat gawang Casillas.

Dengan pentas akhir Champions League menemukan Bayern dan Chelsea, nasib wakil Sepanyol ( Real dan Barca) sebenarnya akan memberi kesan yang lebih jauh. Kebanyakkan pemain untuk Sepanyol dalam Euro nanti adalah dari kedua-dua kelab ini dan dengan kekalahan kedua-dua kelab ini, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pemain negara ini dalam Euro di Poland nanti. Manakala German, yang rata-rata pemain utamanya datang dari Bayern pasti akan mendapat kesan langsung dan pasti akan memberi saingan yang hebat di Poland jun nanti.

Dalam membicarakan saingan separuh akhir Champions League. Ramai yang memberi pandangan berbeza terhadap 'anti football' yang ditunjukkan oleh Chelsea. Jika pada 2010, Inter turut memberikan persembahan yang sama di Nou Camp, Roberto Di Matteo setelah kehilangan Terry, mengarahkan anak buahnya mengamalkan taktik bertahan sehinggakan Drogba dilihat pada satu masa menjadi left back dan DMC. Walau apa pun taktik yang diamalkan dalam perlawanan, kita semua pasti akan sentiasa berbelah bagi. Ya, tiki taka oleh Barcelona sedap dilihat tapi lihat statistik pada musim ini dimana Barcelona walaupun menguasai lebih separuh perlawanan tapi masih gagal mendapat kemenangan. Setiap pasukan bola sepak ada identiti tersendiri. Arsenal, dibawah Wenger juga ramai yang mengatakan mengamalkan taktik bermain yang laju dan menarik tapi diakhir perlawanan, setelah pengadil meniupkan wisel, 3 mata , kemenangan yang lebih didambakan. Semalam sepatutnya Mourinho, mastermind disebalik Inter menang treble pada 2010 , mengarahkan anak buahnya memperkemaskan bahagian pertahanan tetapi sebaliknya membiarkan bayern menguasai kembali perlawanan meskipun Ronaldo sudah menjaringkan 2 gol sehinggakan Robben berjaya memberi semangat kepada Bayern dengan jaringan penaltinya. Semua peminat dan penyokong boleh berbalah,berdebat, mengkritik, menyuarakan setiap pasukan mereka adalah terbaik, setiap pemain pasukan mereka adalah terbaik, setiap taktik yang ditunjukkan oleh pasukan mereka adalah terbaik tetapi dipenghujung hari, setiap orang hanya mahukan kemenangan..Setiap orang ada gaya masing-masing..

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday - Roman Sing The Blues in Nou Camp


Ghaddar made for AFC




Tok tahu nok oyat gano lagi..Ghaddar meme sene sumbat gol kalo main di AFC.Maybe taraf Ghaddar utk AFC..Harapnya Ghaddar leh score pulok main kat Alor Setar nanti..Gomo Kelate Gomo

Monday, April 23, 2012

Bola Tenis utk Bola Sepak




Nie trend terbaru utk perlawanan bola sepak..Lempar bola tenis..Mau berenti lama nie..Kalau kat negara kita bleh jugak praktik benda nie..Utk fair play kan..Kalau nampak gaya macam match tue nak menang dah, pakat ramai2 lempar bola tenis masuk dalam padang. Tak skt pun kena bola nie..kalau sebelum nie membazir je lempar air, botol air, keropok, mercun.Lempar bola tenis nampak macam moden sket.molek lempar bola tenis sabtu nie Malaysia lawan Sri Lanka.Skuad Rajagopal buat perlawanan persahabatan kat s.alam..aku pun pelik malaysia acapkali buat friendly ngan india, sri lanka..mungkin rajagopal nak jumpa sedara mara dia kot.mana la tau kan..apa-apa pun sabtu nie aku nak beli bola tenis banyak2..

Inter Scarf for Sale


 
Inter Scarf for sale.New..Price RM40..Negotiable.Postage Rm5..COD Serdang, Putrajaya

Back to settle

Finally, returned back to campus life yesterday night..It's had been a hectic, tiring weekend.My sister got married. Now, it's two of my younger sister got married before me..Haha..The same old questions pop out at the her wedding ceremony, "so when you gonna married?"..Well, i just answered the same, universal answer, "soon" but definitely not this year,,this year it's already two wedding, it going to be one hell of a year if my family got to organize three wedding in the same year..
Anyway, congratulations to both my sister.Hopefully they will found happiness in the wedding life.And to my younger sister, hopefully the condition of the new baby will always in the top condition although it's going to be another 7 month or so before she in labor.Next week my family will attend the ceremony at Bertam, Kepala Batas , Pulau Pinang.Hopefully i can attend that one..
Arrived at Selangor with tired body and mind. Today woke up and start to think on the work that need to completed.Tomorrow, really wish my SV have time to set an appointment.And today, start to scan through any works that need to see.Some of the works are already in motion just a little bit touch.
Now for football. Sadly, missed a few important games this weekend. Kelantan, el classico and Inter.For Kelantan, semi final first leg against Kedah prove to be a daunting task.i did not get to watch the full match ats i was cleaning up house after the wedding.i also did not get the chance to go to the stadium saturday night.but i got to see some highlight of the game.2 red card..unnecessary one. A lot of play acting on Kedah side. I really piss on the term "fair play"..People seem to use fair play although the right word for it is acting dumb in order to waste time on football..Kelantan got many chances in front of the goal but it seem the attacking part lost their touch that night..the sad thing were, Daudsu gonna miss the return leg in Alor Setar..Piya picked up injury and hopefully not a serious one. Good thing was NorShahrul can play full now and he with Ghaddar can link up again to score  a lot of goal for Kelantan.Next mission gonna be in Vietnam tomorrow..Win and can move in the next stage..For elclassico, i already sound asleep when the game started. Woke up the next morning and saw real madrid celebrating with barca player had the sad look on their face.Ronaldo finally reassure his status when facing messi and Mourinho once again prove he is the special one. Not many team can come to Nou Camp and put this great barca side in the losing side..the La Liga title although in term of maths still can be grab by Barca but in term of psychologically, Ronaldo CR7 and the gang already achieve it.Unless, there would be a miracle for the remaining fixture which i doubt will happen when Mourinho still at the helms of Real Madrid.As for Inter, another draw agains Fiorentina. Another mishap in the process of acquiring the last place for Champions Leagues. Started to think for the next season, if Inter were not in Champions League, it would a misfortune.It really is.
Okay, that's all after quite some time being quiet here on this blog.Already started surfing and browse through some works.Can not wait for this two more month to go by..

Sunday, April 15, 2012

Kelantan vs Tteam 14 April 2012





Jaringan Nurul Azwan Roya pada separuh masa pertama dan jaringan penyamaan Khairul Izwan pada separuh masa kedua...Jika dilihat, semalam kelantan memiliki banyak peluang tapi semuanya tidak menjadi bagi bahagian serangan Kelantan..Tapi tidak mengapa, 1 mata masih lagi berbaloi kerana Singapura kalah semalam kepada PKNS..Dan selasa ini, Kelantan akan turun kembali menentang Tteam sekali lagi di Terengganu..Ghaddar pastinya akan dimasukkan kembali dalam skuad Liga Super..Berita gembira juga bagi Kelantan yang sejak 2 minggu nie menghadapi jadual perlawanan yang cukup padat adalah kebanyakkan pemain sudah sembuh.Mat Yo pun sudah kembali bermain dalam skuad utama..Cuma Apek saja yang masih cedera bersama Azizi Mat Rose..Selepas ini Mat Yo dan Ghaddar akan mengetuai serangan Kelantan.Pasti bahagian penyerang Kelantan akan lebih berbisa dengan kembalinya dua pemain ini.Selasa ini..Tteam vs Kelantan di Kuala Terengganu.

Saturday, April 14, 2012

Battleship Review - Kapal Perang berperang

Filem Battleship sudah pun ditayangkan sejak Rabu lepas..Dan semalam aku berkesempatan untuk menontonnya..Jika dilihat daripada trailer, filem ini menjanjikan aksi, cgi yang bagi aku boleh dikatakan setaraf dengan Transformer.Malah, ada satu scene dimana shot debris jatuh dari langit memang sama dengan apa yang ada dalam filem Transformer - Revenge of the Fallen..Barisan pelakon dalam filem ini boleh dikatakan tidak mengecewakan tapi masih ada beberapa skrip yang sepatutnya dijadikan lebih menarik..Permulaan filem berjalan dengan perlahan..Babak lawan bola, dalam bar seolah-olah tidak mengarahkan kepada plot asal filem ini. Jika diimbas sekali lalu, hollywood dah banyak hasilkan filem berkaitan dengan peperangan dengan alien. Dan filem ini jugak berlandaskan perkara yang sama. Manusia hantar isyarat, isyarat dibalas dengan kedatangan alien.Alien datang, dan berlaku peperangan. Cumanya, kali ini peperangan yang berlaku adalah di lautan.Secara kebetulan pula, di Hawai satu latihan ketenteraan angkatan laut dijalankan.Seperti kebanyakkan filem hollywood yang lain, pengarah mahu menonjolkan kehebatan tentera laut Amerika..Hopper, watak utama dalam filem ini menjadi tunjang dalam sessi akhir menghapuskan alien. Malangnya alien yang datang hanya sedikit tapi sudah mampu mengerunkan manusia.Tapi itu semua pada awal sahaja, dengan segala kecanggihan yang alien miliki, mereka ada kelemahan yang sangat ketara dan kelemahan itu yang digunakan tentera Amerika.

Secara keseluruhannya, plot jalan cerita dalam filem ini tidak lah membosankan. Aku terhibur dengan aksi peperangan di laut dan dengan cgi yang dibuat sangat teliti.Tapi jika dibandingkan dengan battle of los angeles, aku rasa filem ini sedikit ketinggalan. Permulaan slow, pertengahan okey, tapi pengakhirannya semacam sudah diduga.Masih terdapat beberapa plot yang jika diolah mungkin lebih baik..Slot perlawanan bola sepak tidak perlu diadakan.Mungkin motif pengarah mahu mengetengahkan jugak penglibatan negara-negara lain dalam filem ini.Malah disebutkan juga kapten tentera laut dari Malaysia dalam filem ini. Yang mengecewakan apabila Liam Neeson yang sememangnya terbukti antara pelakon tersohor tidak memegang peranan yang besar dalam filem ini. Anda hanya akan melihat beliau di awal dan akhir filem sahaja.Battleship memang sama dengan tajuknya iaitu peperangan kapal laut dan jika dibandingkan dengan filem menentang alien yang lain, seperti Battle of Los Angeles, Skyline, Independence Day, War of the Worlds, filem ini memberikan nafas baru dengan mengetengahkan kehebatan angkatan tentera laut Amerika.Bagi pendapat aku, tidak lah begitu mengecewakan tapi tidak lah begitu hebat jika mahu mengredkan filem ini..Daripada RM10 atau RM12 yang anda habiskan untuk membeli tiket, aku boleh katakan RM6 sudah berbaloi..Aku sebenarnya agak lama tidak menonton filem pada tahun ini..Mungkin juga disebabkan expectation yang tinggi untuk filem ini setelah melihat trailernya, diakhirnya apa yang telah aku lihat tidak sampai seperti apa yang aku harapkan. Selepas ini menanti The Avengers.. p/s kepada sesiapa yang mahu lihat battleship, layan trailer ini dulu

Thursday, April 12, 2012

Trailers The Avengers..2 more weeks




Iron Man, Hulk, Thor, Black Widow, Hawkeye, Captain America,Shields, Nick Fury....all lined up for blockbuster from marvel....

Tips Interview

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday - M.Ghaddar untuk Liga Super

5 gol untuk 2 perlawanan..Perlu apa lagi dibuat untuk buktikan?

Tuesday, April 10, 2012

Arema vs Kelantan 2012

Sebentar lagi Kelantan bertandang ke Kota Malang untuk menentang kelab Arema dalam saingan AFC...Diberitakan ramai pemain-pemain utama akan direhatkan.Kelantan dilihat menghadapi masalah kerana jadual perlawanan yang sangat padat dengan Liga Super, Piala FA dan AFC..Nasib baik beberapa pemain utama sudah kembali daripada kecederaan.Matyo dilaporkan sudah sembuh.Apek masih lagi kurang cergas..Petang ini, Kelantan akan teruskan misi untuk mencari tiga mata dan mengukuhkan peluang ke saingan berikutnya dalam saingan AFC ini. Ghaddar dilihat akan terus buktikan dia pemain penyerang yang berbisa seterusnya memikat Bojan Hodak untuk menyenaraikannya dalam skuad liga super..apa-apapun nantikan perlawanan yang dijangka sengit petang nie , Arema lawan Kelantan..
p/s..jangkaan...Kelantan akan menang tipis..Ghaddar sumbat 2 gol...

Sunday, April 8, 2012

Sandiwara Sultan, Setiausaha, orang dibuang..

Satu

Orang kena buang.Hbs satu negeri mengamuk.Tapi hukuman tetap jatuh.Ok, terima..Ingat dah selesai..Habis kena hukuman , kena bayar pulak.Ok, tak mengapa.boleh dicari 2ribu lebih tersebut.Yang pelik, orang yang dipanggil, yang kena hukuman kena bayar.Ok, tak mengapa kalau dah termaktub dalam undang-undang lapuk..Terima..

Dua

Setiausaha ulas pasal bayaran.Cakap sejak dulu lagi.Al maklumlah..undang-undang lapok katakan.tapi kena ikut je la.Semua kena ikut lah..Setiausaha cakap dari Julai lagi..masa ORANG KENA BUANG jadi masuk jawatan.Tapi kalau banding tarikh, budak sekolah tahun 2 leh bezakan 12 julai dulu atau 30 julai dulu.mungkin kamus setiausaha 30 julai yang datang dulu baru 12 julai..

Ketiga

Sultan dah puas melancong balik negara kemudian mengamuk..Bidaah semua..Bidaah kena bayar..mungkin sultan nak simpan duit buat pergi melancong balik. Sultan mahu rujuk setiausaha dulu. Sultan juga marah anak sendiri. Sultan......

Keempat
Rakyat marhaen...tengok, gelak,, benci,, ketawa, marah. Senario yang amat lawak..

Saturday, April 7, 2012

Cagliari vs Inter


This weekend Inter, fresh from 'beginner's luck' from the new manager ( quite long for me to spell his whole name, lets just say, Strama..pic above) will entertain Cagliari. Inter still missing maicon and sneider. but from the match last week, i think inter would not find so much trouble. The new tactics of 4-3-3 which emphasize more toward attacking somehow suit the player that inter have now. Millito finding his form. Hopeful for the rest of the season. Zarate likewise...Maicon will be replace with the old , evergreen captain, javier zanetti on the right back. Samuel in the back four along with cordoba.Lucio will be suspended. The same with Julio Cesar..On the left, Chivu start to show his old form maybe for the last time.cambiasso, stankovic in the middle. The old rearguard.Guarin started to show his attributes maybe slot in.Forlan along with Zarate and Milito. Or maybe Pazzini will replace either the three of them..This time, it seem Inter had found new motivation. The third place , mathematically is still up for grab. But still need to consider other teams, Roma, Lazio, Napoli still in the running. But for this weekend, another 3 points to regain confidence is the most important things. Forza Inter.

Friday, April 6, 2012

Sarawak vs Kelantan Preview

 
Malam esok, sang kijang bertandang ke bumi kenyalang.Harapan seluruh Malaysia di galas, bukan saja mahu mencari 3 mata kemenangan, tapi jugak mahu menendang sang singa yang tengah berlagak sementara di tangga atas liga super..Seluruh anak buah harimau malaya mahu sang kijang menundukkan sang kenyalang.Mahu sang kijang rampas kembali maruah dan tangga atas liga super.Manakan boleh sang singa diberi peluang berlagak poyo dengan bersenang lenang di tangga atas. Malam esok Sang Kijang segar dari prestasi cemerlang 3 perlawanan sebelum ini. Sang kijang juga sudah merawat luka. Bapak Sang Kijang digantung hantu-hantu FAM yang gila kuasa. Mujur anak buah Sang Kijang tidak melatah. Perjuangan diatas padang diteruskan.

 Import sang kijang sudah tunjukkan hebat. Anak buah sang kijang yang lain juga harapnya dah sembuh. Malam esok boleh cari lagi 3 mata penuh. Bumi Kenyalang bukan satu tempat senang tapi masih boleh yakin kecapi 3 mata malam esok. Bumi Kenyalang ini lah anak buah Sang RajaGopal hanya mampu seri..Tapi anak buah Sang RajaGopal tidaklah sehebat dibandingkan dengan Sang Kijang. Anak buah Sang RajaGopal masih lagi dibuai masa silam..Tapi tidak lah lama. Rakyat jelata sudah buka mata. Bukankah Jebat ada berkata, 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah..Jadi selepas nie rajaGopal juga mesti disanggah ataupun melihat rakyat dilepas amuk seperti Hang Jebat atau masih adakah Hang Tuah dalam Tanah Melayu?

Berbalik kepada malam esok. Persaingan malam esok medan terbaik untuk Sang Kijang untuk buktikan, gelaran musim lepas tak akan mudah dilepaskan, lebih-lebih lagi kepada Sang Singa pengkhianat. Malam esok juga pertemuan Gergasi Merah Kuning melayan Sang Penyu. Satu pertemuan yang juga menarik.Meriahkan Bola sepak tempatan esok, kunjungi stadium.Nak harapkan Orang-orang Besar FAM ke stadium mungkin kiamat dulu dunia ini.

p/s..Sang Kijang kutip 3 mata malam esok..

Thursday, April 5, 2012

Men vs Women Drivers..Whos better?


Browse more data visualizations.

Kelantan vs Arema 4 April 2012

Terima Kasih Ghaddar..Sebelum nie dan selama ini ramai yang tidak berpuas hati dengan Ghaddar.Malah tak kurang juga ramai yang mengeji dan mengutuknya. Malam ini Ghaddar membuktikan dia sangat berbisa. Dan tiada pentas yang lebih molek untuk buktikan bahawa dia memang penyerang sangat berkualiti seperti pentas AFC seperti malam ini. Gol pertama dari kaki kiri. Gol Kedua dari tandukan.Gol Ketiga dari kaki kanan. Bukankah itu semua adalah ciri-ciri penyerang yang berbisa dan bertaraf luar dari liga malaysia.Malam ini Ghaddar memberikan satu persoalan yang perlu dijawab oleh semua terutamanya kepada Bojan..Adakah aku, Ghaddar masih tidak layak untuk berada dalam kesebelasan utama Kelantan? Malam ini juga Ghaddar memberikan kemenangan yang sangat bermakna tatkala arena bola sepak Kelantan menerima berita buruk penggantungan 2 tahun 6 bulan TSAM selaku Presiden KAFA. Tapi hukuman yang dijatuhkan bukan bermakna perjuangan sudah tamat.Malam ini semuanya akan bermula. Kelantan akan terus berjuang. Nantikan semua..Sekali lagi..Terima Kasih Ghaddar..




Wednesday, April 4, 2012

Tan Sri Annuar Musa sah digantung


Perbicaraan TSAM petang tadi katanya dah tamat..TSAM sah digantung dari semua aktiviti bola sepak selama 2 tahun 6 bulan kerana didapati bersalah atas 2 pertuduhan. Maknanya, jawatan Timbalan Presiden FAM akan kosong.Jawatan beliau dalam KAFA sebagai presiden juga akan dikosongkan. Ini memang satu tamparan kepada bola sepak Kelantan kerana semua sedia maklum TSAM adalah tonggak utama yang memungkinkan revolusi bola sepak kelantan. Ini juga mungkin satu agenda rapi yang dirancang pihak tertentu yang tidak mahu pengaruh TSAM dan Kelantan terus menyerang Wisma FAM. Tapi tak mengapa..Penggantungan ini akan diterima dan Kelantan serta TSAM akan terus bangkit. Mana mungkin mahu membiarkan Singapura yang sekarang ligat dalam liga negara kita menjadi juara. FAM sebenarnya sudah kemaruk duit. Lihat saja setiap perlawanan melibatkan Singapura, pasti ada penalti yang dihadiahkan oleh pengadil. Bola sepak Malaysia tidak akan maju selagi Orang -orang yang tidak tahu bola sepak memegang tampuk pimpinan tertinggi negara. Kita selamanya dibuai kejayaan lampau. Kejayaan yang tidak seberapa. Liga kita masih jauh ketinggalan berbanding negara lain. Pengadil negara kita tak pernah berjaya menjadi pengadil rasmi FIFA..Arena bola sepak kita tidak mampu menarik pemain-pemain import yang berkualiti. Selagi politik dicampur dan bermaharaja lela dalam bola sepak, selagi itu bola sepak tidak akan maju..GKG

Wordless Wednesday Himpunan 404


Tuesday, April 3, 2012

Never too late to restart again




Forza Inter..Celebrating another restart..need overhaul..did not care for what people said. Inter Forever...and from the ashes, The Blue side of Milan will rise to stardom again..Forza Inter..Andrea Stramaccioni.the man..


Sunday, April 1, 2012

Jawatan Kosong - Wisma FAM

Iklan jawatan kosong di Wisma FAM

Jawatan 1 - Presiden FAM
Kelayakan -
  • perlu menjadi sultan mana-mana negeri
  • tak perlu pengalaman dalam bola sepak
  • berani mengutarakan kenyataan-kenyataan yang tak berkait dengan bola sepak
  • perlu mendapat sokongan ahli politik kerajaan
  • tak perlu berbahasa inggeris dengan baik
Keistimewaan
  • gaji melampau
  • dapat publisiti setiap masa
  • setiap kata akan disiarkan dan disokong oleh media
  • tak perlu tengok bola di stadium
  • dapat melancong keluar negara tengok bola 
  • dapat duduk sahaja di pejabat
Jawatan 2 - Setiausaha Agung FAM

Kelayakan
  • bekas general
  • tak perlu berpengalaman dalam bola sepak tempatan
  • tak perlu berani buat apa-apa keputusan
  • hanya perlu turuti setiap apa yang orang lain buat
  • baik dengan mana-mana ahli politik kerajaan
 Keistimewaan
  • kebal daripada apa-apa hukuman jawatan kuasa
  • boleh ucapkan apa jua kenyataan
  • gaji tinggi
  • duduk dan baca surat khabar saja di pejabat
  • atur perlawanan bola sepak negara dengan kelab-kelab dalam negara
  • dapat hukum mana-mana individu yang dibenci
Jawatan 3 - Ahli Jawatan Kuasa FAM

Kelayakan
  •  sama seperti diatas
Keistimewaan
  • sama seperti diatas
  •  dan ditambah lagi dari semasa ke semasa
Sebarang permohonan perlu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pegawai FAM..Permohonan daripada jurulatih negara amat dialu-alukan dengan surat sokongan.
Sebarang temuduga akan dijalankan di Wisma FAM 3 bulan dari tempoh tarikh tutup permohonan.Permohonan bersertakan wang ringgit juga diterima..Permohonan daripada negeri Kelantan mempunyai peluang paling sedikit.
Tarikh tutup permohonan adalah 31 April 2012..


Jom Share