Thursday, May 31, 2012

Lesson in Life

Many people live the way they want.Some people live the way they never need. Several people live the way they always crave. A few people live the way life should be. The basis is that, life is what we all want, but sometimes we will never see, achieve or taste it. But unfortunately, that is the mystery of life that human in all over the world must face. The reality is so simple yet it is so much complex..

One thing i learned over the years, over the times when it seem regret is just another word for satisfaction, where sadness is just a boundary away from happiness, and when happiness is achieve when pain is conquered, that we will never know what might happen in the future. We can plan from A to Z.We can prepare different strategies from 1 until 10, but the bottom line is, praying is the most, highhandedly, undoubtedly , powerful weapon in our life. Our Most Mighty Lord, Allah, is the sole giver, the sole taker, the Most Biggest, Enormous, that we must always counted for. Time is just a tool that stuck between relativity.Time can be bend.. We make time if there no time. We spend time if there are time.

In this final weeks of learning and living the life that some people had long forget (in my age especially), i learn to trust more toward the future. I did not know what the future bring but one thing for sure, i must depend on the past. The more i face "NO", i know for sure that one day, i will get the "YES". I must continue.This road will look weary. Body can be recharge, mind can be rested, money can be seek, time can be manage but for that special, once in a lifetime chance, i know i should, i must, i had to be there to grab it.Human ability is nothing compared to chance that life throw at us. That window of opportunity will always be open to person who always find the door.Only me and myself alone can shut that window or just simply take it for granted.

For now, i will explore. My heart said another, my mind might said another but finally i know both of them might cross out someday in between. For i just a human being, who simply depend solely to God. Fate is what we choose to be and how we want it to be.

Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, May 29, 2012

Interview paling susah adalah dengan diri sendiri


Interview..Situasi yang semua orang akan hadapi. Dan aku sekarang nie tengah bergelut mencari interview. Motif aku senang je. Mana-mana ada iklan, aku mintak, dapat ke tak belakang kira. Suruh pergi interview aku akan pergi..Berjaya atau tidak aku letak tepi..Gaji? Belakang fikir.Tempat kerja? Belakang fikir..Prospect kerja? Pun belakang kira.Dan dalam pengalaman kena interview nie banyak benda berlaku..Sebelum gi interview, kereta boleh buat hal pulak..Sampai tempat interview awal sangat sebab terlupa masa sampaikan interviewer terkejut kenapa awal.Soalan popular masa interview? Ahh..you already old..What happen to you?
Explanations yang selalu aku ulang..i lost interest..Modest...Fair..Soalan paling best? How's your German..mula la aku kuarkan Goten Abend, Goten Morgen..yang lain sori, aku tak ingat dah 3 sem belajar German tapi masih gatal nak letak dalam resume..Tapi soalan yang aku rasa agak janggal dengar la..What is TESL?..terkedu bila dengar dan terkesima nak jawab macam mana. Manager tue, tapi leh tanya macam tue..Soalan popular lagi berkenaan masa..Are you willing to work in weekend?..tak kisah kalau berpatutan..tapi ada satu statement yang agak mendalam la aku pernah terima...i know fresh graduate are desperate to get a work..aku senyum je...dalam hati " memang desperate tapi taklah desperate sangat sampai jadi tukang kira exam paper je" nak letak mana diploma, ijazah aku..Bukan nak dabik dada, pengalaman memang tak banyak tapi biar lah berpada kan..Aku pun tau average market macam mana..Satu aku tahu, dan banyak orang bagi tahu, dan aku alami, sebelum interview, research, research and research a lot..Tempat kerja, jawatan, skop kerja, malah jalan nak gi tempat interview pun kena research baru tak sesat, baru tak sampai lewat sangat ataupun awal melampau.
Harapan lepas nie akan dapat interview.Dan berharap bersesuaian dengan skil yang aku timba selama nie, dengan ilmu yang aku belajar selama nie. Masalah sekarang nie dan aku rasa masalah yang banyak orang kena hadapi, apa kerja yang sesuai dengan jiwa kita...Sebab tue aku rasa, sebelum gi interview mana-mana, aku kena interview diri aku betul-betul dulu..

Sunday, May 27, 2012

Saturday, May 26, 2012

Johor FC lawan Kelantan 26 Mei 2012

Malam ini, perlawanan tunggal Liga Super sebelum berehat seketika. Aku sendiri tak paham kenapa perlu rehat.Mungkin sebab ada perlawanan melibatkan pasukan negara rasanya. Tapi apa-apa pun, mujur jugak rehat, dapat bagi rehat kepada para pemain Kelantan yang sebelum ini memang tersangat padat jadual bola sepak. Aku rasakan pemain Kelantan sendiri masih lagi penat duk angkat piala FA tempoh hari, kemudian letih main air lawan Terengganu. Malam nie pulak kena gi JB lawan Johor FC. Dengar kata TMJ akan turun malam nie, nak tengok Johor FC sambil pasang-pasang niat nak pancing pemain Kelantan , tapi tue pun kena tunggu persetujuan Gabriel Batistuta yang sampai sekarang tak sampai-sampai lagi. Malam nie Kelantan ke JB dengan dua misi, satu nak habiskan perlawanan liga super dan berehat.Kedua nak dapatkan 3 mata, nak tunjukkan kat Singapura yang Kelantan mampu, dan boleh mengejar mereka. Mungkin Sundramorthy akan memasang telinga di tambak Johor menanti keputusan malam ini. Kalau kalah sekalipun Kelantan malam nie, masih banyak ruang untuk mengejar mata dengan Singapura. Dengan 6 perlawanan yang lebih, ada banyak peluang untuk memintas dan mengekalkan kejuaraan Liga Super. Satu persoalan bermain, ditakdirkan lah Kelantan kalah Liga Super kepada Singapura (dengan konspirasi FAM, Judi, Rasuah, atur perlawanan, pengadil), adakah Singapura akan wakili liga negara kita untuk saingan AFC dan sebagainya? atau FAM memang sanggup bagi Singapura asalkan Kelantan tidak menang? tapi orang kalau dah sanggup kan, macam-macam dia bagi..
Berbalik kepada perlawanan malam nie, Kelantan dibawah Bojan pasti akan turun barisan terkuat untuk terus mengutip mata dan mengekalkan rentak kemenangan.Mat Yo pasti akan diturunkan malam nie setelah berehat ketika melawan Terengganu tempoh hari. Farhan membuktikan bahawa dia penyerang yang berbisa di KB tempoh hari dan akan bergandingan dihadapan sementara Ghaddar dikatakan masih lagi di Lubnan mewakili pasukan negara. Barisan tengah seperti biasa, Shakir, Piya, Indra dan mungkin Chanturu. Pertahanan tidak akan berubah. Rizal dan Obinna di tengah sementara Subra masih lagi cedera. Farisham di kiri.Daudsu di kanan. Apek masih lagi kekal penjaga gol nombor satu di Kelantan dan juga mungkin di negara ini. Malam ini sama-sama saksikan Johor FC bertemu Kelantan di Stadium Pasir Gudang. GKG

Friday, May 25, 2012

Lagi Seminggu

Lagi 7 hari..selepas tue secara rasmi akan tamat.tapi kena tunggu lagi 2,3 minggu untuk minggu peperiksaan.Selepas tue, tamat sudah..akan balik rumah tanam anggur..harap tanam anggur tak lama.Jangan nanti tanam anggur sampai lepas raya.Mahu masuk alam lain.Alam yang dah lama tunggu,.Orang lain dah lama masuk tapi aku tak masuk-masuk lagi, kali ini harap akan masuk.

Sunday, May 20, 2012

Penutup Piala FA 2012

sometimes you don't have to be the best to win the games..


kalau nak summarize benda yang jadi kat bukit jalil semalam, macam ayat kat atas la aku boleh katakan.Jaringan penalti Muhammad Ghaddar cukup untuk membuat peminat Red Warrior yang membanjiri stadium bukit jalil semalam gegak gempita. Walaupun ada ketikannya Sime Darby mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan namun Kelantan berjaya mengekang asakan seterusnya menjulang Piala FA. Semalam Hampir keseluruhan stadium adalah penyokong Red Warrior.Ya, permainan semalam tidak lah menarik berbanding perlawanan sebelum-sebelum ini. Tapi kita perlu pragmatik, dalam mengejar satu-satu piala, kadang-kadang bermain cantik sahaja tak guna, asal dapat gol, asal dapat bertahan sehingga wisel penamat, itu sudah memadai. Lihat saja Chelsea semalam, Bayern lebih banyak peluang tapi akhirnya , Drogba juga juara selepas menang penentuan penalti.Inter pada 2010 pun sedemikian. Jadi , tak pelik jika selepas ini ramai yang akan mengejek Kelantan hanya menang penalti, aku tak kisah, tuah orang kata, sekurang-kurangnya tuah dapat menang jugak.Aku ambil tuah dalam bola sepak setiap masa untuk ke stadium bukit jalil kerana pasukan Kelantan badi apabila bermain di sana.Apa-apa pun tahniah buat pemain-pemain Kelantan. Orang paling gembira semalam pasti TSAM..tahniah juga buat penyokong red warrior yang datang memenuhi stadium semalam. Kelantan Juara Piala FA 2012

Friday, May 18, 2012

Sime Darby vs Kelantan, Final Piala FA 19 Mei 2012

Malam esok..Penentuan berlangsung.
Hari ini, semua dah bergerak..
Pagi esok, semua akan berkumpul
Petang esok, semua akan masuk
Pagi lusa, harap semua akan gembira
Malam esok, semua akan bersorak
Menang, kalah, semua terima
Red Warrior tetap Red Warrior
FAM tetap FAM
TSAM tetap akan datang tengok
Azzudin tentu tidak mahu datang
Petang esok, akan turun Bukit Jalil
jersey dah ada
Mafla dah ada
tiket belum ambil
Kawan-kawan dah datang
Esok, kali ketiga mencuba
Esok mahu menjulang
Piala FA , Piala Baru
tunjuk satu malaysia
Red Warrior hebat
Gomo Kelate Gomo

Wednesday, May 16, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Butler Trilogy

Butler Identity

Peter James Butler..Satu nama yang cukup gah.Bekas pemain West Ham United satu ketika dulu. Habis karier sebagai pemain, dia masuk aliran jurulatih. Pernah mengemudi Sabah satu ketika dulu.Tapi nama Butler yang mula jadi ikutan ramai adalah apabila dia mengemudi Kelantan pada 2009. Kelantan pada tahun ini baru dalam proses revolusi. Kelantan mula diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa mula menampakkan kebangkitan.Kelantan bangkit daripada Liga FAM, layak ke Liga Perdana. Tapi kejayaan yang manis bagi Butler adalah apabila membawa Kelantan ke final Piala FA sebelum kalah kepada Selangor dalam penentuan sepakan penalti. Pada masa ini, Red Warrior semakin disegani. Semakin mendapat tempat.Semakin menggila para peminat Gomo Kelate Gomo. Butler dilihat jurulatih yang bijak kerana rata-rata pemain Kelantan pada masa ini tidak ternama selain pemain yang dulunya bintang tapi sudah dilupakan.Tetapi Indra, Farhan, Khalid, kembali mendapat nama dibawah tunjuk ajar Butler.
Namun, jodoh Butler tidak lama. berlaku krisis.Butler keluar ke Vietnam sebelum saingan Piala Malaysia 2009.Kelantan diambil oleh BSathianathan. Peminat Red Warrior kecewa dengan Butler

Butler Ultimatum

Setelah 3 tahun.Butler kembali. Kelantan semakin gah di arena tempatan. Kelantan mahu mengorak langkah ke pentas Asia Tenggara. Butler dipujuk. Butler kembali. Butler diberikan satu skuad yang cukup mantap. Ramuan sudah tersedia. Hanya perlukan perisa.Butler dianggap kunci untuk teruskan menaikkan nama Kelantan. Dibawah Karathu pada 2011, Kelantan menjadi Juara Liga, Naib Juara Piala FA dan terkandas kepada Terengganu di Separuh Akhir Piala Malaysia.Kelantan mahu 3 piala kali ini. 2012 Tan Sri Annuar Musa mahu Kelantan terus mengganas. Namun, terencat seketika apabila awal-awal lagi kalah kepada N9 di Piala Sumbangsih. Peminat masih percayaa. Pengurusan masih beri muka.Kemudian, mula satu episod krisis. Butler dan pihak pengurusan atas. sebelah sini mungkin betul.sebelah sana mungkin salah. Kelantan kalah kepada musuh rapat, Selangor. Butler direhatkan.Butler dan pengurusan masih berbalah.Jodoh kali ini sama seperti sebelum ini. Butler dilepaskan. Jodoh Butler dengan Kelantan memang tidak lama.Seperti ada sesuatu yang saling berdendam.Butler ke Balik Papan, Indonesia.Bojan ambil alih...Red Warrior kecewa, sedih..tapi tidak lama..Bojan beri satu senyuman

Butler Supremacy..

Butler sah menggantikan Mat Zan di Terengganu. Butler akan kembali ke KB, tetapi sebagai jurulatih Terengganu, musuh setempat Kelantan. Red Warrior akan menanti. Butler kembali sebagai musuh kali ini. Bojan sudah mendapat tempat di hati Red Warriors. Butler dan Bojan akan bersaing. Butler tidak diberi peluang yang lama di Terengganu meskipun kontrak selama 18 bulan ditandatangani..Kita tengok macam mana Butler nanti..

Monday, May 14, 2012

Final Piala FA dan Butler


Peter James Butler hari ini dilaporkan oleh media sudah sah menandatangani kontrak untuk mengambil alih kerusi panas jurulatih bagi skuad Sang Penyu.Kontrak selama 18 bulan telah ditandatangani Peter Butler.Peter Butler yang sebelum ini dua kali mengemudi Kelantan dan 2 kali juga berhadapan kes-kes panas memang diakui sebagai seorang jurulatih yang berkaliber. Butler adalah jurulatih pertama Kelantan yang membawa Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA pada tahun 2009 sebelum tewas penalti kepada Selangor.Pada ketika itu Kelantan baru meningkat naik dan Butler memang disanjung ramai orang. Taktikal Kelantan dibawah Butler memang menjadi kerana Butler dilihat suka dengan taktik 4-3-3..
Butler di Terengganu sebenarnya seperti menabur garam diluka kepada peminat-peminat Red Warriors.Yang lebih sakit apabila Butler akan mengemudi Terengganu berdepan dengan Kelantan dalam saingan kedua Piala AFC 26 Mei nanti di Kota Bharu. Ya, sehingga sekarang orang masih berdebat samaada pihak mana yang betul dalam krisis Butler dan pihak pengurusan Kelantan sebelum ini sehinggakan Butler ditamatkan kontrak tapi sebenarnya ini semua adalah hikmah yang cukup unik dalam dunia bola sepak tempatan. Pemergian Butler membuka ruang kepada Bojan. Bojan tak kurang juga pengalaman sebagai jurulatih yang berkaliber. Lihat saja rekod Kelantan dalam semua saingan musim ini. Hanya satu kekalahan di AFC dibawah Bojan. Jadi perlawanan di kota bharu nanti akan penuh dengan warna warni. Derby Pantai Timur dalam saingan AFC, dua jurulatih yang penuh wibawa, para pemain yang cukup hebat, pihak pengurusan yang (boleh dikatakan mantap , tapi mungkin akan dibantah oleh ramai orang..terpulang) para penyokong yang terkenal fanatik. Kelantan musim ini sentiasa berdepan dengan perlawanan-perlawanan yang cukup tekanan.Lihat saja 3 minggu ini, tekanan di Kedah, tekanan melawan Singapura, tekanan sabtu ini untuk julang Piala FA di Bukit Jalil, tekanan daripada sessi pembalasan Butler , tekanan untuk terus kutip mata dalam liga super menghambat (dan akan pasti berjaya) memintas Singapura.
Beralih ke debaran Piala FA, semua peminat samada Sime Darby dan sudah pasti Red Warrior pasti membilang hari sebelum bertandang ke Bukit Jalil. Ramai yang sudah mendapatkan tiket.Tapi ramai lagi yang belum mendapatkan tiket. InsyaAllah, aku sendiri berharap tiket masih ada di Bukit Jalil kerana aku sendiri belum mendapatkan tiket. Satu perkara yang aku kurang suka dengan Bukit Jalil, mungkin satu sumpahan, Kelantan kurang mendapat tuah apabila bermain di Bukit Jalil.Mungkin sumpahan ini sudah dihidu FAM maka perlawanan akhir diadakan di sini.FAM mungkin mahu menambah duka Kelantan yang saban tahun terkena tindakan 'God alike' FAM. Biarkan saja FAM.Berbalik kepada sumpahan Bukit Jalil. Hanya dalam tahun 2010 Kelantan mendapat kemenangan melawan Negeri Sembilan di Bukit Jalil. Beberapa siri perlawanan sebelum dan selepas itu selalunya berakhir dengan kekalahan yang seperti tiada tuah. Bukan aku sangsi dengan kehebatan Kelantan, aku orang Kelantan, aku tahu mana letaknya harapan, aku tahu mana impian seluruh Red Warrior. Tapi aku tidak mahu juga menidakkan kemampuan Sime Darby.Kemampuan mereka mengalahkan Terengganu tidak harus dipandang mudah.Aku mahu bersorak, aku mahu melompat di bukit jalil sabtu ini. Seluruh peminat red warrior mahu semua itu..Aku harapkan, sumpahan bukit jalil dan Piala FA akan berakhir Sabtu ini. Maaf Sime Darby, Sabtu ini Sang Kijang tidak mahu lagi menangis..Kami hanya mahu menangis gembira.Gelombang Merah akan memecahkan keheningan malam Bukit Jalil Sabtu ini. Mulakan 'countdown' 19 Mei nanti.

p/s esok aku janji Butler Identity, Butler Ultimatum dan Butler Supremacy..dah agak lama tak bercerita pasal Inter..akan 'wrap up'

Sunday, May 13, 2012

Lagi seminggu mahu Final Piala FA 19 Mei

Semalam siapa yang pergi ke stadium Kelana Jaya boleh perhatikan berapa ramai peminat Kelate dari Lembah Klang berhimpun di dalam stadium memberikan sokongan kepada Red Warriors. Pastinya sesiapa yang datang tengok game semalam akan teruja kerana begitu ramai peminat Kijang datang menyorak semangat kepada anak-anak buah Bojan Hodak.Dan aku dan kawan aku semalam berani katakan yang game semalam boleh diibaratkan sebagai pra-final Piala FA yang akan berlangsung Sabtu depan di Bukit Jalil. Semalam stadium Kelana Jaya dah penuh dengan rata-rata orang Kelantan dari Lembah Klang.Sabtu depan, Bukit Jalil akan penuh dengan seluruh peminat Kelantan yang berada di seluruh semenanjung Malaysia. Piala FA satu-satunya Piala yang belum lagi Kelantan julang dan setelah tewas 2 kali dalam final sebelum ini, final sabtu depan adalah medan terbaik untuk dapatkan piala tersebut. Prestasi Kelantan juga cemerlang sekarang, tiada kekalahan dalam saingan tempatan sejak tunjuk ajar dari Bojan Hodak.Senarai penjaring untuk skuad Kelantan juga semakin hari semakin bertambah. Jika dulu hanya penyerang diharapkan untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tetapi sekarang, dengan rotation yang dibuat akbiat kepadatan jadual, seolah-olah satu hikmah datang daripada FAM, apabila bukan saja penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan Kelantan menyumbangkan gol. Lihat saja gol yang dijaringkan oleh Farhan. Lihat pula bagaimana Rizal Fahmi, seorang pemain center back menjaringkan gol bertemu Lions. Obina tajam dengan tandukkannya.Dan semalam pula, Apke, seorang penjaga gol mampu membuat assist untuk gol ketiga Kelantan dijaringkan oleh Ghaddar.Daudsu pernah jaringkan gol dengan freekick. Piya semalam nyaris jaringkan gol dengan freekick. Roypy juga jaringkan gol bertemu Perak. Indra jaringkan gol freekick dalam saingan AFC. Jadi sekarang diatas kertas, berdasarkan prestasi semasa, Kelantan mempunyai cukup ramuan untuk terus mengutip kemenangan dalam setiap perlawanan. Hanya satu kelemahan Kelantan iaitu mentaliti. Bojan pernah meluahkan rasa begini selepas lawan Ayewardy tempoh hari..Kelantan mampu menang dengan jumlah jaringan yang besar setiap kali perlawanan sekiranya setiap pemain amalkan permainan penuh berdisiplin tetapi, apabila selalu dibuai kemenangan, rasa ego diri akan mula masuk. Satu lagi adalah tekanan. Tiada pasukan di Malaysia yang lebih terasa tekanan seperti apa yang Kelantan rasakan. Tekanan yang paling besar adalah daripada penyokong yang fanatik.Tetapi sebenarnya tekanan ini adalah senjata utama Kelantan. Sabtu depan, tekanan yang datang daripada beribu-ribu peminat, penyokong Red Warrior yang memenuhi segenap ruang stadium nasional Bukit Jalil akan memberikan kekuatan kepada anak buah Bojan Hodak sekalian. Sabtu depan gelombang merah akan memenuhi Bukit Jalil. Gelombang merah yang hadir dengan semangat cintakan negeri dan penuh sukarela, rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.Gelombang merah yang akan bertempik, melaung, bersorak...Gomo Kelate Gomo

Friday, May 11, 2012

PKNS vs Kelantan 12 Mei 2012

Malam esok misi menumbangkan Singa dari negara seberang berterusan. Saingan Liga Super akan bersambung dan Kelantan akan turun untuk terus mencari 3 mata .Malam esok di Lembah Klang Kelantan akan bertandang menentang PKNS. Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan ini bertemu di Kota Bharu dan keputusan adalah seri 1-1.Pada perlawanan itu, barisan pemain Kelantan dilihat tidak bermaya apabila melepaskan gol walaupun sudah berada di hadapan. Kali ini, PKNS dilihat semakin meningkat naik meskipun ada beberapa keputusan yang tidak konsisten seperti menang dengan Lions di KL tetapi tewas besar di Jalan Besar.Kehadiran pemain importnya benar-benar mengubah barisan tengah PKNS. Dibawah Hj Abdul Rahman, PKNS adalah satu pasukan kelab yang patut digeruni. Kelantan pula masih belum tewas di bawah pimpinan Bojan Hodak dalam saingan tempatan. Tetapi Kelantan berdepan dengan sedikit tekanan kerana perlawanan akhir Piala FA pada sabtu 19 Mei 2012. Meskipun begitu, Kelantan membawa momentum yang besar setelah menewaskan Lions dan Ayewardy di gelanggang sendiri. Mat Yo pasti mahu kembali mencari sentuhan penyudahnya. Bojan Hodak ada meluahkan rasa perlunya disiplin taktikal dalam setiap perlawanan yang pemain-pemain Kelantan tempuhi selepas ini. Malam esok satu perlawanan yang menarik akan dilangsungkan di Stadium Kelana Jaya.Kepada penyokong dan peminat Red Warriors yang berada di Lembah Klang, sama-sama memberi sokongan yang hebat kepada pemain-pemain Kelantan malam esok. Gomo Kelate Gomo

Wednesday, May 9, 2012

Pelajar pelik

Pelajar dalam universiti-universiti kat negara kita nie pelik...

pelajar akan awal kalau nak tengok filem-filem kat TGV atau GSC
tapi selalu akan lambat atau tak datang terus ke kelas

pelajar boleh tahan tak cakap sepanjang 2 jam lebih tengok filem Avengers
tapi kalau dalam kelas 1 jam, 3 minit je beri tumpuan kat pensyarah kat depan

pelajar akan tahan tak keluar pergi tandas kalau tengok filem 2, 3 jam
tapi dalam kelas 1 jam pun dua tiga kali pergi tandas

pelajar akan pakai baju cantik-cantik kalau nak berdating
tapi kalau ke kelas pakai ala kadar je malah kadang-kadang pakai baju nak tidur

pelajar rela habis banyak duit beli barang-barang kat supermarket
tapi kalau nak kena bayar nota kelas liat sangat

pelajar sanggup redah hujan, traffic jem kalau nak tengok bola atau sebagainya
tapi kalau pensyarah nak buat kelas gantian, ramai yang takde

pelajar sanggup buat persiapan awal-awal kalau nak balik rumah bercuti
tapi kalau nak hantar apa-apa tugasan, memang akan buat last-last minit

pelajar sanggup ponteng, buat ala kadar setiap peluang yang diberikan
tapi bila peluang dah takde ramai yang menangis, menyesal atas peluang yang ada

pelajar cepat berbangga dengan benda yang mereka belajar
tapi pelajar tak tau masa kerja tak semua benda masuk

Wordless Wednesday - chin deep workload


Tuesday, May 8, 2012

Kelantan ke pusingan kedua AFC

Nwoha berjaya menjaringkan gol malam nie.Daripada barisan pemain yang diturunkan malam nie, memang terserlah yang Bojan mengambil pendekatan untuk berhati-hati dan mengarahkan pemain-pemain Kelantan bermain tanpa tekanan. Perlawanan ini juga sebagai satu pendekatan untuk merehatkan beberapa pemain setelah melalui satu rentetan perlawanan yang amat penting. Mujur Arema yang menang petang nie menghilangkan tekanan kepada kelantan dalam perlawanan malam nie.Dan dengan kemenangan Kelantan ini, Kelantan mengesahkan juara kumpulan seterusnya menanti naib juara kumpulan H untuk pusingan kedua nanti. Dengan juara kumpulan AFC ini, kelantan akan dapat bermain pusingan kedua di halaman sendiri. 2 pasukan yang akan berentap esok akan menjadi lawan Kelantan pada pusingan kedua nanti iaitu samada Kitchee daripada Hong Kong ataupun Terengganu. Adalah satu kerugian kepada bola sepak negara sekiranya Terengganu yang akan bertemu Kelantan di pusingan kedua nanti. Di harapkan Terengganu dapat menang esok dan menjadi juara kumpulan mereka.
Kelantan pula lega setelah berjaya melangkau sasaran awal dengan melangkah kaki ke pusingan kedua. Sekarang Bojan akan kembali tumpukan perhatian kepada PKNS dalam saingan Liga Super dan seterusnya menyiapkan diri untuk perlawanan akhir Piala FA dengan Sime Darby pada 19 mei nanti. para peminat dan  penyokong red warrior pastinya sekarang ini menyiapkan diri untuk ke perlawanan akhir nanti yang belum disahkan akan berlangsung di Bukit Jalil. Tiket khabarnya sudah ramai yang tempah. Tahun ini kali ke 3 Kelantan masuk ke Perlawanan Akhir Piala FA dan setelah kempunan 2 aksi sebelum ini kepada Selangor dan Terengganu, Kelantan tidak mahu lagi terus gagal mendakap satu-satunya piala yang belum lagi ada dalam koleksi Kelantan.
Akhir kata, tahniah kepada semua pemain-pemain Kelantan pada malam ini. Tumpuan beralih kepada saingan liga super kembali untuk hujung minggu nanti. tahniah juga kepada Bojan Hodak. Gomo Kelate Gomo

Saturday, May 5, 2012

Samsung Galaxy S3


Aku bukanlah seorang yang gila gadget..Boleh tengok kepada hp aku pakai..Tapi sekali sekala bila ada benda baru yang kuar, terliur jugak tengok. Sebelum nie member aku duk offer galaxy note..iphone tue memang dah lame berkenan. sekarang pula aku duk tengok galaxy s3 yang baru dilancarkan. aku dah pakai dua telefon samsung, walaupun hp aku murah je tapi aku boleh katakan yang samsung memang berbaloi. Dan daripada review yang dikatakan mengenai samsung galaxy s3 nie, ia satu lagi smartphone yang akan membuatkan pencabar-pencabar samsung yang lain terpaksa memerah idea lagi..Seperti yang aku katakan sebelum nie, aku bukanlah seorang yang gila gadget jadi aku tak berapa pasti sangat dengan function, os, dan apa-apa lagi yang berkaitan dengan smartphone. Yang aku pasti, sekiranya satu masa aku pakai smartphone, smartphone tersebut akan menjadi satu alat yang cukup-cukup berguna dengan kalau boleh semua function yang ada dimanfaatkan untuk kegunaan seharian baru lah tidak rugi kan.Kalau hp setakat guna untuk call dan sms, aku tetap katakan yang nokia 3310 adalah hp yang terbaik dalam generasinya..Apa-apa pun, galaxy s3 nie akan masuk dalam list impian aku.semoga satu hari nanti mampu dan berhak untuk pakai hp sebegini.

Friday, May 4, 2012

Kelantan vs Lions XII 4 Mei 2012


Kalau zaman dulu-dulu, ramai orang kata , ramai anak muda Kelate pergi cari kerja ke Singapura.Malah, ayah aku sendiri pernah kerja sekejap kat Singapura.Selain dari itu, Singapura, bagi Kelantan adalah satu tempat yang agak asing berbanding dengan Thailand yang hanya bersebelahan.Dari segi bola sepak pula, setelah Singapura diharamkan dalam liga malaysia akibat kes judi dan rasuah bola, Singapura dan Kelantan langsung tidak ada kaitan.Tetapi musim ini, musim pertama Singapura kembali ke kancah Malaysia, musim kedua Kelantan dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga super, kedua-dua pasukan ada banyak benda yang hendak dibuktikan.
Singapura sekarang berada di tangga teratas liga tetapi dengan kelebihan 3 perlawanan. Kelantan dipisahkan dengan 5 mata dan sekiranya kelantan berjaya mencari 2 kemenangan dari tiga perlawanan, Kelantan mampu memintas Singapura. Kelantan dan Terengganu (seingat aku) adalah pasukan yang berjaya menewaskan Singapura dalam Liga Super pada tahun ini. Dan malam ini ditempat sendiri, Kelantan mahu terus mendaki takhta liga.Di hadapan penyokong sendiri, bersama sokongan padu peminat setia, bersama motivasi kemenangan di Alor Setar tempoh hari, Kelantan cukup bersedia melayan kedatangan Singapura. Satu benda yang menarik mengenai Kelantan pada musim ini adalah, kebanyakkan kemenangan yang dimenangi oleh Kelantan adalah apabila pasukan lawan terlebih dahulu menjaringkan gol.Jadi peringatan kepada Singapura, jangan biarkan Kelantan mendapat motivasi tambahan setelah ketinggalan jaringan kerana Kelantan pasti akan bangkit dan akan memenangi perlawanan. Sama seperti perlawanan pertama kedua-dua pasukan ini dalam liga super dimana Singapura terlebih dahulu jaringkan gol dan kelantan bangkit dengan 2 gol seterusnya memenangi perlawanan.
Semua orang mengakui kekuatan pasukan Singapura. Malah, hampir separuh skuad ini mengagalkan skuad Rajagopal pada tahun lepas.Jadi perlawanan malam ini cukup hebat dan berprestij. Ia akan menentukan hala tuju Liga Super. Kelantan mahu mencapai kemenangan sebanyak mungkin sebagai persediaan kepada Final Piala FA, 19 mei nanti..Singapura mahu terus menjarakkan diri dengan Kelantan dan Terengganu. Malam ini Kijang dan Singa akan berlawan. Kita sama-sama nantikan apa jua keputusannya nanti. malam ini, gomo kelate gomo.

p/s..rajagopal katanya pilih Kelantan malam nie.

Thursday, May 3, 2012

Wednesday, May 2, 2012

Final Piala FA 2012 Kelantan vs Sime Darby



Syukur.Semalam sangat berpuas hati.Hasil jaringan di tempat lawan, Kelantan akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Final Piala FA nanti yang akan bertemu dengan Sime Darby..Satu permainan yang cukup hebat.2 gol dalam separuh masa pertama untuk kedah cukup melukakan hati Red Warriors tapi 2 gol dari Kelantan dalam separuh masa kedua kembali menghidupkan semangat peminat dan penyokong Red Warriors.Tahniah kepada semua. Bojan Hodak yang masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah red warriors di arena tempatan. Kepada pemain yang berusaha keras di atas padang.Kepada penyokong dan peminat yang tidak henti-henti memberikan semangat, melaungkan sokongan kepada skuad Kijang
19 mei nanti, Kelantan sekali lagi akan berentap merebut piala FA. Setelah tahun lepas dikecewakan skuad Penyu, Kelantan kembali dengan azam yang lebih kuat. Januari lalu Kelantan telah gagal mendakap piala sumbangsih tewas kepada Negeri Sembilan, kali ini perlu mengatasi Sime Darby dalam usaha untuk menjulang Piala FA yang terlalu liat untuk Kelantan julang sebelum nie.19 mei nanti gelora merah akan memenuhi stadium, laungan Gomo Kelate Gomo akan berkemundang. Persiapkan diri semua peminat dan penyokong.Bas akan mula ditempah. Baju akan mula dibeli. Kain rentang akan mula diconteng.Duit akan mula disimpan.Tiket akan mula ditanya.Harus diingat, Sime Darby adalah satu pasukan yang  bukan calang-calang kerana berjaya mengikat Terengganu.Berkat doa dan harapan negeri serambi Mekah ini, kita pasti akan mengegarkan stadium 19 mei nanti..Gomo Kelate Gomo

p/s..agok-agok berapa FAM nak bagi tiket ko SimeDarby dan Kelantan.Macam mana pembahagian tue nak dibuat? Ore Kelate kijo ngan Sime Darby nok sokong alik mano? antara kerjaya dan negeri tumpah darah?

Tuesday, May 1, 2012

Syukur

Alhamdulillah.syukur.diberikan peluang sekali lagi.takkan sia-siakan peluang nie.akan baiki.akan jadi lebih baik.akan jadi terbaik.terima kasih sayangku

Jom Share