Sunday, September 30, 2012

entering october

another month to run
another obstacles to face
another road to take
another mistake to make
another smile to fake
another memory to forget
another pain to kick
another scar to change
another tears to wipe
another chapter to write
another book to close
another novel to read
another blood to clean
another..just another..
again..and again..again

Friday, September 28, 2012

Pergi akhirnya WDJ

Akhirnya berpisah.
Setelah beberapa tahun bersama akhirnya sedikit masa lagi WDJ akan bertukar tuan
Setelah berkhidmat untuk beberapa tahun, kali ini WDJ akan bertukar.
Banyak memori bersama WDJ.
Sudah banyak tempat WDJ pergi walaupun dengan keadaan yang sedemikian
Terima kasih untuk semuanya
Akan sentiasa ingat
Akan sentiasa ingat jasaWDJ
aku tahu WDJ akan terlipat dalam sejarah di Terengganu
WDJ touch many hearts before
and now must move on
as in life, the world will always keep changing
just have to move on.
Terima Kasih WDJ.
Jasa akan sentiasa dikenang
banyak belajar pasal kereta dari WDJ
pernah basah sebab bocor kena hujan
pernah rosak tengah jalan
pernah tak leh nak hidup pagi2
pernah kena tunda malam2
tak kisah orang kata kereta buruk
tak kisah orang hina kereta lama
WDJ tetap di hati

Thursday, September 27, 2012

Pembentangan Belanjawan 2013

10 Benda yang tak mungkin terjadi dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh PM kita


  1. Harga Rokok Turun - memang tak akan la kan
  2. Tempoh belajar di Universiti dikurangkan - kau gila?
  3. Pengurangan cukai kepada rakyat berpendapatan rendah dan penambahan cukai kepada rakyat pendapatan tinggi - (kroni-kau gila ?)
  4. Harga kereta Proton dan Perodua akan diberi diskaun sebanyak 40 peratus sejajar dengan kos dibuat dalam negara - memang mimpi je lah
  5. Cukai Kenderaan Luar dikurangkan sebanyak 50 peratus dalam usaha menjadi ekonomi kompetitif - mati la geng-geng pegang AP seme tue
  6. Subsidi Minyak dalam negara akan dinaikkan - malam esok jugak aku beratur isi minyak dalam treler 
  7. Cukai Arak dinaikkan lagi - yang nie memang tak sebab nantikan 1Malaysia
  8. Bonus kakitangan Kerajaan lagi sebulan - serta merta the o ais kedai mamak naik jadi RM2
  9. Pemotongan elaun bagi jawatan bertaraf A bagi tampung subsidi rakyat kelas rendah - kau ingat geng dato-dato setuju?
  10. Pinjaman PTPTN diberi diskaun mengikut CGPA dan kos tadbir dikurangkan lagi - serta merta aku akan melompat tepuk kaki.

Lagi 50 nak cukup 1000


Misi semakin hampir kepada nombor 1000.
Kalau nak kira pada speed memang slow la post dalam blog aku nie tapi tak mengapalah, sekurang-kurang dapat jugak blog aku nie cecah angka 1000 walaupun mungkin orang lain dah lama cecah angka tersebut.
Walaupun tak besar tapi angka nie boleh dianggap sebagai satu pencapaian bagi blog nie.Aku tak kejar pape pun dari blog nie.Ya, orang lain ada yang kaya raya dengan nuffnang la dan pebenda lagi.Ada juga yang terkenal dengan tulisan mereka.
Blog aku sekadar tempat aku nak tulis apa yang aku rasa nak tulis.Ada penulis blog suka letak gambar, ada suka cerita pasal diri sendiri, ada suka nasihati, ada suka bubuh lagu, ada yang menjual beli.Terserah pada kehendak dan minat masing-masing kan.Dan aku akui blog aku nie kalau aku duk review daripada awal dulu memang banyak pasal sukan terutama sekali bola sepak.Tapi aku tetap sebegini, ada masa aku tulis, aku akan tulis dan luah apa saja.Ada masa orang banyak, ada masa orang komen, terserah kepada semua.
Dalam blogging macam-macam cara boleh dibuat.ada yang buat blog kemudian tinggal.Ada yang buat blog kemudian fokus betul-betul.Ada yang cerita macam-macam dalam blog.ada yang sangat perahsia dalam blog.ada yang menipu dalam blog.ada yang bersandiwara dalam blog.seribu satu macam blog ada dalam dunia internet nie. Bagi aku, ade setengah benda bleh kongsi, ada setengah kena simpan. ade orang tgk sisi aku lain, ada orang tgk gaya aku lain.masing-masing ada pandangan tersendiri.
jadi sekian dulu untuk post yang ke 950 ini.Insyaallah aku akan usahakan sebelum tahun ini berakhir 1000 post berjaya ditulis dalam blog ini.

Tuesday, September 25, 2012

Dari Ustaz Azhar Idrus


Ini Ustaz yang kata, bukan aku kata..rajin yang penting.rajin masak lama-lama confirm jadi pandai dan lama-lama confirm suami tue jadi gemuk dan tak lari lain sebab perut dah naik.so, suami isteri kena berpakat sama-sama rajin memasak lah ye.

p/s..balik cari majalah Saji..haha

Monday, September 24, 2012

Suku Akhir Piala AFC 2012

Malam esok pertarungan kali kedua saingan suku akhir AFC Cup antara Arbil FC dan Kelantan Fa di Kota Bharu.
Pertarungan maruah.Kelantan tewas 5-1 pada pertemuan pertama pada minggu lepas di Iraq.
Jika diikutkan pada logik,hanya sedikit peluang yang diletakkan kr atas Kelantan dlm menempatkan diri ke saingan separuh akhir kerana perlu menewaskan Arbil 4-0 di tempat sendiri.ini kerana Arbil mempunyai barisan pemain yang bersaiz lebih besar dan corak permainan yang ditunjukkan tempoh hari amat jauh perbezaan dengan Kelantan.Tetapi Kelantan akan mendapat sokongan padu dari peminat red warrior yang fanatik dan setia.Stadium keramat KB sentiasa menjadi gelanggang yang menjadi medan bagi pasukan Kelantan mendapat kemenangan dan pada tahun ini Kelantan masih belum tewas kepada mana-mana kelab lagi.
Malam esok pastinya Kelantan mahu menjaga maruah dan martabat liga negara daripada terus di malukan pasukan dari luar negara.
Malam esok Kelantan akan menggunakan peluang yang ada untuk memberikan tentangan sengit dalam mendapatkan kemenangan.
Sama-sama saksikan perlawanan malam esok.Gomo Kelate Gomo

Sunday, September 23, 2012

dilema

mahu pergi ke tidak
belum panas lg yang lama nie
yang baru belum tentu lagi elok
yang lama sudah terbiasa
yang baru perlu tempat baru
yang lama sudah pandai
yang baru ada sedikit musykil
yang lama rasanya dah buang kejanggalan
asyik fikir tidak kemana
asyik merenung tidak kesudahan
sebelah kata sana
sebelah kata sini
itu mungkin terbaik
ini mungkin terbaik
masih ada masa
masih ada ruang
perlu tengok jauh
mesti lihat hadapan
hati kata lain
otak kata lain
akhirnya terletak dalam diri sendiri

Saturday, September 22, 2012

akhirnya aku balas

hutang.satu benda yg menggerakkan dunia ini.tiada manusia mampu hidup tanpa hutang.samada hutang dalam bentuk duit atau budi atau nyawa.hutang di dunia mahupun di akhirat sana.hutang pada org.pada rakan2.dan pada yang maha esa.
sekarang aku menunggu masa.sedikit masa lagi aku akan langsaikan hutang pada org terdekat aku.hutang kepada rakan ku juga akan dilangsaikan.aku tak kisah pada hutang org lain kepada aku.sekarang aku hanya berhutang kepada diri aku sendiri dan Allah.aku akan membalas semuanya.sedikit masa lagi aku akan tinggalkan semua hutang.dengan tenang.denggan senyuman.hutang yang dibawa mati.hutang yang ditinggal di dunia.aku banyak berhutang pada diri sendiri.dan sekarang.sedikit masa lagi.semuanya akan ditebus hutang itu.semuanya utk aku.semuanya utk dunia.semuanya utk akhirat.
itu yang terbaik.dan takdir.hutang membawa ke mati.aku gembira.aku senyum.aku tenang.aku tak takut.

Thursday, September 20, 2012

its must be so funny that i had to laugh


people said laughter is the best medicine
it is damn true..hahahaa
life is funny.hahaha
is not funny?hahahaa
give examples..
people work hard,honest get little pay
people sit all day,sleep all night,get connection here and there get more salary,more money.
hahhaha
the rule of jungle in this city.the strong prey on the weak..hahahaha
the strong get the best food.hahahha
in this world people dont look at you,they judge by your power,your money,your past,your big car,your big house,your big pocket.hahahah
who care you honest or not.hahahaha
who care you humble or not.hahaha
people judge the fat people.hahahah
people judge the ugly people.hahaha.
people salute who got fair face.hahahha
people adore who have nice voice.hahahahh
people will always be people rite.hahahah
well.just keep on laughing..hahahah
what can you do..what should you do?hahahaha
not a damn thing..hahahaha
not a single thing.hahahaha
nothing except for yourselves.hahaha
right now..just keep on laughing..hahahah.

Wednesday, September 19, 2012

Wednesday Mumbling

wednesday already
taking a giant steps next few days
3 months already
having a freaking roller coster before
3 years already
what it could have been
6 years already
look how it turn out to be
a minute had passed
still waiting for food
damn mamak!

Arbil FC 5 - Kelantan FA 1

Semalam berlangsung perlawanan suku akhir pertama AFC di Iraq diantara Arbil FC menentang Kelantan FA. Arbil merupakan jagoan dari Iraq manakala Kelantan mewakili Malaysia selaku Juara Liga Super dan boleh dianggap sebagai pasukan terbaik dari Malaysia. Kelantan hadir menentang Arbil dengan hampir separuh pemain utama tiada akibat penggantungan, kecederaan dan masalah lain.
Separuh masa pertama Kelantan berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan 1-1 hasil penalti Piya. Tapi apabila memasuki separuh masa kedua, Arbil meningkatkan asakan dan akhirnya berjaya mendapatkan 4 gol menjadikan 4 gol.Jika dilihat memang terdapat jurang perbezaan yang sangat besar antara Arbil dan Kelantan tetapi ini adalah satu pengalaman dan pendedahan yang sangat berguna bagi skuad Kelantan.Beraksi di pentas antarabangsa. Barisan pertahanan Kelantan yang dibarisi semuanya bukan pilihan pertama akibat ketiadaan pemain utama seperti Subra, Obinna,memang begitu longlai dalam menahan asakan daripada kepantasan pemain-pemain bertubuh besar Arbil yang kebanyakannya adalah pemain negara Iraq.Satu faktor yang cukup memberi kesan lagi kepada persembahan Kelantan di pentas antarabangsa adalah keletihan akibat jadual yang padat.
Namun kekalahan yang pertama ini bukanlah satu keputusan yang sangat mengecewakan malah ini semua adalah pendedahan yang sangat berguna bagi pasukan Kelantan untuk terus maju. Pemain-pemain Kelantan boleh menjadikan perlawanan ini sebagai satu pentas untuk mempersiapkan diri dalam saingan suku akhir Piala Malaysia nanti menentang Felda United.
Kelantan tidak perlu begitu kecewa kerana memang jurang perbezaan begitu besar Liga negara kita, bukan liga asia tenggara berbanding negara-negara timur tengah.Pasukan asia tenggara lain juga seperti Arema dan kelab dari Thailand tewas dalam perlawanan pertama masing-masing.
Peminat Red Warrior aku rasa tidak begitu kecewa dalam perlawanan ini kerana harapan yang tidak begitu tinggi diberikan.Dalam perlawanan kedua di KB nanti pastinya Kelantan tidak mahu maruah terus dicalar dihadapan penyokong sendiri.Dengan kembalinya beberapa pemain utama untuk saingan di KB nanti, Kelantan mampu bangkit dan pasti berupaya membuktikan sesuatu nanti, sekurang-kurangnya menjaga maruah agar tidak lagi teruk dicalar.
Apa-apa pun , Gomo Kelate Gomo Selamanya...Nantikan saingan kedua di KB pada 25 hb nanti.

Monday, September 17, 2012

Di Sepak Di Tendang



Hidup nie macam permainan bola sepak.Dalam kerancakan saingan bola sepak sekarang tak dapat tidak ramai kaum lelaki sanggup berhempas pulas menyokong, melaung, bersengkang mata, berhabis duit untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pasukan yang mereka minati.Dan dalam kehidupan realiti yang penuh cabaran ini, bola sepak adalah salah satu tempat bagi sesetengah orang melepaskan perasaan, mencari ketenangan di sebalik segala dugaan hidup. Kerana bola sepak sebenarnya bukanlah sekadar satu permainan di mana 11 orang diadili 3 orang pengadil dan sebiji bola sepak dimainkan diatas padang di dalam sebuah stadium. Bola sepak adalah gambaran kepada sebuah kehidupan.
Seperti dalam hidup, bola sepak adalah satu kitaran yang sentiasa berputar. Adakalanya satu pasukan mampu menang besar, ada kalanya satu-satu pasukan akan kalah teruk.Dan yang lebih menyakitkan apabila kalah teruk ke tangan pasukan yang memang musuh seteru. Sama juga dengan kehidupan.Adakalanya kita akan gembira.Mendapat jawatan tinggi, mendapat kontrak perniagaan yang mewah, dapat isteri baru, dapat anak baru, dapat kekasih baru, dapat gaji besar.Tetapi adakalanya, kita akan berdepan dengan kekalahan yang cukup mengecewakan dan sangat sedih. Ada sesetengah orang bercerai atas sebab tertentu. Ada orang terpaksa mencari kerja baru. Ada pekerja yang dipecat. Ada orang terpaksa berpindah ke rumah baru. Ada orang kehilangan kekasih. Ada orang kematian anak. Ada orang ditimpa kemalangan dan bermacam-macam lagi.
Bola sepak juga adalah teman terbaik.Kerana ia banyak mengajar manusia erti kesabaran.Selagi wisel tidak dibunyikan oleh pengadil, selagi itulah permainan berlangsung dan selagi itulah harapan ada. Tetapi kadangkala dalam bola sepak, segala kekalahan, segala keputusan perlu diterima dengan tenang. Kesabaran. Ada pasukan walaupun berjaya menjaringkan 4 gol tetapi masih lagi kalah dengan jaringan 4-5 kepada pasukan lawan. Dan para peminat akan mencemuh. Para peminat sama seperti orang sekeliling kita.Ada masa menang, para peminat akan memuji dengan menggunung. Ada masa kalah, para peminat akan mengeji, mengutuk sehina-hinanya. Tetapi di akhirnya, apa yang dapat dilakukan adalah sekadar bersabar. Sama seperti dalam hidup.Ada masa kita senang, ramai akan memuji kita.ramai yang mencari kita.ramai yang tersenyum dengan kita. Ada masa kita susah, sedikit yang menemani kita. sedikit yang mengingati kita. Sedikit yang mengambil tahu hal kita.Apa yang terbaik dilakukan adalah bersabar kerana itu sahaja jalan yang mampu dibuat oleh manusia yang betul-betul kuat.
Sama dalam bola sepak, tidak semua harapan, apa yang kita mahukan mampu kita capai. Para pemain bola sepak mahukan setiap perlawanan dimenangi.Para jurulatih dambakan setiap perlawanan dikuasai. Para peminat gilakan setiap perlawanan dimenangi dengan bergaya.Seperti dalam hidup, setiap hari kita mahukan hari yang bahagia. Hari yang gembira. Hari yang sentiasa penuh dengan keceriaan.Setiap kerja yang kita lakukan mahukan balasan yang setimpal.Tetapi dalam hidup dan juga bola sepak bukan begitu suratannya.Mungkin dalam minggu ini pasukan kita minati menang besar, tetapi di minggu hadapan kita mungkin tewas dengan kelab yang memang tidak disangka-sangka. Dalam hidup juga perjalanan sentiasa akan berliku. Kerja tidak semuanya indah seperti bulan lepas, tahun lepas ataupun semalam.Keadaan sosial tidak juga sama seperti semalam, minggu lepas ataupun tahun lepas.Semuanya akan sentiasa berubah.
para pemain akan sentiasa bertukar pasukan bola sepak.para jurulatih akan datang dan pergi.Para peminat akan bertambah dan berkurang.tetapi 'passion' bagi pasukan bola sepak, 'pride' bagi satu-satu pasukan bola sepak akan sentiasa ada. perasaan cinta kepada bola sepak tidak akan luntur.biar dimamah usia, masa dan dugaan. Dalam hidup juga sedemikian.kawan-kawan akan datang dan pergi.adik beradik akan semakin lama semakin besar dan berubah.kita pada hari ini mungkin berada di Selangor, esok mungkin berada di kelantan dan siapa tahu tahun depan akan berada di Johor mungkin.yang tinggal hanyalah kenangan.para peminat bola sepak akan selalu bercerita mengenai sejarah pasukan masing-masing.sebagai satu motivasi, pembakar semangat untuk masa akan datang. Menyesal, bernasib baik , lega, puas hati, kecewa, gembira, semuanya akan sentiasa dikenang oleh para peminat bola sepak. Sama seperti hidup. Sentiasa mengenang masa lampau untuk terus bergerak ke masa akan datang.Dugaan, cabaran, kepayahan, kepenatan, kegagalan, kejayaan, keseronokan semuanya akan sentiasa datang dan pergi dalam hidup ini.Semuanya akan menjadi kenangan yang membentuk menjadi pengalaman yang sangat-sangat berharga untuk dijadikan bekalan menghadapi perjalanan yang masih jauh di hadapan.
Jadi, bola sepak sebenarnya bukan sekadar satu permainan. Bola sepak adalah satu kehidupan.Bola sepak adalah teman terbaik.Hidup dan mati semua ditangan Tuhan.Yang pasti hidup dan mati bola sepak adalah di mata dan hati seseorang peminat bola sepak yang sebenar.

Friday, September 14, 2012

Derby Pantai Timur - Kelantan 6 - Terengganu 1


Bereh.Tamat Sudah..Malam nie semua terjawab.Langkah berikutnya mula diatur.Memang selalu orang kata save the best for the last.Bukan mahu menidakkan kehebatan Terengganu tapi malam nie mungkin dicampur keramat stadium Kelantan, dendam kalah pada perlawanan pertama di Kuala Terengganu,Butler yang habis idea, masalah dalaman bagi pasukan Terengganu, kepakaran para pemain Kelantan, Kelantan berjaya menewaskan Terengganu dengan jaringan yang cukup besar.Malah aku berani jamin tiada seorang peminat Kelantan pun berani meramalkan keputusan sebegini untuk malam ini.Lagi manis, kemenangan besar sebegini dilakukan di hadapan penyokong sendiri, disaat tekanan paling tinggi. Malam ini Kelantan memang sangat perlukan kemenangan setelah seri dengan Kedah sebelum ini dan untuk melayakkan diri ke saingan suku akhir.Dan terbukti dengan kemenangan besar ini, bukan sahaja Kelantan layak ke suku akhir, dapat menambahkan lagi duka kepada skuad Terengganu, malah dapat laluan yang diatas kertas boleh dianggap muda apabila diundi akan bertemu Felda United.Saingan yang seterusnya pasti menantikan Gergasi Misi 33, Selangor, satu lagi pasukan yang memang seteru dengan Kelantan.
Tahniah kepada seluruh skuad Kelantan kerana menunjukkan motivasi yang begitu tinggi malam ini. Tahniah juga kepada Bojan kerana bijak mencatur taktikal yang membuahkan hasil yang cukup manis di hadapan penyokong sendiri. Kemenangan besar sebegini kembali membakar semangat pemain dan juga para penyokong Kelantan yang terbukti sentiasa mahukan yang terbaik untuk pasukan Kelantan.Dan Kelantan pastinya akan terus meningkat seiring dengan saingan suku akhir dan separuh akhir dan misi utama melangkah sekali lagi ke Bukit Jalil dan mendakap Treble yang pertama.
Untuk mengulas perlawanan malam ini, aku dapat katakan Farhan dan Piya bijak mencuri peluang. Farhan dan Piya membuktikan bahawa mereka masih lagi pemain yang perlu diberi perhatian dan sepatutnya mendapat tempat dalam skuad Rajagopal. 2 gol dari Farhan dan 2 gol dari Piya cukup membuktikan mereka adalah antara pemain yang cukup berbisa.Afiq membalas kepercayaan dan dilihat semakin serasi dengan skuad Kelantan. Shakir seperti biasa antara midfield general cukup berdisiplin diatas padang. Obinna memang kapten dibarisan bawah. Apek walaupun tidak diuji tetapi apabila tiba saat genting di hadapan gol, dia masih membukti kenapa dia adalah penjaga gol no 1 malaysia. Indra masih lagi konsisten dan gol ke enam daripadanya cukup padu.Daudsu tidak kurang juga jasa dalam skuad Kelantan dan masih lagi kental dibawah dan menjadi ancaman apabila naik ke bahagian tengah. Roya walaupun kadang kala dikritik tapi malam nie membukti dia berhak bersaing untuk mendapat kesebelasan utama. Nik Azim dan Mafry Balang membuktikan mereka juga layak untuk bersaing merebut kesebelasan utama.
Sekali lagi.tahniah kepada semua.Seluruh Kelantan bergema malam ini. Misi berikutnya 28 September, Suku Akhir Pertama..Kali ini budak-budak sawit menanti.Kelantan akan terus mara. Sebelum itu, terlupa, akan menimba pengalaman cukup berharga dan mahu mencipta kejutan dengan bertandang melawan Arbil saingan suku akhir AFC.

Sekian..Gomo Kelate Gomo.


Jadual Suku Akhir Piala Malaysia.

Lions XII FC mln Pahang FA
Selangor FA mln Johor FC
KELANTAN FA mln Felda United FC

N.Sembilan mln ATM

Monday, September 10, 2012

Jersey Red Warrior 2013


Antara Rekaan awal Jersey baru Kelantan - The Red Warrior untuk musim depan. Memang stylo orang cakap.Ringkas..Cantik.Tapi harga jangan cun jugak la kan.Mohon Nike amek design nie.

Saturday, September 1, 2012

This is it

And it finally arrive here.it should had been done earlier.way back.it should have never happen.it was a mistake to think again.but on the bright side time is all at fault.it had to be this way.its for the best.and now just like before hoping time will heal everything.but this time it was way different.it was not like before.but time can not be recalled.
So have to take it anyway.time will heal people say.scars will always be there.pain just the best remedy for eveeything.for human the world is everything.everyone chase the time of the future.but me chasing the present of all the past.
Sometimes things just had to be silent as they were.sometimes all had to be let go.sometimes silent is all life need.sometimes somewhere somehow all will be ok.because life is just the way it is.its how we want it to be.how we choose.how people judge.life is making people happy. People change.people forget.past present future.what is the different?only pain and scars that left.smile just a false hope.to amend the time..to repair the wrongs..only time is needed.for better.or for worse.let time decide.because we,human are all slave of our own heart.its better to be heartless than to be mindless.

Jom Share