Friday, November 30, 2012

Tan Sri Annuar Musa..FAM dan 1881

Gambar boleh ceritakan segalanya..terserah..
Kena gantung? tak kisah..Tak jadi sebab takleh masuk stadium.Kritik-kritik jugak, stadium pergi jugak. Azzudin sebelah kiri ek?

Sweetnya ayahanda dan anakanda ini.Takleh komen lebih nanti kena tangkap polis.Esok Bapa harap datang bawak kek ye.

World War Z


Another Zombie world wide invasio. Best part...Brad Pitt..Worse Part...Zombie can run like Usain Bolt.

Something to think about


Thursday, November 29, 2012

Piala AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Indonesia

Malindo
 Sabtu ini, Malaysia akan bertemu Indonesia dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan Piala Suzuki 2012. Malaysia dan Indonesia memerlukan kemenangan untuk meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya. Sabtu malam ini, Stadium Nasional Bukit Jalil akan dipenuhi penyokong dan peminat daripada dua negara berjiran yang sejak dari dulu lagi berkongsi adat, budaya dan sejarah yang sama.
Jika dilihat pada rekod pertemuan, tiada apa yang boleh dibezakan sangat dengan kedua-dua pasukan ini. Malaysia pada beberapa tahun ini memiliki kelebihan yang dengan siri kemenangan yang diciptakan oleh samada ada anak buah Ong Kim Swee dan Rajagopal sendiri. Perlawanan pertemuan antara kedua-dua pasukan ini seringkali menghimpunkan pelbagai kontroversi dan sengat yang tersendiri kerana ia lebih memainkan semangat yang berbeza dengan perlawanan yang lain.
Malaysia , segar dengan kemenangan 4-1 ke atas Laos tempoh hari pasti mahu meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya dan berharap segala perancangan taktikal yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Para peminat Malaysia pasti gembira dengan kemenangan baru-baru ini dimana para pemain Malaysia berjaya menunjukkan kehebatan mereka. Tapi , meskipun sedemikian, dengan tidak merendahkan kehebatan pasukan Laos, cabaran sebenar bagi Malaysia dalam kejohanan kali ini adalah datangnya daripada Singapura, Thailand dan juga Indonesia. Ya, kejayaan membenam Laos boleh dianggap sebagai pembukaan dalam menutup para pengkritik keupayaan skuad anak-anak buah Rajagopal tapi sebenarnya secara keseluruhannya, jujurnya pasukan Malaysia masih lagi bermain tanpa identiti yang kukuh. Manakala Indonesia yang masih lagi dibelenggu masalah dalaman yang turut memberikan kesan kepada pasukan kebangsaan mereka masih lagi dalam proses pembinaan kembali. Jika mereka mampu menewaskan Singapura jadi keupayaan mereka tidak seharusnya dipandang rendah. Ditambah lagi dengan dendam mereka untuk menewaskan Malaysia di halaman sendiri setelah mereka ditewaskan dalam final Piala Suzuki 2010, pastinya para pemain Indonesia akan bermain dengan semangat yang lebih untuk menghapuskan harapan Malaysia mengekalkan kejuaraan Piala Suzuki pada tahun ini.
Malam sabtu ini , semua mata akan bertumpu ke Stadium Bukit Jalil dan pastinya perebutan bola di bahagian tengah padang akan memainkan peranan yang sangat penting. Keupayaan para pemain tengah Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim pasti diharapkan dapat memberi sumbangan dalam merencana serangan kepada para pemain penyerang. Apa-apa pun semua harapan para peminat dan penyokong bola sepak Malaysia akan memberi perhatian yang khas kepada perencanaan Datuk Rajagopal selaku pengemudi skuad Malaysia untuk terus memberikan kejayaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Perlu diingat, seluruh rakyat Malaysia berhak untuk memuji, menyokong, bersorak, menghina dan mengkritik skuad Malaysia ke Piala Suzuki kali ini kerana daripada duit rakyat Malaysia ini lah mereka mendapat duit untuk membayar gaji Datuk Rajagopal, membayar elaun para pemain, membayar gaji para pegawai FAM dan segala-galanya adalah hak rakyat Malaysia bersama dan bukannya semata-mata terletak pada segelintir para peminat yang menggelarkan mereka sayangkan negara sehinggakan sanggup mengkritik golongan rakyat Malaysia yang mengkritik. Apabila kita semua sudah melabur dan membayar harga yang tinggi kepada skuad Malaysia, amatlah logik untuk mengharapkan balasan yang setimpal. Jika tidak berani menanggung tanggungjawab seberat ini, bagi sahaja kepada orang lain yang masih ramai beratur untuk mengambil alihnya.
Sekian..Harimau Sudahkah Bangun?

Wednesday, November 28, 2012

Monday, November 26, 2012

Saya Kenal Pemain Saya

Kata-kata keramat Datuk Rajagopal selama dia memegang takhta sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya. Tapi sesungguhnya kata-kata keramat tersebut pada malam tadi menghambur seribu satu cacian daripada seluruh peminat dan penyokong Harimau Malaya. Sehinggakan Ultras Malaya yang selama ini sedap-sedap mulut menggelarkan orang lain sebagai penyokong lalang pun jadi panas hati dengan persembahan memalukan anak-anak buah Rajagopal dengan kekalahan 3-0 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Piala AFF 2012.
Jadi dimana silapnya ? Ya, Rajagopal boleh menjawap 2 tahun lepas Malaysia turut kalah pada perlawanan pertama tapi berjaya memenangi kejuaraan tersebut. Tapi itu dulu, sekarang dah lain. Kalau tempat sendiri pun Malaysia boleh kalah harapan nak menjulang piala sekali alamat terkubur dalam Selat Melaka la jawabnya. Hari ini dalam akhbar semua kecoh reaksi perlawanan semalam. Semalam bukan sahaja Malaysia bermain teruk, kurang kreaktiviti di tengah, longlai di barisan pertahanan, tumpul di barisan hadapan, tiada keserasian antara pertahanan dan tengah dan kurang komunikasi antara tengah dan penyerang. Nampaknya eksperimen Datuk Rajagopal berjaya sebelum ini kerana spy-spy yang dinyatakan oleh Datuk Raja semuanya tiada di Bukit Jalil semalam kerana daripada separuh masa pertama lagi dah dapat dikesan segala kelemahan dan ya, mungkin Malaysia boleh bangkit menentang Laos nanti dan ya masih lagi mampu untuk menang ke atas Indonesia tapi untuk melangkah ke pentas Final, skuad Rajagopal memerlukan tonik yang sangat sangat berkesan. tapi jika dilihat daripada kertas barisan pemain yang didakwa sangat dikenali oleh Datuk Rajagopal, agak mustahil.
Apa-apapun, seluruh rakyat Malaysia mengharapkan skuad Rajagopal dan datuk rajagopal sendiri mampu mencongak taktik yang sewajarnya untuk memenangi kejuaraan AFF 2012 nanti.Ingat rakyat Malaysia yang membayar gaji kamu semua wahai para pemain dan pegawai FAM. Jadi kami kenal kamu semua dan peranan kami semua!

PM Najib juga kenal bola sepak.


Sunday, November 25, 2012

Malaysia lawan Singapura

Mlm nie berlangsungnya perlawanan pertama piala aff 2012 antara harimau malaya menentang jiran tetangga,sang singa.
Malaysia selaku juara bertahan pasti mahu sekali lagi mempertahankan kejuaraan tapi dari siri perlawanan persahabatan sebelum ini,persiapan harimau malaya amat mengecewakan.tapi skuad rajagopal masih lagi terbaik di rantau ini dan apabila masanya tiba untuk menunjukkan kepada semua keupayaan sebenar harimau malaya,pasti anak-anak buah rajagopal akan bermain dengan baim dengan digalas harapan seluruh rakyat malaysia dari semenanjung sehingga ke borneo sana.

Sunday, November 18, 2012

israel..Gaza..McD


Pagi esok McD akan bagi bege free mase breakfast di semua cawangan mereka di seluruh Malaysia.Dalam FB dah kecoh jangan ambik.Ade jugak yang suh ambik dan bagi kat kucing dan sebagainya haiwan yang lain. Semua nak bagi sokongan sebagai membantah McD menyalurkan wang kepada rejim Israel yang sekarang ini sedang heboh membedil Semenanjung Gaza khususnya pergerakan Hamas.
Ade banyak pandangan yang diberikan oleh rakyat Marhaen dalam menyahut dan menunjukkan keprihatinan dalam isu ini.Dan tak kurang juga ada pandangan yang kurang elok dan kurang munasabah.Aku malas nak cungkil isu-isu yang bagi aku budak pra sekolah pun bleh tahu mana salah dan yang mana betul.
Cuma satu je nak sentuh berkenaan dengan isu ini adalah peranan media.Media memang diakui sangat penting dan menjadi platform bagi orang kebanyakkan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Israel dan Gaza. Satu kita kena faham, yahudi nie banyak kaum. Kaum yang jahat adalah rejim Zionis.Di Gaza pula, pergerakan Hamas yang berkuasa. Banyak lagi pergerakan lain yang menentang Israel tapi disebabkan ketidakstabilan di Syria, Tunisia, Lubnan, pergerakan Fatah dan Hezbollah sebagai contoh dilihat masih lagi berdiam diri. Mungkin mengatur strategi.
Jadi persoalan apa kita dapat buat sebagai orang di Malaysia yang jarak beribu batu dari Gaza tapi bersaudarakan satu agama dengan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza tersebut?Tepuk dada tanya hati. Ada yang nak buat sepanduk masuk dalam stadium lawan bangladesh 20 hb nanti. Ada suh pemain malaysia pakai baju tulisan 'support for Gaza'.ada nak boikot produk yang dikaitkan dengan Israel. Jadi starbuck, subway, apple, McD akan mengalami penyusutan dari segi penjualan dalam masa ini.Tapi bulan depan macam mana? akan tetap penuh McD masa tengah hari sebab nak makan McValue Lunch.Akan tetap penuh Starbuck orang beratur nak minum kopi. Still akan ramai budak, remaja Melayu togok arak Carlsberg, Tiger dari 7eleven. Masa sekarang semua nak tunjuk baik dalam FB. Gaza, Tebing Barat, Baitul Maqdis akan berterusan diancam rejim zionis Israel..

Saturday, November 17, 2012

Kisah MatYo..KAFA dan PBNJ

Selepas berakhirnya Piala Malaysia 2012 dengan kejayaan Kelantan menewaskan ATM, MatYo, yang dinobatkan pemain terbaik MVP Liga Tempatan, dan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan akhir, menjadi sebutan ramai pihak. MatYo diberitakan pada awalnya mahu berkelana ke Johor dengan tawaran gaji yang amat lumayan. Namun begitu KAFA, mengatakan MatYo masih memiliki baki kontrak selama setahun dan mahu MatYo menghormatinya. KAFA dan PBNJ terus bermain tarik tali dan isu ini semakin besar dengan ditambah lagi kenyataan demi kenyataan dari MatYo
Kepulangan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) yang menjadi tonggak serta antara orang yang terpenting dalam pembangunan KAFA merancakkan lagi isu.
Jika dilihat secara kasar, dan diambil kira kes-kes perpindahan pemain sebelum ini, samada dalam negara ataupun luar negara,KAFA selaku pihak majikan berhak dalam setiap urusan Matyo kerana Matyo sudah menandatangani kontrak selama setahun lagi. KAFA berhak meletakkan harga yang berpatutan dengan nilai mereka. PBNJ pula sebagai pihak yang mahu membeli Matyo sepatutnya mengetahui mengenai hal ini dan perlu bertindak sewajarnya. KAFA dari segi undang-undang berhak meletakkan harga yang tinggi, seperti penjelasan yang diberikan oleh TSAM tempoh hari.
Matyo seorang penyerang tersohor di Malaysia ini. Lihat saja anugerah yang diperolehinya meskipun persembahannya kurang memberangsangkan dalam musim lepas.tapi nilai dia bukan sekadar diukur dengan gaji yang diperolehinya. Dia mendapat bonus.Dia mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat dengan membawa nama KAFA.KAFA rela melepaskan Matyo tetapi biar sepadan dengan nilainya. KAFA mengetahui tidak ada guna menyimpan Matyo lagi sekiranya pemain tersebut sudah tidak ada hati dengan KAFA. Tetapi KAFA tidak mahu berputih mata disaat semua pasukan lain sudah merencana strategi untuk musim depan nanti.
KAFA sudah mengalami kes sebegini dahulu dengan Indra Putra, NorFarhan dan Azizi Mat Rose yang berpindah ke Tteam pada saat akhir. Sekiranya Matyo sudah tidak ada hati lagi dengan KAFA, kenapa dia sain kontrak sambung lagi setahun?Dengan pemergian Matyo disaat akhir ini akan merugikan KAFA. Para peminat rata-rata sudah merelakan pemergian Matyo. KAFA perlu bertindak pantas mencari penyerang pengganti dan dalam keadaan suasana bola sepak tempatan yang agak kecil, untuk mencari penyerang yang setaraf dengan Matyo amat susah. Hanya ada beberapa nama sahaja yang mampu menangani kehebatan Matyo yang digilap selama 3 tahun oleh KAFA.
Sama seperti kes Cristiano Ronaldo dahulu. Manchester United menggilap CR7 sehingga menjadi pemain terbilang dunia. Dan Real Madrid membayar satu harga yang sangat tinggi untuk mendapatkanya.Sama seperti Kaka. Man Utd tahu, mereka sangat rugi untuk melepaskan CR7 kepada pasukan lawan yang lebih handal walaupun mendapatkan habuan yang cukup besar.

Jadi sama juga kes dengan Matyo. Matyo ibarat sepasang kasut Nike yang hebat dan dikenali ramai. Jadi untuk mendapatkannya, PBNJ perlu membayar harga yang sesuai. Amatlah rugi bagi KAFA melepaskan satu aset yang cukup berharga kepada pasukan yang bermain di liga yang sama yang pada musim depan akan menjadi lawan KAFA. Dalam berniaga tidak ada sesiapa pun mahu rugi.Bola sepak bukan sekadar bersandar nilai sentimental semata-mata. Ya, betul kenyataan TMJ bahawa KAFA perlu lepaskan pemain yang tidak mahu bermain lagi di KB tetapi TMJ mewakili PBNJ perlu realistik. Para peminat Red Warrior merasakan pemergian Matyo ke pasukan lain pada musim hadapan bukanlah satu masalah besar. Bola sepak adalah satu permainan berpasukan. Jika Johor sanggup mengeluarkan wang yang besar untuk mendapatkan Guiza dan pemain import terbaru dari Itali jadi mereka perlulah juga mengambil kira faktor-faktor kewangan untuk mendapatkan Matyo. Sekarang ini isu berpaksikan kepada Matyo masih mempunyai kontrak setahun dengan KAFA. Jika dia sudah tamat kontrak seperti Nurul Azwan Roya, tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak.



Jadi sebagai pengakhirnya, jika mahukan kualiti seperti kasut nike, perlu bayar harga mahal, jangan mahukan kasut nike dalam Lot 10 tapi mahu membeli dengan harga kasut getah.

Tuesday, November 13, 2012

Sunday, November 11, 2012

Iron Man 3


Daripada trailer ketiga filem Iron Man ini kita dapat lihat, satu lagi filem Iron Man yang didukung oleh Tony Stark ( Robert Downer Jr.) akan membuatkan semua para peminat filem dan komik Iron Man memenuhi pawagam pada tahun hadapan. Pasti semua tidak sabar untuk menantikan satu lagi filem susulan Iron Man dan pasti filem yang akan datang ini menjadi satu lagi tapak kepada filem kedua The Avengers yang dijadualkan 2014.

Friday, November 9, 2012

Skyfall





Filem terbaru James Bond yang sudah menemui para peminat awal bulan ini. Bagi aku keseluruhan filem ini bagus kerana filem James yang terbaru ini boleh diibaratkan sebagai satu penutup bagi satu legasi. Lebih kurang seperti filem The Rise of The Dark Knight sebelum ini. Satu filem James Bond yang lebih menitik beratkan aspek emosi dan psikologi James Bond itu sendiri serta orang-orang disekelilingnya. Dan kali ini musuh utama James Bond bukanlah orang yang calang-calang.

Tidak mahu memberikan 'spoilers'. Apa yang boleh aku katakan disini aku berpuas hati dengan Skyfall. Hendak membandingkan Skyfall dengan Casino Royale dan Quantum of Solace? Tidak banyak adegan James bersama gadis Bond yang selalunya pada penghujung filem akan diseksa.

Aku cadangkan Skyfall adalah satu filem yang perlu ditonton oleh para peminat James Bond dan Daniel Craig semakin hebat dalam 'trademark' ejen 007.

Thursday, November 8, 2012

Hidup untuk Kerja atau Kerja untuk Hidup



Satu ayat yang cukup susah untuk didefinisikan.Sama jugak dengan ayat kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup.Tapi dari segi kerja ini, kita akan dapat lihat ramai orang yang hidupnya berorientasikan kerja.Komited, gigih dan sabar dengan kerja yang dibuat.Mungkin kerja yang diperolehi itu bersesuaian dengan hidupnya, minatnya.Orang seperti ini kadang kala tidak mempersoalkan gaji kerana gaji sebenarnya adalah sekadar habuan ataupun ganjaran.Tapi sebagai orang muslim, kita tidak perlu mempersoalkan sangat mengenai gaji sekiranya kita benar-benar puas hati dan ikhlas serta redha dengan setiap pekerjaan yang kita buat. Kita ambil contoh yang terang seperti elaun para imam, adakah para imam di Malaysia ini menjadi imam semata-mata kerana duit yang diperoleh ataupun menjadi imam sebab tanggungjawab. Ya, ada imam yang mempersoalkan kenapa elaun mereka sedikit. Jika perlu dibuat perbandingan, elaun imam sepatutnya lebih mahal daripada elaun seorang wakil rakyat. Kenapa? Lihat saja skop dan tanggungjawab mereka. Mereka menjadi ketua dalam setiap solat kepada Jemaah mereka. Sekiranya mereka tidak ikhlas mereka akan disoal di akhirat nanti. Setiap sebutan ayat al quran yang salah mereka akan dipersalahkan. Jadi bukankah sangat besar tanggungjawab seorang imam itu

Bagi perumpaan Kerja untuk hidup pula, ini lebih tepat untuk menggambarkan kepada keperluan. Pekerjaan sebagai satu keperluan.Jika tidak bekerja maka tidak boleh hidup. Sebabnya sekarang ini semua memerlukan wang dan untuk mendapatkan wang perlukan pekerjaan. Dan kadangkala disebabkan kesempitan hidup yang menjadikan seseorang terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak elok malah haram.Kenapa? Kerana pekerjaan itu sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang baik dan senang. Jika ditanya kepada pelacur kenapa mereka melakukan pekerjaan tersebut? Mereka akan menjawab ini saja pekerjaan yang mereka dapat buat dan untuk menampung hidup mereka. Kita akan menjawab matlamat mereka betul tapi cara mereka salah. Sama juga dengan pendekatan kerja untuk hidup. Dari guru, sehingga kepada petani kepada para menteri malah raja sekalipun, setiap hari mereka bekerja untuk hidup. Bagaimana pula dengan orang yang sudah bersara? Jika dilihat pada mata kasar memang mereka bersara tetapi sebenarnya mereka masih lagi bekerja untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.

Manusia tidak dapat lari dengan sentiasa mahu mencari kebahagian.Samada dalam kehidupan dan juga dalam pekerjaan.Tetapi kadang- kala manusia ini lalai sehingga pendekatan dan cara yang digunakan itu menyalahi undang-undang dan lebih teruk salah disisi Allah.

Jadi apa yang betul sebenarnya, Kerja untuk Hidup atau Hidup untuk Kerja?

Tan Sri Rajagopal

Terima Kasih Dato Rajagopal.Semalam sekali lagi Malaysia kalah dari siri perlawanan persahabatan ke atas Thailand dengan jaringan 2-0. Semalam jutaan peminat Malaysia sekali lagi kecewa. Tetapi jangan kita berputus asa. Nanti kalau kita selalu mengkritik skuad Rajagopal kita akan dianggap sebagai penyokong lalang.Kita tidak mahu semua itu kan?

Sebenarnya kita kena berterima kasih kepada skuad Rajagopal.Terutamanya kepada Rajagopal. Bukankah sebelum ini Rajagopal selalu tekankan dia ada senjata rahsia untuk digunakan semasa Piala AFF nanti. Tidak ingat kah kita kepada 2010 dimana Rajagopal berjaya memberi kejayaan kepada rakyat Malaysia sehingga kan dia mendapat gelaran datuk?

Terima kasih Datuk.

Sebenarnya ada rasional skuad Malaysia selalu kalah dalam perlawanan persahabatan. Rajagopal tidak mahu para pemain leka dan dibuai rasa megah. Sebab itu dia aturkan setiap perlawanan sebagai eksperimen. Bila selalu kalah, para pemain tidak akan naik kepala. Tidak akan berasa megah. Jadi apabila Piala AFF bermula, para pemain Malaysia akan ada satu semangat yang lain. Akan berjuang.

Ada apa dengan ranking? Itu yang selalu diberitahu oleh Rajagopal.Memang betul pun. Ingat tak Sepanyol pada masa dulu? Ranking diorang jauh kebawah.Tapi berkat usaha mereka berjaya juga menjadi juara Eropah dan Juara Dunia. Taktikal dan permainan tidak cantik? Rajagopal tahu dan kenal para pemain dia. Semalam salah satu faktor kekalahan adalah disebabkan Amar Rohidan cedera. Tengoklah bagaimana pemain-pemain tengah Rajagopal turunkan semuanya tidak sehebat Amar Rohidan. Dan semalam sememangnya Datuk Rajagopal sekadar bereksperimen apabila Safiq Rahim direhatkan pada awal permainan lagi. Lagipun ini semua hanyalah sekadar perlawanan persahabatan.

Kita jangan lupa bahawa FAM sentiasa memberi sokongan kepada Datuk Rajagopal.Selepas ini Datuk Rajagopal tidak mustahil akan mendapat Tan Sri sekiranya berjaya mempertahankan Piala AFF nanti. Dan tidak mustahil jugak Datuk Rajagopal akan terus menjawat jawatan ketua jurulatih bagi skuad Malaysia untuk 10 tahun yang akan datang kerana dia sentiasa kenal dengan para pemainnya dan tiada jurulatih di Malaysia yang ada 'resume' sepertinya. Pasti FAM akan terus beri sokongan kepada Datuk Rajagopal dan Amar Rohidan, akan menjadi pemain tengah terhebat yang pernah Malaysia miliki.

Sekali lagi.Terima Kasih Datuk Rajagopal

Harimau Malaya Selamanya...

Tuesday, November 6, 2012

Isu Panas Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013



Sejak Kelantan berjaya membenamkan cabaran ATM dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di Shah Alam tempoh hari, banyak yang diperkatakan mengenai isu perpindahan para pemain Malaysia. Satu kuasa besar baru yang muncul di Johor dengan TMJ mengorak langkah merubah landskap bola sepak tempatan dengan tujuan menaikkan kembali nama gah, Johor.
Dengan banyak spekulasi-spekulasi timbul di media mengenai perpindahan para pemain dan pengurus di dalam Malaysia ini, para peminat bola sepak tempatan pasti terhibur dengan kerancakan liga kita. Meskipun musim bola sepak tempatan baru sahaja berlabuh dengan Kelantan mendakap kejuaraan treble, arena bola sepak tempatan tetap meriah dengan banyak persatuan bola sepak tempatan mula menyusun strategi dalam menakluki liga tempatan pada musim hadapan.
Johor, dibawah TMJ antara pasukan yang benar-benar serius dalam usaha mengembalikan kemegahan bola sepak mereka. Aidil, Zaquan, Azmi, Muslim Ahmad, Safiq Rahim, Azwan Roya, dan kemungkinan besar Mat Yo, dan pemain pinjaman berstatus ‘World Class’ Daniel Guiza, serta pengurus Fandi Ahmad, lagenda Singapura, Johor boleh dianggap seperti Manchester City baru Malaysia.Dengan himpunan pemain bintang ini yang juga pemain utama bagi skuad Rajagopal, tidak mustahil pasukan Johor mampu meniru formula yang dibawa oleh ATM pada musim ini.Dan dengan pintu perpindahan pemain belum lagi tertutup, akan ada banyak lagi spekulasi-spekulasi yang dapat menghangatkan arena tempatan.
Sebelum ini heboh isu Mat Yo yang dikatakan ramai mahu berhijrah ke Johor dengan tawaran gaji yang sangat lumayan namun KAFA pada awal mahu Mat Yo menghormati baki kontrak setahun lagi. Dan Johor pula dikatakan tidak mahu membayar 1juta wang tebusan kontrak Mat Yo setahun itu. Ramai yang memberi pandangan bahawa KAFA patut melepaskan Mat Yo manakala ada juga menjawab 1juta wang perpindahan adalah sangat tinggi. Jika dilihat pada nama dan reputasi Mat Yo, KAFA berhak meletakkan 1juta. Mat Yo mendapat anugerah MVP bagi 2 tahun berturut-turut.Ya, kehilangan Mat Yo akan diratapi oleh para peminat Red Warrior tapi dalam bola sepak professional, yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti. Dulu Kelantan hilang Hai O, hilang Akmal Rizal, tapi masih mampu memberi saingan kepada pasukan lain. Dan rata-rata para peminat Kelantan seperti merelakan pemergian Mat YO.Masih ada pemain yang mampu membawa Kelantan mengekalkan kejuaraan pada musim depan.
Khairil Muhaimin dan Badrol Badkhtiar , 2 nama yang cukup sinonim dengan Kedah dan antara yang paling diburu dalam 2 musim ini. Dengan Kedah terpaksa bermain di Liga Perdana musim depan, kesetiaan dua pemain ini sekali lagi akan teruji. Sebelum ini dua pemain ini memberi bayangan akan terus bersama Kedah tetapi dengan Kelantan, Johor, Terengganu dan Selangor mahu mendapatkan mereka, pasti mereka akan berfikir panjang untuk karier bola sepak mereka.
Terengganu, yang baru pulih dari krisis jurulatih mereka (PJB masih lagi menunggu tindakan susulan Terengganu setelah FAM membatalkan hukuman mereka) mula mengorak langkah mempersiapkan pasukan dengan mendapatkan Jean Owona, penyerang terbanyak Liga Super dari Negeri Sembilan. Dengan pengurus baru, Terengganu pasti mahu menaikkan kembali maruah mereka demi peminat setia mereka.Sharbinee sudah pasti ke Selangor untuk berganding kembali dengan Irfan Bakti. Marzuki , pertahanan kental dikatakan berubah angin ke Tteam dan ramai lagi pemain yang masih lagi menunggu dan berfikir status mereka. Sebelum ini mungkin ramai yang mengatakan Manaf , Ashaari dan Ismail Faruqi, nama tonggak pasukan Terengganu tidak akan keluar tapi dengan situasi yang bergolak dalam persatuan Terengganu sendiri dan tawaran lumayan dari luar, tiada apa yang mustahil.
Selangor juga dilihat melakukan rombakan untuk meneruskan misi 33 mereka mendakap Piala Malaysia pada 2013.Irfan bakti dikekalkan. S.Kunalan, winger lincah berjaya ditarik, Sharbinee dilihat mampu menjadi harapan untuk menjaga gawang Selangor.Amri Yahyah, penyerang yang cukup profilik suatu ketika dahulu bersama Selangor, dikhabarkan mahu mencuba angin baru dan pasti Irfan mahu mencari pengganti kepada Safiq Rahim, mengemudi barisan tengah Red Giants tersebut.
Akhir sekali, Kelantan, juara tiga piala musim ini,berdepan dengan krisis penyerang sekiranya khabar-khabar angin yang bertiup sejak kebelakangan ini menjadi kenyataan. Ghaddar diberitakan belum menyambung kontrak dan mendapat tawaran dari kelab di Timur Tengah. Ramzul sudah hampir pasti ke Selangor. Azlan Ismail juga akan keluar. Dennis Antwi tidak disambung kontrak. Mat Yo juga belum lagi mendapat kata putus. Indra mungkin akan setia meskipun dikhabarkan akan ke ATM.NorFarhan diberitakan juga mendapat tawaran untuk balik ke negeri asal, Terengganu. Jadi Kelantan akan melancarkan buruan mendapat penyerang samada pemain import atau tempatan untuk mengemudi bahagian serangan pada musim depan. Obinna, Subra akan kekal dan ini merupakan berita gembira kerana pertahanan kental Kelantan diharap dapat terus memberi aksi yang terbaik pada musim depan. Piya, Shakir juga kekal.Cuma Chanturu dan Azwan Roya berpindah jadi winger baru perlu dicari. Apek masih lagi penjaga gol no 1 di Kelantan dan juga di Malaysia. Pemain-pemain Presiden akan diberi peluang ke skuad utama musim depan tapi dengan Kelantan mahu menimba pengalaman yang jauh dalam AFC, pemain berkualiti perlu dicari. Izuan yang sebelum ini meningkat naik bersama Datuk M Karathu kemudiannya diserap ke Harimau Muda hampir pasti akan kembali ke Kota Bharu.Nama-nama seperti Faderin Kadir, Khairil Muhaimin serta pemain import yang lain akan terus berlegar dalam setiap para peminat Red Warrior dalam usaha mengekalkan kejuaraan treble seterusnya melangkah lebih jauh dalam saingan AFC. Bojan Hodak masih lagi menanti dan berfikir sama ada untuk kekal menjadi jurulatih Kelantan. Segalanya akan terjawab apabila penasihat KAFA, bapa perubahan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa kembali ke tanah air pada minggu ini.
Yang pasti, selagi tarikh tamat pendaftaran pemain bagi musim 2013 tamat iaitu pada penghujung bulan ini, berita dan gossip perpindahan para pemain akan terus dibualkan disetiap ceruk tanah air. Dan dengan persiapan skuad bimbingan Rajagopal dalam mempertahankan kejuaraan Suzuki Cup nanti, peminat bola sepak tempatan akan ada banyak cerita untuk diperkatakan.

Monday, November 5, 2012

Musim Tak Menentu



Sekarang boleh dikatakan di seluruh Malaysia cuaca tidak menentu. Ini semua jika diikutkan jabatan kaji cuaca adalah disebabkan perubahan angina monsoon. Sebagai contoh di kawasan Selangor ini, pagi hujan, tengah hari panas, petang hujan, malam rebut petir.Satu keadaan yang sebenarnya adalah satu rahmat kepada semua.Ya, keadaan trafik semakin sesak disebabkan hujan tapi itu sebenarnya adalah satu rahmat kerana para pengguna jalan raya tidak berani untuk membawa kereta dengan laju disebabkan permukaan jalan raya yang licin dan ditengah-tengah panas isu AES, dengan hujan, para pengguna jalan raya dapat mengelakkan diri mereka daripada terkena saman AES.
Sama seperti keadaan cuaca yang tak menentu ini, kehidupan aku sekarang boleh dikatakan tak menentu.tapi apa boleh dibuat. Sekadar boleh menunggu dengan sabar.pilihan telah dibuat.apa yang dipilih itu mungkin bagi setengah orang tidak betul, bagi setengah orang betul.dalam dunia ini susah hendak melabel sesuatu benda itu salah atau betul.semuanya berbeza pendapat dan berbeza situasi.masa dapat merubah semuanya dengan sekelip mata. Apa yang kita rasakan betul pada hari ini tidak mungkin lagi akan selamanya betul pada esok ataupun lusa.apa yang kita buat salah pada kelmarin, minggu depan kita akan memandangnya dengan perasaan puas hati dan lega kerana ianya betul.
Dan secara jujurnya, aku sebagai manusia tak terlepas daripada perasaan tidak tahu.tapi aku tahu yang membezakan orang yang matang dan tidak matang adalah apa tindakan yang kita akan buat apabila kita tidak tahu sesuatu perkara. Kita mahu berdiam diri? Mahu teruskan? Mahu berubah? Atau meninggalkannya sama sekali? Tidak ada siapa yang tahu kecuali Allah yang maha mengetahui segalanya. Aku serahkan kepada Allah. Aku hanya mampu berusaha, tawakal dan menggunakan senjata yang paling hebat bagi muslim iaitu berdoa.jalan yang diambil tidak sama dengan orang lain. Aku dah lalui itu. Sekarang mampu merenung air hujan turun membasahi bumi ini.Kosong

Saturday, November 3, 2012

Thursday, November 1, 2012

Jom Share