Friday, January 18, 2013

Alahai TMJ

Hari ini keluar pulak kenyataan yang lain daripada TMJ berkaitan dengan perlawanan antara Kelantan dan JDT tempoh hari yang berkesudahan 1-1. Yang pastinya, Kelantan dipersalahkan lagi. Jadi memang normal lah bagi kerabat diraja untuk bawa askar mereka untuk datang ke negeri orang lain walaupun raja atau anak raja mereka tidak datang pun ke negeri tersebut.

Orang Melayu kita nie kadang-kadang sentiasa taksub dengan raja. Malah dalam rukun negara ada termaktub yang kepatuhan kepada raja dan negara serta perlembagaan. Cuma aku tak pasti ada ke dalam peraturan mana-mana yang raja negeri lain boleh bawa masuk askar mereka ke negeri yang lain. Lepas ini boleh la kot setiap negeri bawa askar masing-masing untuk tengok "menjaga keselamatan" perlawanan bola sepak. Yang lebih parah, dituduhnya pula penyokong mereka dibaling gelas kaca dalam perlawanan tempoh hari. Aku rasa aku dah lama masuk stadium KB dan stadium-stadium lain dalam negara kita nie. Tapi daripada kenyataan tersebut baru aku dapat tahu yang orang negeri aku nie sangat hebat sampai dalam stadium pun boleh bawa gelas kaca.Mungkin gelas ataupun kaca tersebut digunakan oleh orang kelate untuk minum air. Sangat hebat penangan kota bharu. Lepas ini FAM pasti akan tutup mata berkenaan dengan askar johor dan tiada apa tindakan yang akan diambil. Al maklum, kehendak anak raja. Tetapi jangan lupa, TMJ hanya di Johor. Jadi aku hanya patuh pada raja di Kelantan dan tiada perlembagaan dalam Malaysia yang memerintahkan rakyat negeri lain patuh pada raja negeri lain.Jadi aku langsung tak hormat kepada TMJ. TMJ hanya pada nama. Meskipun aku tahu yang di dunia ini TMJ sangat berkuasa dan mampu lakukan apa saja tapi yang aku sangat yakin, di akhirat nanti, TMJ tiada apa sekadar semuanya hamba Allah dan yang pasti pembalasan daripada Allah sangat adil dan saksama. Sama-sama kita semua nanti hari perhitungan di padang masyar nanti

Berkenaan dengan segala kontroversi yang dihadapi KAFA, aku sangat hormat pada TSAM yang terus tabah dan tidak berputus asa. tapi dengan segala cabaran dan kutukan serta hukuman yang perlu dilalui oleh KAFA, aku rasa amat wajar jika Kelantan menarik diri daripada liga kelolaan FAM.Kita minta masuk liga Singapura ataupun Liga Indonesia tak pun liga Thailand yang lebih menghargai permainan bola sepak dan tidak mencampur adukkan dengan politik.Dan aku rasa seluruh peminat dan penyokong Kelantan juga faham jika tindakan sedemikian diambil. Tiada gunanya berterusan dalam FAM sekiranya berterusan didikriminasi dan dihukum dengan tidak adil

Petang ini Kelantan akan bertemu Felda United di Kelana Jaya.Moga dapat kutip 3 mata. Tahun ini tidak target juara. Semua piala patut diberikan kepada TMJ , JDT..Mereka lebih berhak dan yang paling kuat mahu.Bagi kan saja pada mereka. TMJ memang gilakan kejayaan dan piala yang ada di Malaysia kan, jadi berikan terus kepada mereka.

p/s..dalam hal yang tidak berkaitan...Aidil "Rita" Adha

Zaman kemaruk dulu

eh..dah jadi Adi Putra pulak

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share