Monday, January 14, 2013

Amanat Tiga Piala

Orang kata barang yang lepas jangan dikenang. Orang jugak kata hutang dibawa sampai ke mati.

Ya, Kelantan sangat hebat pada musim lepas, aku sendiri berpuas hati.Pasukan Kijang berjaya menjejakkan kaki selaku pasukan yang berhak memahat nama dalam sejarah bola sepak negara kerana berjaya menjulang tiga piala. Bukan calang-calang pasukan mampu buat macam tue.

Tahun ini, lain pula keadaannya. Kelantan amat rapuh. Masih terlalu awal mahu memberikan gambaran jelas kepada perjalanan bola sepak Kelantan yang sudah terkenal dengan para penyokong dan peminatnya yang fanatik.Baru tiga perlawanan dalam musim baru, tapi untuk menjadi realistic, tiga perlawanan yang pertama seperti memberi sedikit petunjuk bahawa musim 2013 ini Kelantan akan menghadapi masalah terutama sekali di bahagian serangan. Amat jelas Kelantan kehilangan pemain serangan yang sangat digeruni pada musim lepas.Tapi dalam realistic, para penyokong dan peminat Kelantan sedar, optimistic masih perlu ada. Pemain baru masuk ke kem Kijang ini masih memerlukan masa.

Ditambah lagi dengan boleh dikatakan banyak pasukan lain yang betul-betul bersedia dalam mengejar apa yang Kelantan sudah perolehi pada musim lepas. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Johor, Perak, Terengganu, Selangor, ATM. Mereka semua pasukan yang lebih mantap. Jadi untuk menyebut secara pragmatiknya, merendahkan harapan, Kelantan akan berdepan laluan yang sangat sukar dalam mempertahankan kejuaraan pada musim lepas. Tapi itu semua tidak mengapa, harapan musim ini disertai dengan kenangan kejuaraan pada musim lepas akan memberikan seribu satu pengalaman yang tersangat manis kepada skuad Kijang. Kerana ini semua yang membuatkan bola sepak satu permainan yang sangat kompleks.

How can you forget the past when the past gave you so much to remember about?

P/s..Malam esok..JDT..This Is Kota Bharu..

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share