Monday, January 21, 2013

BN cakno ko Kelate

PM 1Malaysia, DS Najib Tun Razak umumkan 7 projek mega di Kelantan.7 projek tersebut adalah ;
  1. Lebuhraya baru KB-Kuala Krai
  2. Stadium Baru
  3. Masjid Besar
  4. Perumahan Rakyat
  5. UiTM Kampus KB
  6. Perkhidmatan Rapid KB
  7. Projek Selesaikan Masalah Air
Sungguh baik hati DS Najib..Sungguh bertuah rakyat Kelantan.Cuma yang musykil, kenapa projek2 ini baru hendak diuar-uarkan pada masa sekarang.Bukankah dah lama benda-benda ini. Macam yang stadium tue? Aku rasa dah banyak kali dah Najib datang KB cakap nak bagi stadium tapi satu pun takde.Sama jugak dengan yang lebuhraya baru.Bukan dalam rancangan malaysia ke 9 dan 10 dah letakkan ke mengenai pembinaan lebuh raya baru untuk Kelantan. Tapi kalau betul PM kita baik hati, rakyat Kelantan tak perlukan UiTM baru, UiTM dah banyak kat Semenanjung Malaysia nie.Lagi pun UMK dah ada, hanya perlu tambah nilai UMK je.Jadikan lebih besar dan dapat tampung lagi ramai pelajar.Perkhidmatan Rapid? tak perlu.Bagi royalti je kat Kelantan, pandai la kami nak 'upgrade' perkhidmatan bas kami.Masalah air? Selesaikan dulu masalah air di negeri-negeri lain baru datang Kelantan balik. Masjid besar? Agak kelakar juga DS Najib kita nie.Nak masjid besar macam di Putrajaya tue ke? Tak perlu masjid besar kat Kelantan nie.Masjid kat negeri ambo dah banyak dah.Perlu perbesarkan je. Kalau ambik masjid baru, terbesar pun, kalau tak dop makmum takdop guno jugok.

DS Najib yang dihormati, sebenarnya rakyat Kelantan hanya perlukan satu lebuhraya yang menghubungkan Timur dan Barat.LPT hanya berakhir di Terengganu.itu pun belum siap lagi.Kami hanya perlukan lebuhraya yang hubungkan Gombak sampai ke Gua Musang.tak jauh pun.Dan semua ini sebenarnya menguntungkan semua pihak, bukan rakyat Kelantan sahaja.tetapi mengguntungkan semua rakyat Malaysia.Lihat saja statistik pelancong yang datang ke KB pada setiap tahun, ramai kot. Stadium baru? Sebagai peminat bola memang aku rasa Kelantan perlu sangat-sangat stadium baru yang canggih dan dapat tampung lebih ramai penyokong dan peminat.Tapi apalah guna satu stadium yang baru sekiranya kemudahan lain masih lagi kekurangan. Rakyat Kelantan kaya, semua tak dapat nafikan fakta tersebut.Selidik balik dengan Jabatan Audit Negara, dan untuk sebuah stadium baru dan lebuhraya baru, adalah lebih baik sebuah lebuhraya baru yang lebih penting.Untuk stadium, hanya tambahbaiki yang asal sekarang je dulu.Stadium Shah Alam juga besar tapi berapa ramai penyokong Selangor mampu datang ke stadium setiap kali pertandingan? Stadium Batu Kawan besar tapi PP guna stadium bandaraya juga. Stadium Sultan Mizan Gong Badak masih tidak terbaiki lagi.Stadium Bukit Jalil bocor dan padang rosak.Stadium di Melaka lampu limpah tak capai tahap piawaian.Jadi buat masa sekarang nie, adalah lebih penting untuk dapatkan sebuah lebuhraya terlebih dahulu. Pasukan Kelantan tidak akan goyah tanpa stadium baru.Dengan stadium lama pun, walaupun tiada anak raja sebagai presiden pun, walaupun tanpa sokongan kerajaan, walaupun tiada dana kewangan yang banyak macam negeri lain,tahun lepas Kelantan mampu capai 3 piala dan kejayaan akan menyusul lagi selepas ini. Insyaallah

Sebagai kesimpulannya, terima kasih banyak-banyak DS Najib. 20 tahun ambo hidup dengan manifesto BN.20 tahun di bawah PAS. KB masih lagi ok.Masih lagi ada orang nak bukak mall di KB.20 tahun ambo hidup dengan persepsi buruk orang luar kepada orang KB.Jadi terima kasih sekali DS Najib.Ambo tok buto

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share