Thursday, January 10, 2013

FAM oh FAM

Diberitakan isu Wak Lan- KAFA dah selesai hari ini setelah FAM bermesyuarat dalam memutuskan jumlah yang perlu dibayar oleh Wak Lan kepada KAFA.Jumlahnya hanya lah 300 ribu dan dikatakan Wak Lan sudah membayar dengan hantar bank draf sebelum ini. Memang sedikit sebanyak sudah dijangka perkara ini akan terjadi bila melibatkan FAM.

Dikemudian hari, yang suka, gelak pasti Wak Lan, Johor dan FAM. Yang rugi KAFA dan peminat Kelantan.Murahnya pemain dapat batalkan kontrak kat Malaysia nie. FAM pulak selamanya bangang. Selaku badan utama bola sepak Malaysia sepatutnya FAM teliti mendalam kedua-dua pihak.Secara logik nya, aku sebagai peminat biasa yang tak tahu mendalam pasal hal kontrak dan undang-undang pun tahu nilai yang Wak Lan bayar patut lebih tinggi daripada nilai yang FAM putuskan.

Oke, siapkan bahtera peguam kita KAFA.Tujukan kes ini ke AFC dan FIFA terus.Biar satu dunia tahu.Satu lagi mulakan memancing Azwan Roya, Khairil Muhaimen, Manaf Mamat, Mahali Jasuli untuk musim depan. Kalau kena bayar RM300 ribu apa lah sangat. Musim 2014 akan menjadi satu musim semua pasukan mencuri para pemain.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share