Thursday, January 17, 2013

Filem Trilogi terhebat

Kalau mahu dipersoalkan dan dibandingkan filem terhebat, memang tiada kesudahannya.Setiap orang ada pandangan yang berbeza dan tiada yang betul , tiada juga yang salah. Setiap filem hebat bukan semata-mata bergantung pada kutipan tiket, barisan pelakon ternama ataupun senarai anugerah yang dimenangi tetapi lebih daripada itu lagi. Setiap daripada penonton melihat sesuatu filem dari sudut pandangan yang berbeza. Tetapi dalam membicarakan mengenai filem trilogi yang terhebat, ada satu persamaan yang boleh dihubungkan serentak iaitu, sekurang-kurangnya ketiga-tiga filem menghubungkan satu jalan cerita yang lebih kurang, barisan pelakon utama yang sama dan impak yang boleh dikatakan sama kepada para peminat masing-masing. Disini aku senaraikan filem-filem trilogi yang boleh dikatakan terhebat dan tidak akan menyesal untuk menontonnya.


  • The Lord Of The Ring - Apa lagi yang mahu dikatakan mengenai filem trilogi yang memenangi pelbagai anugerah, kutipan tiket yang tinggi dan dihasilkan daripada novel yang cukup terkenal.Siapa yang belum pernah lihat satu filem LOTR?

  • Batman : Dark Knight - Batman..Dark Knight..Antara filem superhero yang aku berani letak sebagai terhebat.Ya, mungkin selepas ini peminat Avengers ataupun Iron Man akan mengutarakan pendapat yang berbeza tapi trilogi Batman daripada Christopher Nolan ini memang menakjubkan. Tengok saja impak Batman Begin, kemudian diteruskan dengan Dark Knight dan pengakhiran dalam Dark Knight Rises. Satu ayat dari Joker yang cukup 'power' - Why So Serious ?

  • The Godfather - Al Pacino at his best. Filem yang wajib ditonton oleh kaum lelaki. Sesiapa yang belum tengok, he will surely sleep with fishes

  • Back To The Future - kebanyakan daripada kita pasti teruja dengan time travel dan Marty McFly membawa kita melihat kepada time continuum dari sudut yang kelakar, tetapi bermakna. At one spot, in the third film, you can see that 3 Marty McFly on the same spot, same time but came from different time

  • Bourne Series - Matt Damon dalam karekter Jason Bourne yang paling 'power'. Tak perlu cakap banyak. Aksi pantas, jalan cerita suspens. Sangat berbaloi untuk dijadikan koleksi

  • Die Hard - Lt McLane. Hero yang susah sangat nak mati. Penuh darah. Tak perlu senjata gempak.tak perlu ayat-ayat sophisticated. Ending yang senyum...'Yippikayay *******' 

  • The Matrix - filem yang banyak mengubah landskap filem hollywood. Aksi yang baru serta jalan cerita yang begitu kompleks dan futuristik. We meet again Mr Anderson..

  • Blade Series - Wisley Snipes  sebagai day vampires. Vampire lawan Vampire. Cuma agak  kecewa dengan Blade 3. Blade 1 dan 2 memang cukup best

  • Spiderman Series - Peter Parker aka Spiderman. Antara komik yang diadaptasi menjadi filem yang paling laku dan paling mendapat liputan. Spiderman series memang superb. Mahukan Spiderman yang paling best, tonton Spiderman pertama.Keluarga, Persahabatan dan Kegigihan.Siapa yang tidak mahu digigit labah-labah radioaktif?

  • Indiana Jones - Harrison Ford menyelamatkan manusia daripada pelbagai bencana dengan hanya berbekalkan senjata dan tali.Klasik sangat menghiburkan

  • Star Wars - The Rises of Luke Skywalker. Stormtroopers dan epik persaingan antara kuasa jahat lawan kuasa baik.Ayah lawan Anak.tak lupa juga pada karekter Wookie.

  • Star Wars Prequel - Kalau yang sebelum ini pasal Luke Skywalker. Yang ini berkaitan dengan Anakin Skywalker.Dan bagi aku filem yang ketiga yang sangat best iaitu Revenge of the Sith..Dimana Darth Vader mula muncul.

  • The Terminator - Arnold sebagai robot pemusnah yang kembali untuk lindungi manusia daripada Judgement Day. Robot lawan robot. Kemusnahan umat manusia disebabkan Skynet

  • Hannibal Lecter - Sir Anthony Hopkins sebagai psiko killer yang sangat cerdik dan licik. Skrip yang padat. Tengok Silence of the Lamb dan Red Dragon. Pasti berbaloi

  • Pirates of the Carribean - Captain Jack Sparrow. Johnny Depp berikan hasil yang cukup berkesan dalam wataknya dan dapat lihat lanun bukan semuanya jahat malah kelakar.

  • Toy Story Series - Buzz Lightyear to the rescue. Antara filem kartun yang aku rasa paling best.Cukup kelakar, bermakna dan penuh nilai-nilai yang bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga kepada orang dewasa

  • Underworld - Vampire lawan Werewolves. Akhir sekali vampire kacuk dengan werewolves. Sejarah yang cukup kompleks. Jalan cerita mudah. Watak mantap

  • Mission Impossible - Tom Cruise at his best. gadget mantap. Plot suspens. Mahu kata apa lagi?

p/s..antara cerita lain yang tidak disebutkan disini mungkin Xmen series tapi bagi aku selain watak Prof X dan Wolverine, watak lain dalam Xmen kurang baik dan ramai peminat Xmen tidak berpuas hati dengan adaptasi yang dilakukan dalam filem.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share