Monday, January 14, 2013

Kelantan lawan Johor Darul Takzim - 15 Januari 2013

Malam esok punya prediction

Pasukan menang tiga piala musim lepas lawan dengan pasukan menang dalam kes beli Wak Yo.

Minit 1 - TMJ keliru nak duduk kat bangku pemain dan pegawai macam takde kelas sebab takde kerusi Recaro macam kat Stadium Johor

Minit 3 - Guiza jaringkan gol sulung liga tempatan sambil berlari peluk TMJ. Fandi Ahmad terkebil dengki.

Minit 8 - Wak Yo dikeluarkan sebab tidak tahan kena 'boo' satu stadium.Berjalan keluar terus masuk bilik persalinan

Minit ke 30 - Obinna dikenakan kad merah oleh pengadil atas kesalahan sentiasa mengawal ketat Guiza

Minit ke 32 - Safee Sali masih gagal menjaringkan gol meskipun berdepan satu sama satu dengan Apek.TMJ di luar padang mencari kedudukan Fazura di tempat astaka

Minit ke 40 - Zaq One berjaya jaringkan gol setelah menyepi selama lebih setengah jam sambil Bojan kelihatan tenang tanpa risau

Minit ke 45 - Keita Mandjou baru mendapat sentuhan pertama memegang bola

Rehat ..TMJ mengiringi para pengadil keluar padang sambil menghadiahkan tiket untuk satu keluarga berkunjung ke Taman Tema Legoland.

Minit ke 50 - Guiza menjaringkan gol sekali lagi dan terus bersemangat mahu menebus misi 50 gol dalam satu musimnya,

Minit ke 52 - Aidil Rita Adha jatuh cedera dan dimasukkan ke dalam ambulan setelah mendapat perkhabaran Rita Rudaini turut hadir ke stadium malam ini

Minit ke 60 - Aris Zaidi masuk menggantikan Keita Mandjou.Penyokong satu stadium Kelantan tidak memboo tapi masih memboo Wak Yo

Minit ke 63 - Freekick Piya berjaya membolosi gawang Johor setelah berjaya melepasi kepala Safiq Rahim

Minit ke 70 - Tendangan padu Indra Putra yang terkena Muslim Ahmad berjaya menerjah jaring Johor.Kedudukan semasa Kelantan 2- Johor 3..Fandi mula marah kepada media, jurugambar disekeliling padang dengan melarang mereka mengambil gambar pemain Johor yang bertaraf bintang itu.

Minit ke 72 - TMJ masih lagi mencari Fazura dan risau dengan keadaan nya terus meminta Bini Wak Yo mencari Fazura

Minit ke 80 - Rizal Fahmi berjaya melepaskan tendangan padu menerjah jaring Johor.Zainal Abidin Rawop sebagai pengulas mengulangi ayat nya pada tahun " Macam strikerrrr"

Minit ke 83 - TMJ dah mula panas hati dan terus berjalan keluar stadium sambil ditemani Guiza. Fandi Ahmad memasukkan Tuah dalam misi mencari tuah di saat-saat akhir

Minit ke 88- Zairol Fitri 'Roypy' mengambil sepakan percuma dan berjaya menjaringkan gol dari jarak 25 meter setelah penjaga gol Johor sedang mengira wang betting diterima daripada tauke Singapura

Minit ke 90 - Pengadil menghadiahkan kad merah kepada Bojan, Apek, Shakir Shaari, Piya dan Farhan sebagai usaha untuk memberikan kemenangan kepada Johor

Minit ke 92 - Safee Sali masih lagi gagal menjaringkan gol meskipun berdepan dengan penjaga gol nombor 3 Kelantan, Syazwan Yusoff.

Minit ke 98 - Setelah tambahan masa sebanyak 8 minit, Kelantan berjaya
p/s..prediction semata-mata.tiada kaitan dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.Sama-sama nantikan esok

2 comments:

  1. Hahhahaha sgt kreatif SAYA SUKA

    ReplyDelete
  2. org klantan suke wat provokasi bodoh...

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share