Tuesday, January 22, 2013

Kelantan lawan Negeri Sembilan - 22 Januari 2013


Malam ini Kelantan akan menanti kunjungan Negeri Sembilan. Pasukan tercorot liga super buat masa sekarang yang anehnya merupakan finalis bagi Piala Malaysia untuk tahun 2010 akan berdepan dengan cabaran yang agak getir kerana terpaksa mencari tiga mata di kubu kebal Red Warrior di KB. Kelantan juga dilihat masih bergelut kerana hanya mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan sebelum ini. Daripada tahun lepas, masih belum ada pasukan yang mampu menumbangkan Kelantan di laman sendiri yang didokong oleh ribuan penyokong dan peminat fanatik the Red Warrior.

Ketiadaan keita Mandjou yang dikhabarkan masih lagi cedera tempoh hari akan membuka peluang kepada Haris Safwan untuk mengemudi bahagian serangan ataupun mungkin Bojan akan mencuba pemain muda, Izuan Solah yang sudah pulih daripada kecederaan. Di Negeri Sembilan pula yang kehilangan ramai pemain tonggak pada musim lepas serta kekalahan demi kekalahan dalam saingan liga musim ini pasti akan mempertaruhkan kepada Shakir Ali serta import mereka daripada Argentina.

Sama-sama nantikan perlawanan terakhir sebelum liga super berehat seketika. Semoga Kelantan akan memperoleh tiga mata penuh demi untuk mengembalikan keyakinan dan memberikan keceriaan kepada para peminat dan penyokong The Red Warrior sekalian.

Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share