Monday, January 21, 2013

Kisah UiTM Lendu

3,4 hari sebelum nie heboh pasal kisah UiTM Lendu.Dan aku rasa kalau tak salah, penulis blog ini, yang merupakan pelajar UiTM adalah antara yang paling meletup sejak kisah yang dia tulis menjadi 'viral' dalam tweet dan dunia blogger.

Daripada apa yang ditulis nya, ramai yang memberi tokok tambah. Seperti biasa dalam masyarakat kita dan komuniti kita.Dan yang lebih menarik, pelbagai teori-teori juga muncul berkenaan dengan kisah di UiTM Lendu.Kadang-kadang bila difikir balik teori-teori yang muncul itu di luar pemikiran orang normal.

Kita sebagai manusia tak dapat nafikan kewujudan makhluk ghaib di atas dunia nie.Cuma bukan mahu bersifat berani ataupun lebih pandai tetapi seperti yang orang lain selalu katakan, kadang-kadang cerita yang berkaitan dengan rasuk, pukau, hantu dan sebagainya ini hanya 20 % yang dapat dipercayai daripada sumber asal.Bukan tidak mempercayai adanya kes-kes sebegini, tetap ada.Dan selalunya kes-kes sebegini jika kita dengar acap kali berlaku di universiti-universiti, kolej-kolej dan juga sekolah-sekolah lama.Kenapa kurang kisah-kisah sebegini berlaku di IPTS contohnya? Macam juga kes UiTM Lendu ini, sekarang dikatakan UiTM Seri Iskandar Perak pula heboh dengan kes sedemikian.

Dalam satu hal, nama UiTM sebenarnya terjejas dengan kes sebegini. Orang luar akan mula melihat UiTM sebagai satu tempat yang tidak aman walhal sebenarnya UiTM dah cuba yang terbaik untuk berikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar mereka. Orang luar juga akan lihat bahawa IPTA tidak berkualiti kerana masih lagi diganggu dengan kes-kes yang tidak berkaitan ini.

Sebagai pengakhirannya..bukan tidak mahu mempercayai kewujudan makhluk ghaib tapi jangan sampai terlalu taksub dengan kisah-kisah orang lain yang hanya didengari tanpa ada bukti sahih.Yang penting, keyakinan dan keimanan serta ketakwaan kepada Allah kena kuat.InsyaAllah semua akan selamat

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share