Saturday, January 12, 2013

Mimpi JDT

Akhirnya..Akhirnya aku berjaya menjulang Piala Malaysia.12 tahun Johor tak merasa dakapan piala ini. Akhirnya aku berjaya juga menjulang piala ini.Setelah segala keringat dan berjuta duit aku laburkan.Tapi semuanya berjalan lancar.Duit berjuta-juta aku ambil dari Tauke Chong dari Seberang

"Lu tak payah buat apa-apa.Wa perlukan nama lu je.Lu angguk je.Wa urus itu semua.Liga, Piala FA, Piala Malaysia akan jadi milik negeri paling selatan nie.Wa bleh organize semua"Tauke Chong tersenyum menghisap rokok Marlboro Light

"Kau yakin boleh buat? Aku perlukan duit nie.Aku nak beli semua pemain-pemain bagus.Baru mantap.Benci aku dengar nama negeri paling timur tue.Tahun nie aku nak bolot semua."Ujar ku

"Itu talak susah ma.Senang saja.Wa bagi lu duit.Lu bagi wa janji je.Nanti wa urus sama wa punya kawan.Kawan wa semua ada dalam ini negara tau.Senang saja.Pemain paling bernilai pun lu bleh dapat tau" Tauke Chong gelak besar sambil tuang Coke dalam gelas kaca.

"Okey.Kau cakap je kau nak apa.Aku bagi.Yang penting aku nak duit, nanti aku nak bawak masuk dua orang mat salleh ngan anak emas Si Raja datang sini.Tahun nie aku nak bolot semua.Baru diorang tau sapa aku sebenarnya"

"Eh..lu ada itu olang dalam MAF ? Wa mahu olang dalam MAF, lagi senang buat."Tanya Tauke Chong dengan penuh minat

"Alah.MAF senang saja diatur.Kau tau kan sape aku.Mana ade orang berani lawan sama aku.Aku bagi la sket Jeneral tue nanti.Senyap la dia.Kau jangan risau.Sekarang aku nak duit." Gelak ku disambut Tauke Chong.

"Baik.Baik..Esok wa bagi lu 4 Juta. Tapi nanti pasukan lu kena kalah tau.Kalah sikit saja.Bagi wa untung banyak.Hahaha" Tauke Chong mengeluarkan rokok elektronik dibeli dari China minggu lepas

"Hahaha.tak de hal.Yang penting, duit banyak datang" Aku gelak sepuas-puasnya..

Kini..Aku berjaya.Piala Malaysia..Piala FA..Liga..Semua aku sapu.Semua pemain power aku ambil.Negeri paling timur, negeri paling maju, semua tunduk.Penyokong satu negara dah takut pada pasukan aku.Aku lah yang terhebat..

Disebalik kejayaan pasukan aku menjulang piala dalam negara ini.Aku memandang tauke Chong dengan tersenyum sinis.Kini perancangan lain akan diatur.Dan lebih banyak taruhan akan tiba.Aku dah membayangkan peringkat lebih tinggi.
.........................

"Hubby..Hubby...bangunlaa..You kata nak belikan i beg Prada kat Paris minggu lepas..Hubby..U dah janji kan..

Aku tersedar.Cis..Celaka..Aku bermimpi..Aku menoleh ketepi..Teman wanita ku sedang duduk menghisap rokok dalam bilik ku.Bangsat.Ini lah penangan tidur di waktu petang bak kata orang tua-tua.Mimpi pulak macam betul je. Terus aku capai smartphone.Aku cari no telefon Tauke Chong.

"Hello Tauke..."

*Semua cerita adalah rekaan semata-mata.Tiada kaitan samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.Sekian..

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share