Thursday, January 31, 2013

Perihal Lepas Universiti



Satu realiti apabila bila graduan dah berkonvo susah nak tentukan apa kerja yang paling sesuai dengan mereka. Aku pun sama. Kawan-kawan aku pun sama. Malah kawan-kawan aku yang dah berkonvo 3,4 tahun lepas pun sama. Sebab dalam realiti dunia sekarang, bukan semua yang kita mahu kita akan dapat. Ada orang cakap jangan banyak bagi alasan. Ada jugak orang cakap semua bergantung pada nasib.

Bila tak sambung pengajian orang cakap rugi. Bila dah sambung pengajian pun orang akan cakap rugi. Entah yang mana satu yang akan untung. Mungkin untung bila dapat kerja sedap. Dapat masuk berkhidmat dengan organisasi yang besar dan terkenal di tanah air.

Kerja kalau setakat kerja tak ubah seperti haiwan orang cakap. Kerja ada pelbagai jenis kerja. Ramai yang cakap kerja bukan setakat nak cari duit. Ramai yang cakap kerja kena ikut dengan personaliti dan kesesuaian jiwa. Ramai yang mahu kerja untuk kumpul duit banyak-banyak.  Sebelah sana cakap kerja untuk cari pengalaman. Sebelah sini cakap kerja untuk buktikan sesuatu kepada dunia
Orang tak kerja bukan semua rugi. Bukan semua yang dah kerja juga untung. Bukan nya yang kerja pangkat rendah tak bernasib baik. Tak semua juga yang dah berpangkat tinggi bernasib baik. Malang ataupun bertuah bukan terletak pada seseorang. Semuanya datang dari tangan-tangan yang kita sendiri tak pasti muncul dari arah mana. Kerja yang paling susah adalah kerja disebabkan Allah. Itu kerja yang patut kita kejar tapi tak ramai yang mampu buat.

Bila dah kerja mula fikir pasal kerja lain. Bila tak kerja mula fikir mahu kerja. Gaji besar tak semua puas hati. Gaji kecil memang sudah pasti semua tak puas hati
Universiti sekarang bukan macam dahulu kala. Semua orang mampu masuk universiti tapi tak semua yang mampu keluar jadi mahasiswa yang sebetul-betul mahasiswa. Adakah membazir waktu di Universiti? Adakah membazir waktu  tidak berada dalam universiti?

Pernah orang kata, bukan senang nak jadi senang, tapi bukan juga susah nak jadi susah.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share