Wednesday, January 2, 2013

Resolusi Tersohor 2013

Tahun baru masihi dah masuk. Tahun 2013.Tahun 2012 banyak peristiwa yang berlaku. Tahun 2013 pasti akan lebih banyak yang akan berlaku. Dan sempena di awal-awal tahun ini, pastinya ramai orang akan mula memasang impian, harapan, dan resolusi yang mahu dilakukan untuk tahun baru ini. Janji tahun baru.Semua orang boleh memasang janji baru tapi tak ramai yang dapat laksanakan.Dan tiap-tiap tahun biasanya benda ini lah yang biasa akan didengari oleh orang ramai.

Diantara 10 resolusi paling sinonim yang ramai orang mahu lakukan sempena tahun baru, tahun 2013 ini.

  1. Kurangkan berat badan - memang paling banyak didengari kot.tapi biasalah.bukan mudah,perlu tabah dan kuat tapi tidak mustahil.Yang penting konsistensi.(pesanan kepada diri sendiri)
  2. Lebihkan bersenam - sekali lagi, tidak mustahil dan boleh berjaya kalau betul-betul nekad dan fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri.
  3. Lebih komited dalam pelajaran, kerjaya - untuk pelajar mesti mahu lebih fokus kepada pelajaran.Kepada yang dah berkerja, pasti mengharapkan tahun 2013 ini dapat naik pangkat, dapat naik gaji, dapat bonus tinggi lagi.Kepada yang masih terkapai-kapai (diri sendiri?) mahu kan sesuatu yang lebih lagi.
  4. Tamatkan zaman bujang - yang ini ramai jejaka dan anak gadis berimpikan kot.Pasti kalau yang dah bersedia tue sedang merancang tarikh-tarikh yang sesuai .
  5. Berhenti merokok - erkkk..semua nak kot (pesanan keras kepada diri sendiri)
  6. Kurangkan berbelanja - khas kepada kaum perempuan.
  7.  Menabung - Yang ini aku rasa kalau dah dapat kurangkan merokok atau berhenti merokok, dan kurangkan berbelanja, automatik dapat menabung. Lagi bagus kalau menabung dan menderma.
  8. Luangkan lebih masa kepada keluarga - untuk semua.Kalau tahun lepas kita sibuk semacam je, tahun ini bawak lah berubah.luangkan masa untuk keluarga dan teman sahabat handai.
  9. Kurangkan stress - salah satu cara nak kurangkan stress dengan hidup, kerjaya atau sebagainya adalah dengan langkah no 8 dan 2.Tapi lebih bagus banyakkan amalan.
  10. Bebas daripada hutang - kalau berjaya buat yang no 1,5,6,7, secara tidak langsung , pasti hutang akan berkurangan.
Resolusi yang paling baik adalah bersama-sama berubah ke arah lebih baik dengan menambahkan amalan kebaikan.sentiasa belajar benda baru mengenai agama. Kematian adalah benda yang paling dekat dengan manusia dan masa lampau adalah benda yang paling jauh sekali untuk tangan manusia capai.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share