Friday, February 8, 2013

Bola Sepak,Politik dan Hormat

Salam Pagi Jumaat semua.Semua mesti dalam mood bercuti kerana cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina akan datang pada hujung minggu nie. Kepada yang akan memulakan perjalanan jauh ke destinasi masing-masing diharapkan dapat memandu dengan penuh berhemah. Dan cuti perayaan kali ini pastinya akan memberi peluang kepada semua kaum tidak hanya kepada kaum Cina tetapi juga kepada orang Melayu dan India serta kaum-kaum minoriti yang lains serta para pendatang yang datang dengan izin ataupun secara tanpa izin untuk menikmati cuti yang boleh dikatakan agak panjang. Ditambah lagi dengan cuti persekolahan selama seminggu pastinya semua akan datang menghilangkan penat dan merehatkan badan dan minda.

Pagi sebenarnya aku sendiri dah berada dalam mood bercuti walaupun aku mungkin tak pulang ke KB. Tetapi keadaan di tempat kerja nie agak lenggang dengan ada yang dah ambil cuti, ditambah dengan cuaca redup dan hujan sekali sekala, menambahkan lagi mood malas bekerja.

Pertama, pagi tadi aku baca dalam fb berkaitan dengan pelupusan cukai atau levi hiburan oleh kerajaan negeri kelantan kepada KAFA oleh TSAM. Dalam hal ini bagi aku ada dua benda. Boleh lihat dari sudut politik dan juga sudut industri sukan itu sendiri. Mungkin motif TSAM mengeluarkan kenyataan sebegitu untuk menjelaskan sesuatu. Mungkin juga sekadar luahan beliau dari sudut sukan selaku orang kuat KAFA. Tetapi jangan juga kita lupa dari sudut politik dengan situasi politik negara kita yang sudah semakin rancak menjelang PRU. Ramai yang memberi komen kepada penjelasan TSAM tersebut. Ada yang menyokong, tak kurang juga yang menyokong kerajaan negeri. Ada yang cakap memang kerajaan negeri berhak letak levi yang tinggi diatas sekatan yang dikenakan oleh kerajaan pusat. Ada pula yang tidak pasal-pasal mengaitkan kerajaan negeri kelantan tidak pandai mentadbir negeri. Apa pun pandangan semuanya berhak diatas persepsi dan sudut pandangan masing-masing. Seperti yang aku katakan pada awal tadi, kita boleh lihat daripada 2 sudut berbeza, dari segi politik dan sukan itu sendiri.

Bercakap pula mengenai sukan bola sepak, dalam minggu ini skuad Malaysia tewas kepada Qatar dalam perlawanan sulung kelayakan Piala Asia. Qatar berjaya menang ke atas Malaysia dengan jaringan 2-0. Seperti biasa , King Gopal mengatakan Skuad Qatar hanya bernasib baik dan dia berpuas hati dengan eksperimen kali ini disebabkan hampir separuh skuad "kehendaknya" tidak dapat diturunkan disebabkan kecederaan dan penggantungan seperti Safiq Rahim, Amar, Wak Yo, Safee. Barisan pemain yang diturunkan pada malam sebelum ini rata-rata adalah muka baru tetapi kesudahannya tetap sama. Mungkin orang akan cakap, negara timur tengah dengan negara kita amat jauh perbezaannya daripada kualiti bola sepak. Peminat tempatan semua tahu keadaan sebenar. tetapi siapalah yang mahu mendengar luahan peminat yang sentiasa menyokong skuad Malaysia dengan menonton ataupun membeli tiket di stadium? Kami bukankah sekadar peminat yang tidak boleh mengkritik dan hanya perlu menyokong dan terus menyokong skuad negara. Pihak atasan tidak mahu peminat dan penyokong Malaysia serta rakyat malaysia mengkritik skud negara bawah King Gopal. Mereka selalu mengingatkan kita mengenai kejayaan King Gopal sebelum ini. Jadi apa yang boleh dibuat? hanya perlu terus-terusan sokong seperti lembu yang dicucuk hidung dan mengharapkan keajaiban terus muncul dan berterusan cukai duit rakyat dibayar gaji para pemimpin dalam organisasi bola sepak Malaysia.


Dalam hal berkaitan menyokong, Ustaz Nasha sejak dua menjak ini semakin kuat muncul di media. Timbul pula isu dia memperkatakan mengenai PAS dan DAP. Aku ada terbaca dalam satu blog mengenai dia memberitahu mengenai PM Najib pada waktu dulu pernah bersama-sama ada semasa kematian arwah Ustaz Fadzil Noor di Kedah. Jadi dia kata Pas perlu keluar dari DAP dan bersama dengan UMNO. Skrip sama yang dapat dilihat. Sama seperti dengan Zul Nordin dulu, sama juga dengan Hasan. Sama je semua. Bila dah kena tendang semua pasti akan mengampu pihak yang lain. Berbalik kepada hal kematian yang mana PM kita dulu pernah ikuti sama. Disini aku ingin tanya, perlukah terus berbalah jika berkaitan dengan hal kematian dan sebagainya. Politik is way of life but there are  something way bigger than that. Takkan bila ada seseorang meninggal dunia , orang pas dan umno tak boleh duduk semeja. Jadi selamanya perlu duduk dalam kongkongan parti masing-masing. Bumi Malaysia ini bukan benar-benar milik UMNO dan bumi Kelantan juga bukan benar-benar milik PAS. Semua orang boleh duduk dan berdiri bersama-sama. Macam gambar di bawah ini, mungkin bila ada orang yang terlampau taksub dan sudah hilang akal akan mengatakan Tuan Guru Nik Aziz sudah mahu bergabung dengan UMNO Najib. Sama juga, orang UMNO akan cakap "apa hal Najib pimpin Tuan Guru?" ataupun yang lebih teruk cakap, " tengok tue nak jalan pun kena Najib pimpin, dah tua nyanyuk". Bawak mengucap. Dalam gambar ini pelbagai persepsi kita boleh sama-sama berikan bergantung pada pemikiran dan kepercayaan kita. Tetapi kita lupa yang jika kita semua benar-benar mengaku orang islam, bukankah kita lupa agama kita mengajar kita menghormati orang lain dan sesama saudara manusia ? jadi di sini PM Najib (tak tau ikhlas atau tidak, itu hal dia dengan Allah) menghormati Tuan Guru yang jauh lagi tua daripada dia. Tuan Guru juga hormati PM Najib dan hadir ke majlis Najib dengan memakai baju ada tanda 1Malaysia. Jadi saling hormat-menghormati. Dulu zaman Nabi Muhammad SAW, ramai juga kaum yahudi dan nasrani di Madinah dan bumi arab, tetapi nabi tak pernah mengajar umatnya supaya membenci,mengutuk malah menyuruh umat Islam menghormati orang lain berbeza bangsa, kaum, keturunan, pendapat politik. sebab semuanya datang dari Allah. Tetapi kita di Malaysia pada waktu sekarang disebabkan politik dan senang dicucuk terlalu racism lebih daripada orang di USA, di Eropah ataupun di Afrika sendiri. PAS hormati DAP, orang UMNO marah. UMNO bagi peluang kepada Gerakan, PKR pula marah. Semua nak satu kaum. Kaum Cina boleh je bersatu elok-elok. Kaum India teguh sokong parti masing-masing tetapi kaum melayu berpecah belah. Aku tak maksudkan supaya bersatu di bawah satu parti sebab itu semua adalah kehendak dan kerelaan masing-masing, aku cuma mengatakan kita perlu hormati orang lain.

Cukup lah di sini dahulu. Salam Jumaat. Sama-sama mengisi hari mulia ini dengan ibadat dalam mencari keredhaan Illahi

“Respect was invented to cover the empty place where love should be.”

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share