Tuesday, February 26, 2013

Dari Kuantan ke PKNS



Sabtu lepas Kelantan bertandang ke Stadium Darul Makmur. Pahang antara pasukan yang sangat bagus pada musim ini dan mendapat pujian ramai pihak dengan cara permainan mereka. Walaupun mereka rata-rata banyak menggunakan tenaga pemain tempatan, tapi sekarang kedudukan mereka dalam tangga teratas liga amat membanggakan. Kelantan dalam misi meneruskan momentum setelah berjaya menumpaskan Terengganu perlawanan sebelum itu..

Pada separuh masa pertama, Kelantan lebih banyak mengasak. Mungkin disebabkan pengalaman, jentera tengah Kelantan berjaya mengatur perlawanan. Banyak peluang berjaya dicipta di hadapan gawang sehinggalah NorFarhan berjaya menjaringkan gol. Tetapi selepas itu Pahang pula mengamuk. Larian dari sebelah kiri dan kanan pemain sayap mereka berjaya mengucar kacirkan bahagian pertahanan Kelantan.  Pada malam tersebut pintu gol Kelantan yang dijaga oleh Apek amat bertuah akibat barisan penyerang Pahang yang seakan hilang tuah. Namun akhirnya gawang Kelantan bocor bermula daripada tandukan Hafiz Kamal

Perlawanan bersambung  dan kedua-dua pasukan terus menggandakan asakan untuk mencari gol tambahan. Kemudian pemain Pahang bertindak kasar keatas Zamri Ramli yang masuk menggantikan Shakir Shaari dan terus mendapat kad merah daripada pengadil. Kelantan dilihat mempunyai peluang untuk menambah jaringan akibat Pahang hanya bermain dengan 10 pemain. Namun, pemain-pemain Pahang dilihat lebih menyerlah. Keita Mandjou akhirnya berjaya mendapat jaringan melalui tandukan. Malang sekali pada penghujung perlawanan Kelantan bolos sekali lagi susulan hasil sepakan penalty Fauzi Roslan. Secara keseluruhannya, perlawanan yang seimbang dan jelas Kelantan memang mempunyai masalah dibahagian serangan apabila banyak peluang yang ada sukar diterjemahkan dalam bentuk jaringan. Kelantan yang kehilangan Shakir Shaari pada separuh masa kedua juga dilihat agak longgar kerana Piya dan Indra terpaksa bermain lebih defensive.

Pada malam ini Kelantan akan menantikan kunjungan PKNS dalam saingan Piala FA. Sebelum ini Kelantan menang tipis 2-1 keatas PKNS dalam saingan Liga Super. PKNS yang heboh sebelum ini dengan berjaya mendapatkan Nazmi Faiz dilihat sebuah pasukan yang dapat memberi masalah kepada mana-mana pasukan dalam liga tempatan. Patrick Ronaldinho, bekas penyerang Sime Darby pada musim lepas amat merbahaya dan taktikal Haji Abdul Rahman sebelum nie berjaya mengikat Selangor. Malam ini kedua-dua pasukan mahu mencari kemenangan dalam meneruskan kemaraan menjulang Piala FA. Kelantan mahu terus mempertahankan Piala FA dan meneruskan momentum pasukan. 

Sekian dan sama-sama meriahkan liga bola sepak tempatan pada malam nanti. 

p/s..Serdang ke Langkawi..

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share