Tuesday, February 5, 2013

Kepulangan Nazmi Faiz ke JDT


Arena bola sepak tempatan digegarkan lagi seminggu dua ini apabila Nazmi Faiz dikatakan sudah menandatangani perjanjian untuk bermain dengan PKNS FC. Nazmi Faiz sebenarnya nama yang cukup berbakat bagi para peminat tempatan apabila pada tahun lepas dia mendapat tempat untuk bermain dengan Beira Mar, sebuah pasukan bermain di Liga Portugal. Malah dia sanggup mengabaikan peperiksaan SPM pada tahun lepas semata-mata kerana ingin mengejar kerjaya sebagai pemain bola. Ya, dia antara pemain muda berbakat negara yang sekarang ini baru berumur 18 tahun. Satu umur yang cukup baik untuk dipupuk dan dilatih agar menjadi seorang pemain bola sepak negara terbilang satu masa nanti

Namun berita kepulangannya ke Malaysia menimbulkan pelbagai isu. Ada yang mengatakan Nazmi Faiz sebenarnya hanya menjadi pemain simpanan bagi akademi beira mar dan itu sebenarnya amat tidak bagus bagi perjalanan kariernya. Malah, sebelum ini ada cerita yang mengatakan dia mendapat gaji 5 angka sebenarnya tidak betul. Jika sebelum ini keupayaan dia selaku pemain tengah berbakat dan lincah sehingga dapat membuka mata kelab Portugal , dengan kehadirannya di liga tempatan pasti akan menimbulkan lebih banyak tanda tanya kepada para peminat tempatan. Itu belum lagi diceritakan perihal gossip-gossip hiburan mengaitkannya dengan artis wanita malah skandal-skandal berkait dengan pemain terkenal di Selatan.

Apa-apa pun sekarang ini sudah termaktub Nazmi Faiz akan bermain dengan PKNS FC tetapi sebelum itu, dia perlu menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan suasana liga tempatan. Walaupun liga kita tak sehebat liga Portugal tetapi suasana dan keadaan liga super tempatan tidak boleh dipandang ringan. Lihat saja kelibat Daniel Guiza yang sebelum nie heboh mengatakan mahu menjaringkan 50 gol tetapi untuk 2 perlawanan awal-awal langsung tidak mampu  jaringkan gol. Jadi Nazmi perlu berkerja keras 2 bulan ini sebelum masuk bulan April kerana hanya selepas pintu perpindahan pemain dibuka pada bulan April baru lah dia dibenarkan bermain selaras dengan peraturan yang telah diumumkan dan ditetapkan oleh FAM. Tetapi meskipun setakat ini Nazmi dikatakan sudah menandatangani kontrak bersama PKNS FC, mungkin selepas ini , sementara menunggu bulan April akan ada pemangsa yang datang dan menyambar prospek bintang tengah Malaysia ini. Sama-sama kita nantikan

p/s..sebenarnya Malaysia ada lagi pemain muda berbakat bermain di luar negara seperti Titus James Palani di Perancis dan Fakri Saarani di Portugal . Sama-sama kita tunggu dan lihat apa perkembangan mereka.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share