Monday, February 25, 2013

Rezeki



Sesuatu yang sangat abstrak. Kita boleh baca dalam facebook, dalam blog, dalam website, kita boleh dengar, kita boleh bercakap, kita boleh tafsir dari pelbagai orang. Ada orang cakap rezeki luas.ada orang cakap rezeki tak tentu

Yang pasti aku tahu, dan aku percaya, dan aku yakin, rezeki yang Allah kurniakan kepada kita bukan semata-mata dalam bentuk wang ringgit, sihat tubuh badan, bahagia, kenyang, masa depan dan juga harta benda. Konsep rezeki lebih luas. Lahir dalam islam juga rezeki. Lahir di negara aman juga rezeki. Lahir dengan tiada cacat rezeki. Umur panjang rezeki juga.

Tipikal orang akan kata. Murah rezeki dalam kepala kita hanya Nampak bila seseorang berpangkat besar, bawa kereta mahal, ada rumah indah mewah, berpoket tebal, masa depan terjamin, anak-anak pandai dan patuh. Jangan dilupa, Nabi Muhammad Saw kita tak berduit, tak mempunyai harta benda yang banyak. 4 khalifah agung islam, Saidina Abu Bakar tak kaya, Saidina Umar tak banyak harta, Saidina Usman terkenal sebagai dermawan, Saidina Ali tak mempunyai apa-apa di saat kematianya. Jadi apa sebenarnya yang orang kejar dengan rezeki?

Ya, siapa tak mahu dapat kerja bagus. Siapa yang tak iri hati lihat orang beli barang-barang mewah? Siapa yang tak cemburu lihat orang lain pandu kereta mahal buatan luar negeri? Siapa yang tak mahu kerja yang stabil? Siapa yang tak berkehendakkan akaun bank 5,6 angka?

Tetapi siapa kita untuk mempersoalkan pembahagian rezeki. Kalau kita cakap kita percaya pada rukun islam dan rukun iman, kita pasti percaya mati itu pasti. Akhirat itu pasti muncul. Allah SWT suruh hambanya percaya kepada qada dan qadar. Sesuatu yang amat susah nak lakukakan. Aku sendiri sebegitu. Tapi yang termampu kita sebagai hamba yang hina dan lemah nie adalah berdoa, terima, rela dan syukur, ataupun lebih tepat redha dan tawakkal. 

Aku syukur aku dimurahkan rezeki oleh Sang Pencipta. Aku tak mempunyai kereta besar, cukup sebuah kereta daripada orang tua ku.. Aku masih belum mempunyai rumah, cukuplah diberikan ruang untuk berteduh dan berehat daripada panas dan hujan. Aku tak mempunyai simpanan yang banyak untuk tamping 5, 6 tahun akan datang, cukuplah sekadar ada tabungan untuk makan untuk esok dan lusa. Tapi murah rezeki aku kerana aku masih lagi bernyawa sehingga saat ini untuk bangun melihat dunia, bercakap dengan rakan-rakan, menikmati makanan seadanya. Aku murah rezeki kerana diberi peluang untuk belajar sebelum ini. Walaupun memakan masa tak seperti yang lain tapi itu ketentuan aku. Rezeki aku.

Apa yang akan ada didepan aku tak tahu. Apa yang berlaku dibelakang aku, aku terima. Semuanya di luar kuasa aku. Jika dah termaktub, aku terima, aku pejam mata, aku teruskan. Hidup secara mudah adalah mengenai membuat pilihan. Pilihan kita salah atau betul hanya kita sendiri yang tentukan. Siapa peduli kita buat pilihan salah? Siapa peduli kita ambil tindakan salah? Hidup kita yang jalani. Kasut masing-masing berbeza saiz.Baju berlainan fesyen. Siapa tahu nasib di kemudian hari? Semua mahu kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Jika hari ini aku mengetahui nasib aku di padang masyar, sudah pasti aku takkan mampu menulis di blog ini lagi. Tiada manusia di dunia ini yang mampu menyakini mengenai nasib masing-masing samada di dunia ataupun di akhirat. Yang pasti, mati itu pasti datang, buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa, pahala dengan keredhaan Allah , dijanjikan Syurga, dosa jika tidak mendapat pengampunan Allah, dihumbankan neraka. Hanya Iblis laknat  yang sudah pasti masuk neraka.Manusia sentiasa ada peluang untuk mencari keredhaan Allah.

Kerja bermacam boleh dicari. Berharap hanya pada Yang Ilahi. Berharap dan terus mengharap.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share