Monday, February 18, 2013

Selangor lawan Kelantan, 15 Februari 2013



2-0.. Selangor 2, Kelantan 0. Jam di papan digital Stadium Shah Alam sudah menunjukkan 90 minit perlawanan berlangsung. Kelantan tewas lagi. Setakat ini hanya 1 kemenangan berjaya dikutip dalam saingan liga super. Penyokong Selangor bersorak riang. Penyokong Kelantan sudah ada yang melangkah ke parking kereta. Bojan sugul di tepi padang. Irfan Bakti sedikit tersenyum, mungkin dia sudah tidak bermimpi siang hari lagi.

“baik tengok TV jah gini.”

“sio jah mari stadium”

“bue lah Keita tuh”

Yang ini lagi radikal.

“tukar Bojan laluh”

Antara komen yang dapat didengar daripada penyokong Kelantan yang jelas kecewa. Namun itulah realiti sebenar bola sepak. Aku seakan setuju dengan apa yang TSAM perkatakan dalam FB beliau yang mungkin sekarang sindrom selepas kemenangan menghantui para penyokong dan mungkin juga para pemain Kelantan apabila semua mengharapkan Kelantan terus mengulangi kecemerlangan pada tahun lepas dimana Kelantan berjaya menjadi juara treble saingan bola sepak tempatan

Namun tiada apa yang perlu ditakutkan. Ini semua adalah lumrah. Dan rata-rata dalam stadium mengakui, Kelantan pada masa sekarang amat kekurangan barisan penyerang yang sangat tumpul. Dan semalam juga, memang diakui Selangor beraksi lebih baik dan lebih tajam menerusi Forkey Doe dan pemain sayap mereka yang cukup lincah membuat hantaran silang ke dalam kotak penalty Kelantan. Kedua-dua gol Selangor terhasil dalam 30 minit pertama perlawanan dan kedua-duanya adalah menerusi pemain-pemain import mereka yang berjaya melakukan tandukan mengelirukan Apek yang hanya mampu melihat bola menerjah jaring

Ini lah juga sebenarnya sindrom yang selalu berlaku kepada Kelantan setelah momentum sebelum ini terhenti akibat cuti saingan liga selama 3 minggu. Selepas ini 5 perlawanan yang cukup getir masih lagi menanti Kelantan. Akan bertemu Terengganu yang sentiasa menjanjikan derby cukup rancak, melawan Pahang  yang mengejutkan ramai pihak pada tahun ini, Singapura yang masih lagi kental , menentang Perak dibawah Azrai Khor dan ATM, naib juara Piala Malaysia tahun lepas dan juara Piala Sumbangsih.

Kelantan masih lagi hebat. Bola sepak tidak semesti nya perlu sentiasa menang. Walaupun pahit nak telan tapi itu la hakikat. Dalam bola sepak memang memerlukan kekalahan. Kekalahan yang membuatkan kemenangan itu sangat manis. Daripada yang dilihat semalam, barisan tengah Kelantan masih lagi hebat mungkin perlu lebih lagi motivasi. Barisan pertahanan boleh diperkuatkan lagi. Cuma barisan serangan yang sangat tumpul. TSAM sudah menyatakan akan berlaku perubahan dalam bulan April setelah waktu perpindahan pemain dibuka kembali. Faiz Subri sudah sembuh dan berjaya menunjukkan ciri-ciri seorang ‘forward’ yang laju. Mungkin dia memerlukan lebih banyak ‘match fitness’. Sekali lagi, secara realitinya pada tahun ini, bukan Kelantan lemah, mungkin sekadar kurang kuat berbanding tahun lepas tapi , pasukan-pasukan lain sudah banyak yang meningkat kuat. Pasukan-pasukan lain lebih bermotivasi memburu kejuaraan.
Tapi pasti, walau apa pun yang berlaku, Kelantan akan kembali bangkit selepas ini. Para penyokong dan peminat setia “Gomo Kelata Gomo” akan sentiasa berada dibelakang pasukan Kelantan. 

Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share