Thursday, February 14, 2013

Surat Kepada ND Lala



Salam Pak Cik,

Sekadar mahu menulis surat kepada pak cik berkenaan dengan kontroversi demi kontroversi yang sejak dua menjak ini melanda keluarga pak cik. Secara jujurnya saya kurang bersetuju untuk menulis surat terbuka kepada pak cik ini. Satunya sebabnya sebab pakcik adalah antara penyanyi tahun 80 dan 90 an yang saya minat walaupun saya belum lagi menjangkau 30 tahun. Keduanya, saya tulis surat terbuka kepada pak cik ini disebabkan sebelum ini sudah ada surat terbuka kepada Shila Amzah, anak dara pak cik yang cantik molek itu. Jadi kali ini saya rasa lebih baik saya menulis surat terus kepada pak cik supaya orang tak kata saya meniru surat yang sebelum ini.

Pak Cik, saya sebenarnya tak ambil tahu sangat pasal keadaan artis Malaysia ini. Kawan saya ada yang follow instagram Aaron Aziz tapi saya tak mempunyai akaun instagram pun. Saya juga pernah diberitahu orang yang Zed Zaidi asyik duk hentam artis luar negara sekarang ini. Kawan saya juga ada beritahu dia berkenaan sangat dengan Elfira Loy walaupun saya tahu kawan saya tue hanya ada 2 % peluang untuk bersama Elfira Loy disebabkan Elfira Loy tersangatlah muda lagi sekarang ini (tapi siapa tahu jodoh orang kan pak cik). Tapi sejak dua minggu ini, saya tergerak hati untuk mengambil tahu perkembangan dan kontroversi yang melanda keluarga pak cik, lebih khususnya pergolakan antara Pak Cik, anak dara pak cik dan S*****. Saya kenal pak cik. Saya kenal pak cik penyanyi tersohor jugak dahulu. Anak dara pak cik pun kawan saya yang kenalkan apabila anak pak cik mula pakai tudung. Ayu sangat pak cik. Pandai pak cik didik anak pak cik. Sejuk mata memandang. Tapi bab shaarnaz tue saya tak kenal sangat dia. Kemudian saya pun google lah nama dia maka keluarlah berbagai cerita dan biodata dia.

Disini saya bukan nak nasihatkan pak cik, jauh lagi untuk memberi apa-apa langkah yang boleh pak cik buat untuk selesaikan konflik ini. Bagi saya lah pak cik, bukan saya nak tolak S***** ke tepi tapi pak cik berhak ke atas anak pak cik sebab pak cik adalah wali dia.S***** memang biadap pak cik. Ada ke mahu kahwin dengan anak orang tapi kurang ajar dengan pak cik. Sepatutnya dia hormat pak cik. Lebih elok dia ajak pak cik sekali berlakon dalam filem Juvana (saya belum tonton lagi di pawagam sebab saya hormat kat pak cik). Shaarnaz tue saya tengok takde lah tampan sangat. Walaupun saya tak tampan tapi apa lah sangat yang boleh dibawa dengan ketampanan kan pak cik. Ketampanan tak menjamin kesejahteraan rumah tangga , kan pak cik. Dan anak dara pak cik tue pulak bukannya tak de rupa, malah sangat ayu dan berbakat lagi. Saya sokong seratus peratus kata pak cik bila pak cik cakap S***** jangan biadap. Budak macam tue memang kena ajar pak cik. Kalau dah kahwin nanti , pasti pak cik tak boleh langsung nak jumpa anak pak cik.Lebih teruk kalau dia terbawa panas baran dia pukul Shila Amzah. Kesian Shila nanti pak cik. Muka cantik, berbakat. Beribu-ribu jejaka kat Malaysia ini tengah menanti masa nak pukul S***** je,  pak cik. Pak cik cakap je , bagi je kebenaran pasti berduyun datang pak cik. Jejaka di Malaysia ni bukan apa pak cik, kami kesian kat shila je. Budak tue baik. Tengok sekarang ini, dah nangis-nangis dalam Youtube. Malu kat Mat Salleh pak cik. Kang kalau dah kahwin kena belasah dek S***** tak pasal dia nangis dalam youtube lagi.

Sekian dulu surat terbuka, luahan hati saya pak cik. Saya harap selepas ini kontroversi melanda keluarga pak cik akan selesai. Putuskan sahaja hubungan Shila dan S***** tue pak cik. Lebih elok kahwinkan cepat-cepat Shila tue pak cik. Pak cik cakap je nak berapa hantaran. Hari ini juga CIMB, Maybank dan Bank Rakyat akan penuh dengan jejaka lebih tampan, lebih baik, lebih ‘beradat’ dari S***** akan isi borang permohonan pinjaman peribadi untuk menghantar rombongan merisik anak pak cik. Lebih manis kalau di masa perkahwinan Shila nanti, pak cik sendiri yang nyanyi lagu-lagu pak cik dahulu. Baiklah pak cik, saya nak hubungi pihak bank. Dah lulus saya akan segera ke Habib Jewel cari cincin untuk Shila. Terima kasih pak cik..

Ikhlas daripada yang tak malu,

XoXoXo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share