Semakin hampir negara kita kearah satu lagi pilihanraya
umum, semakin pelik atau kadang-kadang lucu cerita-cerita yang dikeluarkan.
Setiap hari dalam facebook, blog dan juga media lain, semakin banyak
cerita-cerita atau yang lebih tepat bagi para pengikut politik adalah strategi
politik. Bagi orang awam, atau lebih tepat aku klasifikasikan sebagai orang
awam yang membaca dan menggunakan otak dengan waras dan secara bijaksana. Bijaksana
dalam konteks ini tak perlu dapat 7 A dalam SPM ataupun semua A dalam PMR
mahupun UPSR tapi asalkan tahu membaca.
Semakin lama PM kita menangguh tarikh untuk membubarkan
parlimen,semakin banyak kisah-kisah yang lebih dongeng daripada kisah si luncai
dengan labu ataupun kisah pak pandir. Aku cuba bertindak neutral disini
walaupun mungkin ramai yang akan katakan bahawa jika dilihat kepada
tulisan-tulisan aku yang sebelum ini, aku lebih dekat kepada ‘bulan’. Tetapi
apa yang aku nak katakana disini, jika kita lihat kembali scenario politik
negara kita, lebih spesifik lagi bermula dengan kisah DS Anwar Ibrahim pada
1998 sehingga sekarang, memang satu perubahan yang besar. Tak cukup dengan itu,
cuba kita lihat berapa banyak kes video seks yang keluar. Sekarang ini sudah
heboh dikatakan ramai blogger, bahawa ada orang duk cakap-cakap pasal video seks
Nurul Izzah (anak DS Anwar ) dan yang ini paling best, video seks Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat. Pada mulanya, aku, sebagai rakyat Kelantan, terasa sangat
marah apabila kes melibatkan tuan guru keluar. Mungkin orang akan kata ini
semua propaganda. Tapi ini sudah lebih daripada satu propaganda. Fitnah ada
sesetengah orang kata adalah perlu dalam politik sebagai satu bentuk alat untuk
mencapai apa yang mahu dicapai. Tanya saja kepada rakyat Kelantan yang selama
23 tahun berada di bawah pimpinan Tuan Guru, siapa yang tak marah bila keluar kes
video macam nie. Tapi bila difikirkan balik, tak perlu nak marah, perlu gelak
sebenarnya.perlu ketawa berdekah-dekah dan kemudian kasihankan kepada sesiapa
yang mula reka cerita sebegini serta sanggup mereka video sedemikian.
Kadang-kadang aku pelik dengan sesetengah orang politik.
Cuba lihat dah berapa banyak kes video seks yang ada kat Malaysia nie. Dan
selalunya tokoh-tokoh politik negara kita nie habiskan masa bagi komen pasal
video seks daripada komen kepada benda-benda lain yang lebih berbaloi. Ya,
orang akan kata, hei kalau dah dia tue ada video seks, maknanya dia memang tak
layak la jadi pemimpin. Aku sokong benda tue. Tapi masalahnya betul ke video seks
tue? Orang akan balas, tak kisah la betul ke tak? Siapa yang boleh buktikan.Dia
dah bersumpah kan. Aku boleh jawab, jadi dengan bersumpah kira semua benda
betul la ataupun dengan bersumpah semua benda yang kita katakan adalah betul.
Kalau macam tue, aku juga mahu bersumpah.Dah berapa banyak sesumpah kita tengok
kat Malaysia nie? Jika kita ambil perkiraan yang diatas tadi, aku rasakan semua
pemimpin di Malaysia nie tak layak jadi pemimpin pun. Bukan setakat video seks
tapi juga kes liwat, kes yang pelik-pelik yang tak masuk akal. Siap ada
hubungan dengan Israel, amerika. Kenapa tak masukkan sekali illuminati, free
mason. Ejen mossad la..CIA laa. Bab komunis dah ada yang kait dengan DAP.Kenapa
tak masukkan Gerakan dan MCA sekali pasal komunis. Kenapa tak kaitkan India
dengan LTTE ataupun mana-mana gerakan bagi kaum india.Kaitkan la PAS dengan
geng Syiah ke pulak. Geng apa lagi yang ada. Haramkan semua..
kadang-kadang aku
pelik sesetengah orang yang dinamakan pengikut politik nie.Kalau betul kita nak
ikut ajaran Islam bagi seorang pemimpin, letakkan ajaran Islam itu sendiri
sebagai asas. Orang akan kata , mana boleh zaman dulu lain dengan zaman
sekarang. Apa yang beza? Agama tetap agama. Ingat zaman khalifah dulu
kerajaan Islam tak kaya? Malah lebih kaya daripada Malaysia kita sekarang malah
lebih kaya daripada arab Saudi sekarang. Kita kena ingat, negara arab Saudi yang
ada sekarang dah berpecah daripada kerajaan islam pada zaman khalifah dulu. Kenapa
khalifah dulu boleh je berpolitik dan boleh je pergi berperang dan boleh naik
mimbar waktu solat jumaat? Orang cakap zaman arab dulu boleh lah. Semua arab,s
emua islam. Habis tue ingat kaum yahudi, kaum cina, india baru ada 20 tahun
lepas di dunia nie? Apa ingat kaum kristian takde zaman arab dulu? Sejarah
dapat F ke? Apa yang beza? Kalau aku kata pemimpin kenalah besederhana. Bukan
sederhana nak tiru khalifah dulu yang tiada harta malah tak tinggal harta
kepada keluarga tapi sedekahkan semua kepada islam. Aku tahu tiada pemimpin
zaman sekarang boleh buat macam tue. Kita amek contoh tuan guru. Rumah kayu
papan sejak 23 tahun lepas jadi mb Kelantan. Seorang cikgu yang dah
berkhidmat disebuah sekolah pun, kalau
dah 23 tahun berkhidmat pasti akan naik jadi pengetua dan pasti rumah jadi
besar dan kereta pun dah bertukar. Inikan pula seorang MB. Kita fikirkan, kalau
kita jadi MB selama 23 tahun tadbir Kelantan, takkan kita takde rumah bangle 3,4
biji. Kitakan MB.Pegang kuasa di negeri. Mungkin benar kot orang cakap negeri
Kelantan miskin,s ebab ramai yang tengok rumah MB Kelantan sekadar rumah
papan,sebelah masjid pulak tue, kemudian mungkin ramai kata miskin sebab MB Kelantan
pakai jubbah je ke mana-mana. Bila tuan guru pakai jubbah ramai yang mengeji,
tapi kenapa tak sindir pak arab-arab di Dubai ataupun Jeddah? Bukankah jubbah
yang sama?
Bagi aku, kadang-kadang scenario politik negara kita ini
seperti dibawah tahap UPSR. Terlalu kebudak-budakkan. Orang sebelah sini cakap
nak turunkan harga kereta, ramai cakap muflis lah negara. Orang sebelah sini
cakap nak hapuskan tol, ramai cakap gila ke.kemudian isu utama belum habis lagi
dah heret banyak-banyak benda lain. Dan benda yang paling aku tak boleh terima
adalah berkait dengan video seks. Kadang-kadang malu dengan negara luar yang
lihat politik Malaysia. Mungkin orang luar akan kata, dah habis idea ke orang Malaysia
nie? Okey, contoh kalau ditakdirkan aku nie jadi macam Najib, ataupun Mahathir
la, kalau aku benci sangat kepada Datuk Seri Anwar la kan, buat apa kaitkan
dengan video seks? Pastu dengan kes liwat lagi. Zaman sekarang canggih. Reka
satu pembunuhan yang bertopengkan kepada satu kemalangan. Habis cerita. Tak tahu
nak buat macam mana? Download filem-filem Hollywood, ataupun beli novel-novel
thriller. Senang, cepat, tak banyak soal, selamat.Beli seorang kambing hitam
untuk hilangkan jejak nanti.
Jadi, seperti yang aku dah katakan sebelum ini,
kadang-kadang politik negara kita ini masih berada ditakuk negara mundur. Kita duk
canang mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 tapi kita masih lagi
dalam pemikiran dunia ketiga. Sekian dulu, mahu pergi bersantai layan jet-jet
berlegar di ruang udara.