Monday, March 4, 2013

Agenda Freemason dan Kesultanan Sulu bermula di Lahad Datu


Satu kumpulan rahsia yang sudah bertahun berpaksikan kepada benda yang sesat dari Barat mula mengatur langkah. Satu hal yang pasti mereka mahu menguasai dunia. Dah banyak cara merekaberjaya aturkan dan sejarah membuktikan mereka memang licik dan amat membenci dunia Islam. Sekarang mahu mengatur jejak memecahbelahkan dunia di sebelah Asia Tenggara pula.


Satu kejadian yang menjadi titik kepada perubahan politik yang akan mula melibatkan lebih banyak pihak. Satu pihak Kesultanan Sulu. Satu pihak Malaysia. Kemudian diaturkan pula campur tangan Filipina. Indonesia dicucuk juga. Lantas Singapura dan Thailand turut terlibat. Bagaimana semua terjadi?


Senang. Jika betul daripada surat nie, yang mengatakan kerajaan Sabah, yang sekarang ini di bawah perlembagaan kerajaan Malaysia berpusat Putrajaya dan pimpinan BN mempunyai perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk membayar harga pajakan atau sewaan kepada sultan sulu pada harga yang sekian. Sekarang mereka mungkin dah bosan dengan harga sewaan dan mahu dibayar lebih.Memang dasar manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang ada dan berlandaskan kepada sejarah yang diukit pada zaman kesultanan Brunei dulu dimana Sultan Brunei telah memberikan Utara Sabah kepada Sultan Sulu sebagai balasan membantu Sultan Brunei menumpaskan pemberontakan etnik di Sabah dalam jajahan takluk Brunei. Jadi sekarang Sultan Sulu yang sememangnya sebelum ini tertekan dalam jajahan selatan Filipina dan amat baik dengan puak Abu Sayyaf dan MILF, pembebasan Mindanao mahu ambil kembali Sabah dari Malaysia. Amat besar cita-cita tersebut. Mereka yang kebanyakkannya daripada puak Tausug akan menggunakan gerakan gerila dan tak takut mengorbankan anggota keselamatan Malaysia. Mungkin mereka lupa bahawa Malaysia ini satu negara berdaulat dan mempunyai kekuatan ketenteraan yang kuat. Mungkin mereka ingat kerajaan pimpinan BN ini lemah apabila kes Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar diberikan kepada Singapura ataupun mungkin mereka ingat mereka ingin mendapatkan pertolongan pihak antarabangsa seperti yang berlaku di Timor leste yang sekarang dah menjadi negara sendiri tetapi dibayangi oleh Australia meskipun warna kulit dan bangsa kaum Timur Leste serupa saja dengan orang yang ada di Kalimantan atau Irian Jaya, dibawah Indonesia.

Jadi gerakan gerila yang mereka buat dengan harapan Malaysia akan tunduk.Mereka silap. Malaysia walaupun dalam keadaan politik yang sangat hangat sekarang ini, walaupun dengan pertolongan projek IC yang dah disusun selama beberapa bulan akhirnya mati juga. Digempur oleh beberapa battalion askar yang marah akibat beberapa orang anggota keselamatan Malaysia kecundang meninggal dunia.


Sekarang Sultan Sulu dibiarkan. Pengikutnya di Sabah sudah musnah.Langkah disusun digempur oleh askar Malaysia yang bersemangat tinggi. Sekarang apa mahu dibuat. Mungkin kerana terikut dengan revolusi di Timur Tengah, Sultan Sulu mahu mendapatkan pertolongan Abu Sayyaf. Mereka lupa Filipina dibawah Amerika sedang perhatikan dengan teliti. Filipina menerima berita kekalahan Sultan Sulu dengan bangga. Terus saja menyusun armada dengan bantuan Amerika di Kepulauan Mindanao dan Sulu. Sekarang masa mereka untuk habiskan sahaja pemberontakan yang dah bertahun ini. Dengan alas an pengganas, Filipina ingin mendapatkan sokongan dari Malaysia berserta menabur cerita puak Abu Sayyaf ingin membalas dendam bagi pihak Sultan Sulu. Malaysia mula berkira-kira.
Hal lain terjadi di Borneo.Brunei mula membelek perjanjian lama. Melihat kepada simpanan minyak yang tak mungkin dapat bertahan 100 tahun berbanding simpanan yang ada pada Miri dan Bintulu, ditambah dengan hutan tebal kaya balak dimiliki Sarawak,Brunei mula keluarkan propanganda Sarawak patut dikembalikan kepada Brunei. Malaysia mula bingung. Brunei kecil tapi kaya jadi mungkin mereka mampu dapatkan sokongan ketenteraan menakluk Miri dan Bintulu daripada OIC disebabkan pengaruh minyak yang mereka ada. Batalion Malaysia di Sabah berpecah dua. Satu masih bertahan di sana sebagai persediaan menangkis serangan puak Abu Sayyaf dan membantu Filipina menghapuskan puak Tausug dan menakluk Mindanao. Apa yang tidak diketahui, Kristian mahu Filipina takluk semua kawasan Islam agar Kristian terus dapat disebarkan. Batalion Askar mula terbang ke Kuching untuk digerakkan ke Bintulu dan Miri. Indonesia di Kalimantan mula berwaspada. Jakarta mula memainkan peranan. Sekarang Indonesia perlu memainkan peranan, menyokong Brunei ataupun Malaysia. Kuala Lumpur masih kental.

Puak Jawa berpengaruh di Jakarta mula memainkan kembali sentiment Malindo. Mahu mendapatkan Melaka dan Riau. Berpaksikan kepada sejarah perjanjian zaman Kesultanan Melaka, Palembang, Sriwijaya, Majapahit, Belanda-Portugis-Inggeris. Kuala Lumpur tersentak. Indonesia mula gerakan hancurkan Malaysia. Tapi Kuala Lumpur bijak. Mula menghantar risikan menghidupkan gerakan kemerdekaan Acheh. Acheh kembali bangkit. Mahu bebas dari Indonesia. Buluh runcing mula ditajamkan. Scorpene TLDM mula menyelam di Selat Melaka disamping F16 terbang mempamerkan kehebatan dari pengkalan di Subang. Pelabuhan Klang,Lumut mula sibuk dengan ketumbukan tentera. Kem-kem di pesisiran barat Semenanjung kembali sibuk. Kem di Grik, Bentong, Jeli kosong. Tak perlu pertahan bahagian bukit pendalaman. Komunis sudah lenyap. Sekarang alih perhatian kepada pantai. Kerajaan mula keluarkan iklan tarik lebih ramai rakyat menjadi askar. Gaji askar dinaikkan. Gaji Askar sekarang pada pangkat DG41. Ramai graduan jalani latihan ketenteraan. PLKN terus diserap menjadi askar simpanan. Skim Latihan Graduan ditukar menjadi Skim Latihan Ketenteraan Graduan. Cina, India dan Melayu bersatu. PM keluarkan moto baru. Rakyat bersemangat mahu pertahankan kedaulatan negara. Untuk menangkis serangan Indonesia, semua rakyat Indonesia yang ada di KL, PP, Ipoh, Nilai, ladang-ladang di Johor, JB dihambat keluar. PATI ataupun yang sah semua dihantar keluar. Yang tak mahu keluar akan ditempatkan di kem khas dengan tujuan untuk tidak mahu rakyat Indon ini memporak perandakan negara di saat askar bertempur dengan askar Indonesia nanti.



Perkasa, Pekida diseru terlibat dengan ketenteraan. Pimpinan mereka lantang mahu mempertahankan Melayu dilihat menaiki Airasia ke Eropah. Ahli yang ada kad perkasa dan pekida dipaksa masuk tentera dan diwujudkan satu unit khas. Mereka ditempatkan di Nusajaya mengawal Legoland dan Gelang Patah. Satu idea baru muncul, puak radikal menyusul masuk Kuala Lumpur. Sebarkan idea mahu Singapura. Perjanjian Raffles dulu tidak sah. Sultan Johor diseru rampas Singapura daripada Cina. TMJ dipanggil daripada stadium untuk menjadi kepala gerakan rampas Singapura. Askar JMF yang sebelum ini berkubu di stadium membawa kereta perisai ke tambak johor. Singapura kecoh. Tetapi mereka kuat. Jet pejuang mula terbang. Kekuatan teknologi mereka lebih besar daripada Johor tetapi bilangan askar mereka kurang. Rakyat Singapura yang ramai menetap di Johor dan Damansara mula dipanggil. Mereka sendiri dalam dilemma.Mahu sokong, menetap di Malaysia atau balik mempertahankan Singapura. Gerakan radikal rampas Singapura hanya bermotifkan satu benda saja, dapatkan Singapura dengan apa jua cara. Untuk menyaingi jet Singapura, jet pejuang Sukhoi dari Kuantan dipanggil. Puak asli Pontian, Batu Pahat, Pagoh keluar daripada estet dan mengangkat senjata.


Di utara dan timur semenanjung perkara yang lain berlaku. Thailand juga ingin mendapatkan tanah mereka. PM mereka mula terbit perjanjian zaman British yang menuntut Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis daripada Malaysia. Malaysia tak mahu putih mata hilang Terengganu yang kaya dengan minyak di Kerteh dan Langkawi yang terkenal sebagai 20 tempat paling dilawati pengunjung luar negara. Thailand mahu hak mereka. Mereka berhujah perjanjian dengan British zaman dahulu terbatal apabila Malaysia merdeka. Selatan Thai bergolak. Wilayah Pattani, Nara dan Yala , dihuni ramai penduduk Islam juga mengambil kesempatan ingin keluar dari Thais. Mereka menyatakan sokongan kepada Malaysia dan akan membantu Kelantan, umumnya kerajaan Malaysia memerangi kemaraan tentera Siam. Sempadan Golok dan Tak Bai lengang. Orang Siam beragama Buddha sudah melarikan diri ke Phuket. Orang Kelantan mula siapkan diri untuk menyaingi Tentera Bergajah Thailand. Kerajaan Republik Besut tiba-tiba muncul. Tidak lagi mahu berada dibawah naungan Terengganu, tetapi tidak pula mahu berada di dalam Kelantan. Dibawah pimpinan Ayah Pin yang turun daripada Kerajaan Langit, mereka menghantar proposal ke Putrajaya, ingin menjadi negeri yang baru.
Semuanya dalam keadaan kelam kabut. Tony Fernandez tidak lagi pulang ke Malaysia. Airasia mencatatkan rekod dalam penerbangan keluar yang paling banyak. Ramai bangsawan mula pindah ke luar negeri terutamanya London. 

Amerika Syarikat tersenyum melihat kemelut di Asia Tenggara. Orang-orang Nepal, Afrika, Bangla, Pakistan, Arab dan Iran yang ada di sekitar Lembah Klang mula mengambil kesempatan.Mula melakukan jenayah teratur. Semuanya haru biru. Semuanya gila. Tiada siapa yang mampu meramal apa pengakhirannya. Pilihanraya tertunda lagi. Bendera Malaysia, 14 jalur, Kuning, Biru, Merah, Putih berkibar hebat. 1Malaysia sayup kedengaran daripada teratak terletak jauh di pedalaman Pekan. Semuanya bermula daripada gerakan durjana Freemason. Agenda Illuminati. The All See Eyes. Gerakan Pyramid mahu dibina di Putrajaya.
Sekian.



p/s….Semua tulisan di atas tidak ada kaitan dengan mana-mana watak ataupun kejadian yang ada dalam dunia sebenar. Semua tulisan adalah fiksyen semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

3 comments:

  1. Boleh dah wat movie. Tinggal tambah hero dan heroin.. hehe

    ReplyDelete
  2. Hebat !!! anda berjaya hidupkan cerita mengarut tu.

    ReplyDelete
  3. Bukan mengarut tetapi knyataan yg tanpa kita sedari.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share