Thursday, March 7, 2013

Beza Lahad Datu dengan Sungai Golok, Padang Besar dan Tambak Johor



Daripada berita yang diterima dan disiarkan, orang yang mendakwa sebagai Sultan Sulu, telah mengatakan bahawa kumpulan penceroboh di Lahad Datu akan meletakkan senjata dan menggesa kerajaan Malaysia melakukan gencatan senjata. Wakil PBB juga mula menyuarakan pandangan yang PBB mahukan kedua-dua pihak , Malaysia dan pengganas Sulu berunding dengan cara baik dan menolak sebarang aktiviti ketenteraan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia sekarang ini.

Daripada dua berita ini kita dapat lihat pihak antarabangsa mula membuka mata kepada isu di Lahad Datu ini. Dan juga, akibat tindakan tentera Malaysia tempoh hari, Sultan Sulu mula takut. Mungkin kerana anggota mereka sudah ramai yang mati ataupun sudah ramai yang mula seludup keluar dan masuk ke dalam komuniti Sulu yang sedia ada ramai di Sabah. Tapi persoalannya yang perlu ditanya,yang lebih besar adalah, adakah kumpulan penceroboh itu berterusan mahu berada di Sabah, khususnya di Lahad Datu?

Rundingan boleh saja di buat di mana-mana. Bagi aku, gencatan senjata tidak akan bermakna selagi kumpulan penceroboh ini terus berada dalam bumi Sabah. Teruskan mengambil tindakan ketenteraan kepada mereka sehingga semuanya lenyap dari bumi Sabah. Sebelum ini sudah 2 minggu kerajaan Malaysia mengambil resolusi untuk berunding dan memberi peluang kepada mereka supaya beredar tapi apa yang mereka ambil? Membunuh polis yang berkawal disana. Dan sekarang, bila anggota mereka sudah ramai yang terbunuh, mereka mahu gencatan senjata dan mahu berunding? 

Bagi PBB pula, kenapa baru sekarang mahu campur tangan? Selesaikan dulu krisis di Mesir, Iraq, Palestin, Syria, Lubnan, Libya baru campur tangan di Malaysia. Kerajaan Filipina sendiri sudah memberi kata yang kumpulan mendakwa daripada kerabat Sulu tersebut adalah pengganas jadi memang secara rasional dan tepat jika Malaysia mengambil resolusi memerangi mereka habis-habisan.Pintu rundingan sudah tertutup. Sudah hampir 10 orang anggota keselamatan Malaysia terkorban dan jika berterusan memberi muka kepada kumpulan ini, nescaya kemelut ini akan berterusan. Malaysia perlu buktikan yang kerajaan kita adalah kerajaan yang tegas dan kuat. Tidak perlu tunduk kepada sebarang tuntutan yang tidak masuk akal kumpulan tersebut. Bak kata pepatah, diberi betis, mahukan paha pula.
Berkaitan lagi dengan krisis di Lahad Datu ini, ramai yang terfikir bagaimana sempadan negara kita amat mudah dicerobohi. Rasanya semua tahu yang sempadan negara kita amat senang untuk dibolosi. Disebabkan sejarah kaum-kaum negara kita yang sejak dahulu lagi amat berkait rapat dengan negara-negara jiran maka memang mudah untuk rakyat negara kita sendiri mahupun rakyat negara luar keluar masuk di sempadan. Yang menjadi masalah apabila terdapat anasir jahat yang membuat onar di negara kita ini.

Kita lihat kembali keadaan di Lahad Datu. Mereka mengatakan ramai kaum Sulu yang memang sejak dahulu lagi seperti memiliki dua kerakyatan. Kadang-kadang mereka berada di Sulu, sebelah Filipina, dan kadang-kadang mencari makan di Sabah, Lahad Datu. Jadi amat sukar untuk mengawal perairan sebelah sana akibat setiap hari memang akan ada urusan harian samada daripada orang Sabah sendiri, mahupun orang Sulu itu sendiri. Dan itu tiada bezanya dengan apa yang terjadi di Padang Besar, Sg Golok, Tak Bai, Danok dan mana-mana pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand. Yang teramat ketat adalah mungkin di Tambak Johor apabila amat sukar untuk melepasi kastam Singapura. Dan ini patut dipuji kerana mereka sebenar-benarnya membuat kerja dan menjalankan tanggungjawab mereka. Mengenai sempadan dengan Indonesia pula, lihat saja bilangan PATI dari Indonesia yang saban tahun semakin bertambah. Disesetangah tempat di Kuala Lumpur sendiri padat dengan PATI Indonesia. Malah ramai antara mereka yang berkeluarga dan senang-senang masuk secara haram ke Malaysia melalui Melaka, Negeri Sembilan, Klang dan Johor. Ramai yang akan mempertikaikan bagaimana kawalan di Sempadan ini yang longgar? Contohnya di Sg Golok. Sebabnya mudah. Atas dasar manusia. Ramai orang di Rantau Panjang mempunyai saudara di Golok. Ramai juga orang Golok berurus niaga harian di Rantau Panjang. Sebab itu semua pengkalan haram yang ada di sepanjang sg golok sentiasa akan wujud. Aku rasa keadaan sebegitu juga sama di Danok, Padang Besar dan lain-lain tempat bersempadan dengan Siam. Adakah Salah? Ya, salah dari segi undang-undang. Sepatutnya kita perlu kawal dengan ketat sempadan negara kita. Tapi mampukah kita membina dinding setinggi 2 meter di sekeliling sempadan  negara bagi menyekat kemasukan orang luar dan menyekat orang kita daripada keluar dengan sewenang-wenangnya? Sangat tidak mampu dan tidak praktikal. 

Tapi yang membezakan situasi sempadan di Semenanjung ini dengan yang berlaku sekarang di Sabah adalah tiadanya kejadian-kejadian yang tidak diingini. Pernahkah orang Pattani masuk ke rantau panjang dan mula menembak mati polis dan anggota keselamatan rantau panjang? Pernahkah orang siam masuk ke Padang Besar dan menceroboh kampong orang kita? Pernahkah orang Indonesia menceroboh dan mendakwa Pontian adalah milik mereka akibat Pontian sebahagian daripada Riau dan mula membuat onar? Atau adakah orang Singapura masuk ke JB dan mahu merampas JB daripada Malaysia? Rasanya, daripada pengetahuan aku, belum pernah ada kejadian seperti itu dan seumpama itu. Dan itu lah perbezaan dengan yang berlaku di Lahad Datu sekarang. 

Sekarang , semua harus berfikir dan mencari jalan terbaik dan dalam masa yang sama tidak mempermainkan nama Malaysia. Memang orang melayu kita terkenal sejak dari zaman Melaka lagi sebagai kaum yang sangat baik hati. Jika tidak masakan wujud etnik baba nyonya, cina, mamak, india dan sebagainya lagi di negara kita. Tapi dalam baik kadang-kadang, dengan senang orang mula memijak kepala kita. Ya, kita tak boleh bersikap rasist atau sebagainya. Islam sendiri amat melarang umatnya bersikap berpuak-puak kerana hanya agama yang menentukan taraf seseorang di sisi Allah. Tak kiralah dari puak mana sekalipun. Tapi jika sesuatu puak tersebut telah melakukan perbuatan yang memang terbukti salah di sisi agama, memang kita perlu kekang dan banteras kaum tersebut atas alasan mempertahankan diri dan mengelak daripada terus dihimpit di masa hadapan. Jadi, saranan aku, tentara perlu mengambil apa jua tindakan yang perlu untuk menghalau kumpulan sulu dari lahad datu. Jika perlu mengusung mayat mereka dan mencampak ke laut maka itu yang perlu dilakukan. Rundingan dan dialog hanya boleh dilakukan di tempat lain dan tidak melibatkan sebarang senjata. JIka Sultan Sulu mahu berdialog, berdialog saja di Manila mahupun di Kuala Lumpur. Jika takut, lakukan saja dialog di atas kapal mana-mana, mintak bantuan bandar seri Begawan ataupun Jakarta sebagai pendamai. Singapura boleh menjadi medan dialog mencari penyelesaian bersama.

Sekarang, sila berambus dari Lahad Datu. Kesultanan Sulu dah lama takde dan tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kesultanan. Iman dan Taqwa sahaja yang Allah pandang di Akhirat nanti. Sekian.

p/s..Semua ini konspirasi? Segalanya berada dalam X-File..

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share