Thursday, March 14, 2013

Cikgu…Pengajar…Teacher..Guru



Kalau cikgu cantik macam lisa surihani, budak-budak pun semangat gi sekolah
 Bab ini sebenarnya aku malas nak ulas sangat. Tapi kadang-kadang rasa terpanggil juga disebabkan melibatkan masa depan dan nilai professionalism negara kita. Dan sekarang ini, negara sedang kalut dengan pelbagai isu berkenaan dengan pilihanraya yang entah bila mahu berlaku, pengganas sulu dan bermacam lagi isu negara yang lebih penting. Dalam hal berkaitan dengan kerja sebagai guru ini, mungkin bagi sesetengah orang akan berpendapat terlalu leceh untuk membicarakan. Senang cerita orang akan kata, kalau ada rezeki, ada la tue.
Bukan bermaksud aku tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Lebih aku ‘intro’ kan sedikit sebanyak apa yang berlaku. Dan aku pasti mungkin ada juga golongan bekas pelajar yang lain senasib. Batch aku datang dari diploma pendidikan dalam bidang TESL. Kami tak segempak mahasiswa lain yang terus sambung ijazah dalam pendidikan TESL dalam negara ataupun luar negara. Malah kami juga tak sehebat mahasiswa pendidikan yang terus dapat tempat di UPSI ataupun Institut perguruan yang lain. Disini kami tak salahkan sesiapa. Tak salahkan universiti yang kami masuk, tak salahkan keluarga kami, tak salahkan rakan-rakan kami yang buat kami masuk universiti tersebut. Selepas tamat diploma TESL, ada setengah kami masuk university lain pula untuk sambung ijazah. Ada yang bernasib baik dan tabah sambung dalam bidang tesl juga. Ada yang mencuba bidang English sahaja. Ada yang berjaya masuk bidang lain. Ada yang mencuba bidang-bidang boleh dikatakan berlainan daripada apa yang diambil sebelum ini. Itu semua adalah takdir, kehendak dan peluang masing-masing.

Kemudian, selepas tamat semuanya, timbul permasalahan yang baru. Ada yang mengatakan disebabkan kami mempunyai diploma pendidikan maka kami boleh dipertimbangkan untuk diserap menjadi guru. Jika bertanya kepada sepuluh graduan, pasti 9 daripada mereka akan menjawap mahu menjadi guru. Sebabnya, profession perguruan sekarang antara bidang yang paling diutamakan, paling stabil, paling berkat (jika benar-benar ikhlas), paling cerah masa depan bak kata orang tua-tua. Jadi ada sesetengah daripada batch aku dah menanam cita-cita mahu menjadi guru. Aku juga tak terkecuali. Sebabnya aku tahu reality kehidupan berkerja dalam dunia sebenar. Cuba kita tengok kelebihan yang diperolehi oleh seorang guru. Masa kerja mungkin dari 7 sampai 3(paling lewat). Masa cuti sekolah turut cuti sekolah (tapi gaji tetap berjalan). Ya, guru mengatakan banyak kerja lain yang perlu dibuat seperti jaga budak sukan, bawa budak pergi sekolah untuk pertandingan. Gaji tinggi juga dan stabil. Aku jarang sangat dengar guru dipecat daripada kementerian. Dan bagi guru bahasa inggeris pula yang selalu aku dengar amat kurang di kebanyakkan sekolah, pasti menjadi satu kelebihan untuk lebih cepat diserap tetap. Bandingkan dengan seorang guru dengan seorang kakitangan swasta. Mungkin tidak adil. Bandingkan dengan seorang kakitangan kerajaan yang berpangkat sama bekerja sebagai pegawai bergred sama di Putrajaya. Kerja masuk kul 8 dan keluar 5.Lagi lama. Dari segi beban kerja mungkin kadang-kadang sama. Kadang-kadang pegawai kerajaan ini kerana buat banyak kerja, yang lainnya habiskan masa kursus, meeting dan fb. Sama juga dengan guru, ataupun lebih kurang. Guru dalam satu hari tak mungkin seorang guru kena ajar 7 kelas. Paling tinggi pun dalam 4 kelas atau 5. Ya, dari segi psikologi dan mental, seorang guru lebih terbeban kerana terpaksa mengawal ragam pelajar yang banyak karenah. Apa yang aku boleh simpulkan, menjadi seorang guru memang bagus. Berkat kerana kerja menyampaikan ilmu ini akan berkekalan sehingga kiamat. 

Ok, berbalik kepada permasalahan yang asal, jadi ramai la daripada kami mula mencari dan menanti untuk menjadi guru sehinggakan kami lupa kepada perkara pokok yang asal. Rezeki ada dimana-mana. Mungkin sesetengah berpendapat, tak sama rezeki mengajar. Tapi kita kena ingat, bersyukur dengan apa yang ada. Ya, aku akui, mungkin terdapat sesuatu kenapa aku tak diberi peluang untuk menjadi seorang guru. Dan satu lagi, mungkin mentality, maaf aku katakana disini, kerana aku juga sama, mentality kita sebagai orang melayu suka kerja senang dengan masuk kerajaan. Boleh dikatakan semua berfikiran sedemikian. Kenapa? Sebab masuk kerajaan tak perlu buat banyak kerja. Stabil dan fleksibel. Hujung bulan masuk duit, bayar loan serba serbi. Aku berfikir macam tue, kawan-kawan aku fikir macam tue, keluarga aku fikir macam tue, rakyat Malaysia fikir macam tue. Dan kalau betul-betul aku mahu menjadi seorang guru, tak terhad kepada guru dalam kerajaan sahaja bukan? Negara kita banyak sekolah swasta. Kalau betul , minat, passion, ataupun niat kita betul untuk menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa kita, tak perlu hadkan diri kita mengharap menjadi guru dalam kementerian pendidikan Malaysia. Sekolah swasta ada. Sekolah dibawah kerajaan negeri masing-masing juga ada. Dan kalau mahu juga mengajar, kolej university juga banyak. Yang swasta lagi melambak. Yang mampu boleh juga teruskan ke peringkat lebih tinggi dan apabila dah berjaya boleh mengajar kepada bakal guru lagi. Yang itu lagi besar. Menjadi guru kepada guru pula.

Sekali lagi berbalik kepada permasalahan tadi. Apabila ada pelbagai pihak yang mula, (aku ucapkan terima kasih kerana mungkin ini semua sebagai satu motivasi dan harapan, atau juga boleh menjadi gangguan) bahawa golongan yang bertuah macam aku dan kawan-kawan aku ini yang mempunyai diploma pendidikan mungkin ada peluang dalam serapan menjadi guru kementerian, maka hati manusia mana yang tak berbunga. Tetapi hati yang berbunga itu juga dengan senang-senangnya boleh terbakar apabila dapat tahu pula yang sebenarnya nasib kami tak seperti yang dijanjikan. Jika diikutkan logic mungkin benar juga. Ramai lagi golongan pendidikan yang layak dan boleh diserapkan menjadi guru.Mungkin juga salah kami. Jika kami betul-betul mahu menjadi guru, patutnya kami mengambil jurusan TESL. Tapi ini semua takdir. Sebenarnya jauh disudut kami semua, kami kalau boleh tidak mahu mempersiakan pengalaman dan pengetahuan yang kami dalam bidang TESL. Kami tahu dan yakin, kami layak untuk menjadi seorang guru. Mungkin bunyinya seperti terlalu yakin, tapi mungkin itulah reality yang sebenarnya.

Jadi sekarang ini, bagi aku, secara peribadinya, aku berharap tapi tak mengharap. Kalau ada, minta, dapat pergi. Kalau taka da, terima kasih, cari yang lain. Aku dah mencuba pelbagai kerja. Aku dah merasa pelbagai pengalaman. Seperti yang aku katakan semasa aku belajar dulu lagi, apa yang diperoleh di university tak semuanya membantu semasa dunia sebenar. Dan bidang aku,bahasa, bukan patut dihadkan dalam pendidikan semata-mata. Ada sesetengah kawan aku masuk bidang pekerjaan yang lain dan berjaya. Semua terletak kepada rezeki masing-masing. Yang pasti peluang akan datang samada cepat, lambat. Yang perlu kita tahu samada kita berani ambil atau berani tempuhinya saja. Yang menanggung hanyalah kita seorang saja.Aku suka ‘highlight’kan sekali lagi. Apa yang penting adalah apa yang betul-betul kita mahukan. Mahu jadi guru, cari peluang lain yang banyak ada selain daripada guru kementerian. Aku bernasib baik (mungkin juga malang) kerana sebelum ini aku diberi peluang untuk merasa kerja dan pengalaman dalam sector swasta dan kerajaan. Apa yang aku boleh katakana, guru memang tersangatlah best. Tapi jangan hadkan kepada guru dalam kementerian sahaja. Rezeki kalau tuhan nak bagi, sekelip mata saja. Sekarang aku nilai diri aku, kalau benar-benar aku mahu jadi guru, adakah aku benar-benar layak untuk jadi seorang guru? Atau sekadar menjadi guru disebabkan duit, stabil ataupun sebab yang lain lagi?

Sekarang ini, aku berserah. Sekali lagi aku nyatakan disini, aku berharap tapi tak mengharap. Banyak cabang lain yang boleh diusahakan. Banyak tempat di Malaysia yang boleh mencuba nasib. Mungkin juga situasi sekarang , dengan pilihanraya menyebabkan kementerian dalam keadaan kalut. Mungkin juga disebabkan Anwar Ibrahim itu sendiri. Siapa tahu. Dan sekarang, seperti tipikal Melayu sejak dahulu kala, aku mahu mencari salah siapa sebenarnya yang memberi janji palsu ini? Kementerian? Para pegawai SPP? Universiti?Kawan-kawan? Masyarakat? Keluarga? Ataupun diri sendiri? Ciss..diri sendiri rupanya.


p/s..segala tulisan diatas ini adalah daripada pandangan aku sendiri berdasarkan pengalaman dan pemahaman aku mengenai apa yang aku lihat, faham dan baca serta dengar sendiri. Mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang salah. Jika salah silap sila betulkan. Apa yang aku rasakan betul tak semestinya salah dan apa yang salah tak semestinya betul bagi orang lain. Sekian.

1 comment:

  1. tengah praktikum sekarang . sedih bila selalu dibandingkan dengan ipg semua :(

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share